Sunday, February 28, 2021

Menjelang 01.03

Masa.

Sikit masa lagi akan tiba satu hari yang di dalamnya aku perlu hamparkan sejuta syukur, dan di dalamnya juga aku perlu panjatkan setinggi doa memohon keampunan dan redhaNya. Satu-satunya hari dalam setahun yang seribu rasa bercampur baur. 

Berbaki masa yang ada, aku nak katakan apa yang aku mahu kepada orang-orang yang aku tuju. Supaya esok aku mampu buka buku baru. Semudah;

"terima kasih"

Terima kasih kerana lahirkan aku. Terima kasih kerana membesarkan aku dengan penuh kasih dan sayang. Terima kasih kerana mendidik aku secukupnya. Terima kasih kerana sentiasa sabar dengan aku. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan aku. Terima kasih kerana sayangkan aku.

"jaga diri" 

Jaga diri kau sebaiknya. Jika kau penat, berehatlah, Jika kau lelah, bersandarlah. Jika kau bersedih, luahkan dalam solatmu. Jika kau sunyi, kau susurilah memori yang kau labelkan -indah- dalam hidupmu.

"aku minta maaf"

Aku mintak maaf pada setiap kata yang melukakan hatimu. Aku minta maaf pada setiap nada yang mengguris jiwamu. Aku minta maaf pada janji yang gagal aku penuhi. Aku minta maaf pada setiap masa yang merugikanmu. 

"aku sayang kau"

Aku selindungkan sayang aku pada jaga diri kau sebaiknya. Untuk sayang yang aku terlewat menyedarinya. Untuk sayang yang aku serahkan sepenuhnya pada Dia. Untuk sayang yang aku tak terluahkan. Untuk sayang yang sepuluh tahun lamanya.

28.02.2021
21:32


Friday, February 26, 2021

Baling Belakang 25.02

 Semalam 25.02.2021.

Genap 15 tahun anniversary perkahwinan kakak aku. Beliau kahwin masa aku tahun pertama universiti di Perak. Aku ingat lagi balik Ampang naik bas lepas kelas hari Jumaat sebab beliau punya majlis hari Sabtu. Sampai je Ampang dah maghrib, aku naik bilik mandi, tukar baju kurung dan join beliau punya majlis khatam Qur'an. 

Masa inilah aku pertama kali merasa ada orang asing masuk dalam keluarga. Masa ini jugalah aku start kena pakai tudung di rumah. Aku juga masih ingat betapa seronoknya aku bila kakak aku kata dia kahwin dengan anak tok imam. Seronok membayangkan kakak aku bakal kena tarbiyah dengan laki dia. It's payback time!! Kahkah. Dulu hobi beliau ialah buli aku. Beliau kata aku anak angkat, mak kutip sebab kesian. Dalam versi lain beliau mengatakan mak aku tersalah ambil aku dekat hospital. 

Apapun, beliau adalah kakak terbaik yang Allah s.w.t anugerahkan. Alhamdulillah. Semoga perkahwinan beliau membawa ke syurga. Semoga semua anak buah aku membesar dengan jayanya dan bagi duit belanja dekat makteh bila makteh dah tua nanti. Dan semoga beliau kurangkan membebel. Aku yang dah tua-tua ni pun kadang-kadang kena dengar ceramah dia. 

Untuk abang ipar aku, aku ucapkan bertabahlah. Kahkah.

Semalam juga adalah birthday kawan baik aku. Seorang kawan yang telah baik semenjak di tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik di ibu kota. Tak pernah aku terbayangkan kami ini akan bersahabat baik. Masa sekolah menengah aku sangat suka subjek Lukisan Kejuruteraan. Jarang-jarang markah exam LK aku below 95%. Masa tingkatan 4 kami kelas lain-lain. Jadi aku ingat aku habis terer la LK. 

Bila masuk tingkatan 5 kami sekelas, aku sentiasa kalah dengan beliau. Jadinya diam-diam aku cemburu. Dia ni tempat duduk paling belakang paling hujung, kaki tidur. Pelik aku macam mana boleh terer. Makan apa dia ni. Aku pula adalah Ahli Jawatankuasa LK kelas, which by right aku adalah right-hand man cikgu LK. Tapi malangnya nama beliau je yang meniti di bibir cikgu tersebut. Beliau ni budak baik la, beliau ni rajin la, beliau ni pandai la. Eh hangin pulak aku.

Yang uniknya beliau ni, setiap pagi awal subuh tu beliau akan ke kelas untuk letak beg, kemudian balik dorm untuk solat subuh, kemudian sementara tunggu perhimpunan pagi, beliau akan tidur dalam kelas. Itu rutin beliau yang aku paling ingat. Dasar kaki tidur. Beliau punya suka tidur tu sampaikan dalam exam pun tidur. Exam LK berdurasi 2 jam 30 minit. 2 jam pertama beliau tidur, jawab exam 30 minit je tapi scorer LK. Haa ini yang buat aku lebih hangin.

Tapi aturan tuhan, kami jadi sahabat, dari teman sekelas sehinggalah sekarang usia persahabatan kami mencecah 17 tahun. Selepas SPM kami terpisah jauh. Beliau sambung belajar ke Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian ke UTM Skudai manakala aku terus ke program diploma UiTM Perak. Kami menuntut dalam jurusan yang sama. Cuma beliau pergi lebih jauh.

Dalam tempoh tu kami jarang bertemu sehinggalah sekarang. Awal Februari haritu aku ada bertemu beliau untuk urusan kerja di Bidor, Perak. Beliau kelihatan sedikit gloomy memandangkan ibu beliau baru sahaja dijemput Illahi 2 hari sebelum (Innalillahi wainna ilaihirojiun. Semoga ibundanya ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beroleh syurgaNya. Aminn) Dalam pertemuan itu, aku tenung matanya dalam-dalam dan bertanya "Kau OK?" Beliau angguk. Sentiasa tenang.

Beliau ini sejenis sahabat yang walau berapa pun lamanya tak jumpa, bila bertemu tak pernah kekok. Seolah-olah kami ini tak pernah terpisah jauh. Isteri beliau juga bukanlah orang asing untuk aku. Seorang wanita yang sangat kuat dan ibu mithali kepada 2 orang cahaya mata mereka. Semoga ALLAH s.w.t berkati umur beliau, kurniakan kebahagiaan untuk beliau dan keluarga di dunia, dan kebahagiaan dan kejayaan di akhirat sana. Amin.

Yang menariknya, sahabat aku ini adalah satu-satunya sahabat yang hadir ke majlis perkahwinan kakak aku pada 25.02.2006 di hari lahir beliau yang ke-19 tahun. Sebab itu aku sentiasa ingat tarikh ni. 

Thursday, February 25, 2021

This Is Me Letting You Go

Chapter 12 : 14 Things It’s Time You Forgave Yourself For

1. The big things that you changed your mind about

2. The ways in which you fought through pain 

3. The person you could never love properly

4. The fries that you ate with your lunch (LOL)

5. All the ways in which you are not enough 

6. The way you treated your parents when you were sixteen (Or twenty. Or thirty.) 

7. The way you treated yourself most of your life 

8. The useless degree you took in college

9. The breaks that you took from life

10. The chances you didn’t take

11. The things you didn’t say until it was too late 

12. The disasters you didn’t see coming 

13. Whatever you still are not ready for

14. The mistakes you haven’t even made yet


-Heidi Priebe-

Monday, February 22, 2021

Duniawi

Sekitar suku terakhir tahun 2020 adalah fasa paling sibuk aku. 

Bangun pagi terus pergi kerja, settlekan kerja hakiki.

Lunch hour biasanya aku akan pergi kilang ambil sample/material projek personal atau jumpa personal client atau personal site monitoring.

Petang masuk semula kerja hakiki.

Balik kerja rehat.

Malam sambung kerja personal mengadap AutoCAD atau dokumen atau buat payment.

Weekend samada teruskan kerja dengan komputer atau personal site monitoring.

Sesungguhnya memang letih yang amat letih. Letih bercampur haywire kepala sehingga aku accident la. 

Kemalangan tu hit me hard. Bak kata mak aku, kerja tu kerja juga, jangan tak ada masa untuk ibadah. 

She was right. masa aku betul-betul sentiasa suntuk dan terkejar-kejar. pernah satu hari aku tak sempat makan langsung. Dah balik rumah baru sedar ohh harini belum makan. But still terlalu penat, nak makan pun tak lalu.

Sejak kes tu, aku makan dalam kereta. Either aku breakfast dengan roti otw ke tempat kerja atau lunch dalam kereta sambil memandu ke site. Suap nasi between traffic light. Hahahah.. pengalaman..

Balik kerja kerap kali dalam jam 10 malam. Aku dah siap-siap solat di pejabat. Sampai rumah niat nak rehat sekejap, bangun-bangun dah subuh. Dari baju kerja ke baju kerja je aku.

Starting Januari aku dah hampir kembali normal. Turning point untuk aku. Semoga ALLAH s.w.t mudahkan jalan untuk aku dan semoga aku beroleh dunia dan akhirat.

Saturday, February 20, 2021

난 그냥 그렇게 살아

Muzik sentiasa ada untuk setiap rasa dan ketika. Aku sejenis manusia yang music-oriented. Conversations dan events jarang lekat dalam memori. Tapi tidak lagu.

Selera muzik aku universal. Ia boleh pergi setinggi heavy metal sedalam folk music. Sukar untuk pin-point lagu kegemaran. 

Aku lebih cenderung mengingati orang bila ada lagu tied to that particular person.

Tears in Heaven (Eric Clapton), Kotak Hati (Hujan), Have You Ever Seen The Rain (Creedence Clearwater Revival).

Lagu-lagu ini bukan top of the list favourite aku, tapi ianya lagu yang bila singgah di telinga, akan ada raut wajah yang melintas di minda.

Kedepan, aku tak mahu lagi lagu dari siapapun. 

Tapi buat masa ini, jiwa aku terzahir dalam Missing You (BTOB). Ada rindu yang bertamu.


Bait "I just Live Like That..." hits deep.

Bawa Diri

Suatu petang yang terik, aku dan Wanida makan di Gerai No. 58 Medan Selera Stadium Perak. Segelas teh ais aku hirup dengan bersungguh-sungguh. 

Lalu aku nyatakan hasrat hati "Kalau dapat kerja ke Kedah elok juga. Kalau tidak pun, Penang. Mana yang datang, aku tak keberatan".

Satu luahan rasa separa sedar aku yang membantutkan perjalanan sesudu kuey teow goreng ke mulut Wanida.

"Negeri Sembilan? Kenapa tidak ke Negeri Sembilan?" soal beliau sambil cuba mencari-cari anak mata aku.

Aku balas dengan senyuman. Gelas di tangan aku letakkan cermat. Dan aku biarkan soalan itu tanpa jawapan.

Friday, February 19, 2021

Kemalangan 17.12.2020

Assalamualaikum..

Kurang lebih sudah 2 bulan berlalu sejak aku langgar kereta orang. Alhamdulillah, 'ala kulli haal kereta telah berfungsi sewajarnya sehingga hari ini.

Ya, ianya mengejutkan aku memandangkan sejak hari pertama aku pegang stereng kereta, inilah kali pertama aku melanggar kereta orang (curb jalan tak kira ea). Alkisahnya aku dalam perjalanan nak ke tapak pembinaan di Kampar. Aku keluar dari pejabat dalam pukul 11.00a.m. lebih, kemudian singgah di showroom supplier di Jalan Pasir Puteh untuk ambil sample barang binaan dan berhasrat untuk terus ke tapak projek.

Beberapa minit sebelum kejadian aku sempat bercakap dengan designer untuk projek freelance aku berkenaan kerja cat. Selepas hang up the call kepala aku dah macam spaghetti junction. Macam-macam aku pikir, pilih warna cat dari sample catalogue, plan nak contact supplier mana, bila nak hantar site, bila nak bawa pekerja masuk dan yada yada yada.

Come on, admit that bila kita dah lama pegang stereng, kita memandu ni jadi macam autopilot. Entah macam mana, minda aku terlalu drifted away dan aku tak perasan kereta depan mula tekan break. It was near traffic light, aku ingat dia lepas, dan aku ingat bila dia lepas, aku pun akan lepas. Mana aku nak tau suddenly dia tukar fikiran dan decided to break saat akhir. Masa ni aku well known tayar kereta aku bunga dah nipis. Dah lama ayat nak pergi tukar tayar tu meniti di bibir tapi tak pergi-pergi jugak, sebab months during this time aku memang betul-betul sibuk. Betul-betul sehari sebelum kejadian mak aku ada telefon dan tanya tayar dah tukar belum? Oleh kerana aku malas nak drag the conversation, aku bagitahu beliau yang aku dah tukar. Moralnya ialah jangan tipu mak =P

The moment aku henyak break sampai ke lantai tu aku dah tau aku takkan sempat elak, lane kiri kanan ada kereta. Aku tau aku takkan dapat elak, aku cuma boleh reduce the momentum. Dan bang!! it goes. Aku nampak asap/wap keluar, aku jangka dari radiator. Maka aku terus matikan enjin. Keluar dari kereta. Ada sorang brader ni naik motor remind aku ambil barang penting dan terus keluar, jangan duduk dekat dengan kereta sebab jalan tu jalan besar, kereta laju. Guess whatt? aku grab telefon, bukak bonet kereta ambil laptop. Aku yang cerdik pandai ni pergi tinggalkan wallet elok dekat seat sebelah. Now you know my priority, laptop! Of course lah, semua kerja aku ada dalam tu. Gila nak tinggalkan.

Kereta depan yang aku sodok tu kereta Avanza mujur Persona hood depan rendah, Avanza bumper belakang tinggi. So the only part yang rosak kereta dia ialah bumper. Kereta aku radiator out, headlamp kiri kanan out. So maknanya mostly body part luar tu out la. Alhamdulillah.. Bateri ok, tangki minyak ok, belt dalam belt luar ok. 

Aku terus call emergency line masa tu dan dia cuma tanya ada casualty tak. Aku jawab tak ada. So operator tu arahkan aku report balai sahaja. Hence aku call insurance company request for towing. Half an hour later towing sampai dan aku setelkan semua di balai, kemudian hantar kereta ke bengkel panel Etiqa. Adoi bila pikir-pikir balik aku dah beberapa tahun NCD 55%. Tak apalah, lesson learnt. Masa aku tunggu tow truck tu ada la 2 orang brader berhenti dan tanya ok ke tak. Diorang datang sembang-sembang sekejap lepastu aku cakap aku confident aku boleh handle, then aku say thanks and suruh diorang gerak dulu. 

Masa brader tu tanya aku tak ada siapa-siapa boleh pick up aku ke atau aku boleh call? Otak aku jam. Tak ada satu orang pun yang aku yakin nak call. Takkan aku nak call kakak aku yang 40km away? And come on, kejadian tu mungkin hari rabu, tengah hari pukul 12.30, takkan aku expect kakak aku nak tinggalkan kerja untuk aku kan? Officemate aku confirm tengah sibuk kerja. So aku cuma bagitahu brader tu aku tak ada siapa-siapa tapi aku yakin aku boleh handle sendiri. Not that I was trying to put strong face, cuma aku memang betul-betul calm and collected time tu. Aku dah redha, aku take time untuk fikir, aku tak menangis atau gelabah, so overall aku memang ok. Bila dah OTW to bengkel baru aku call officemate untuk mintak tolong pick up aku sebab bengkel tu agak jauh dari pejabat.

Alhamdulillah kereta aku siap sepenuhnya dan dah collect pada 31.12.2020. namun demikian, sehingga hari ini aku tak bagitahu mak aku yang aku accident. Kehkeh. Malas nak bagi dia gelabah. As long as dah setel, cukuplah pada aku.

Jadi pesanan aku, jangan lupa tukar tayar bila sampai waktunya. Dan berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

See the damage on the front section? Luluh hati gue.

Thursday, February 18, 2021

Hello 6 years later

Assalamualaikum...

6 tahun sudah berlalu. memetik kata-kata aku sendiri beberapa tahun lalu, "masa berlari pantas, sepantas road runner." 

Well, how are you guys? How have you been for the past 6 years? Semoga segalanya semakin membaik dan terus membaik. Pada saat dan ketika entry ini ditulis, Malaysiaku tercinta masih lagi mencatatkan 2000++ kes baru Covid-19 dalam sehari. To be honest, I actually lose track of the C19 update. I don't even know sekarang ni Perak dalam PKPB ke PKPD ke or whatever. Oh ya.. untuk makluman, aku sudah menjadi sebahagian populasi rakyat Perak Darul Ridzuan selama 1 tahun dan 8 bulan.... kurang lebih. 

Lagi beberapa hari aku akan menjejak usia 34 tahun. Wow... quite a milestone. Alhamdulillah. Jujurnya aku tak pernah terbayang aku akan hidup se-lama ini. Hahah.. Thank you Allah for the 34 years of unending nikmat dan rahmat. Jadikanlah aku ini hambaMu yang sentiasa bersyukur. 

What I want for my birthday? I don't know precisely what I want. But I do hope to be the better version of me from what I am today. Semoga aku ini seorang manusia yang menjaga solatnya, seorang manusia yang sentiasa ikhlas, yang sentiasa sabar, yang sentiasa manis, tetapi tak sentiasa single. cenggitu. Dan untuk orang-orang yang aku sayang, ketahuilah bahawa aku sentiasa mendoakan kalian.

Sebenarnya semasa aku klik butang 'New Post' tadi, banyak ingin aku hamburkan di sini. Tapi along the way, dah evaporate ke angkasa lepas. Mungkin lain kali insyaALLAH. Aku sentiasa merasa aku boleh sentiasa jujur dan terbuka dalam hamparan blog ini sebab aku tahu di tahun 2021 ni, siapa lagi yang nak baca blog? Hahahaha... so paleolithic.

See you guys next time (if there is one). zasssss

from where I stand, there's nothing much different between 6-years-ago-me and the-now-me, except the age.