rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

hyundai? honda? mitsubishi? atau proton?

*profile pic kereta aku. hekeleh

assalamualaikum

siapa sini pengguna Hyundai atau Honda atau Mitsubishi atau Proton? konfem ramai. pasal aku tengok kereta atas jalan dah macam perarakan semut pergi-balik dari sarang ke gula. macam-macam spesis. katak ada (MyVi), tikus mondok ada (Matrix), burung puyuh ada (Savvy), peti ais ada (Juara) dan macam-macam spesis dari standard ke eksotik (tak pasti ejaan exotic yang dimelayukan)

sekarang hampir pelbagai peringkat penjawat awam dan swasta juga pelajar mampu memiliki kereta. tak kisah la kecil ke besar, asal namanya kereta. yang lelaki musti nak kereta yang nampak 'lelaki'. kereta yang lampu isyarat hijau je bedesup peginya. yang tinggal hanya asap. perempuan musti nak kereta comel-comel dan kompak; MyVi, Kelisa, i10 pasal senang nak parking. kalau boleh nak letak patung banyak-banyak dalam kereta. lepas tu nak susun kasut penuh satu but. pastu pastu nak kaler pink!

motor pun sama. nak yang kuasa kuda sampai sekandang. kalau tebalik moto, setengah jam jugaklah nak mendirikan balik. parking tepi kedai beli rokok, member lalu sebelah usha-usha moto, korang dah jeling macam nak telan. sekali dia sentuh penampar sampai ke muka.

nak beli kereta atau motor bukan mudah. especially untuk yang bekerja di sektor swasta. tensen beb. nak beli senang, nak maintain tu yang berpeluh-peluh. tapi untuk yang berjaya memiliki kereta sendiri, atau yang berjaya pinjam kereta mak (ehem), haruslah bersyukur. nikmat tu

dalam satu-satu kawasan taman perumahan, ada beratus-ratus kereta. silap-silap ada beribu-ribu. dua kali ganda dari jumlah rumah yang ada. pelik kan? ehh tu tak cukup pelik lagi. yang lebih memusykilkan adalah; kalau ada beribu-ribu buah kereta, kenapa yang datang jemaah di masjid tak beribu-ribu pun?

you do the math

parking masjid tak muat kot untuk Lancer. kot. tak pun luas sangat untuk Kelisa. membazir space pulak. kan?

ada orang yang tak sebertuah kita yang ada kereta. tapi boleh je datang masjid jalan kaki. siap berpayung berselipar jepun basah kuyup kena hujan sampai kain pelikat boleh perah air, TAPI masih ke masjid. apa alasan kita yang berkenderaan untuk tak ke masjid? lailailai. aku nak dengar. ni nak kira kufur nikmat ke apa ni?

nak kata jauh, tak la sejauh memusing shooping kompleks time dating
nak kata balik kerja lambat, aku rasa pukul 5/6 dah siap tunggu dekat mesin punch-card
nak kata ada anak nak jaga, bujang lagi (untuk yang single mingle)
nak kata busy, dating boleh je!
apa lagi nak dikata?

tak tahu masjid kat mana kot. lepas ni pihak masjid kena edarkan peta lokasi masjid on google map. perghh canggih. ingat korang je up to date? heh

Allah bagi kereta. tapi untuk apa kita gunakan? kalau untuk pergi dating, tak berkira. untuk pergi shopping, tak kesah kemana. untuk pergi kerja, anggap biasa-biasa. tapi untuk ke masjid, kemain liatnya. sedangkan yang beri nikmat kereta tu siapa? ayah korang? jiran korang? bos korang? gf/bf korang?

untuk kesekian kalinya: aa lu pikirlah sendiri!

aku cuma meng-ekzejeret-kan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang aku dengar dalam kereta bos haritu. esok lusa kalau Allah tarik balik nikmat kereta, silap-silap nikmat kaki pun sama, jangan dok terhegeh-hegeh nak tanya kenapa ohh kenapa. mengengsotlah ke masjid. itupun kalau reti nak insaf

lagi sekali: aa lu pikirlah sendiri!!

bukan minta datang 5 waktu sehari. bukan wajib datang hari-hari. tapi... janganlah langsung tak datang. roh kita ni perlukan makanan. hati kita ni berbolak balik. iman turun naik. ini adalah salah satu caranya nak merantai nafsu dan syahwat. bahaya kalau roh dibiarkan lapar

lepas ni kalau ada mak/ayah/abang/kakak/jiran/sahabat/bos ajak pergi masjid, fikirlah sendiri apa nak buat. bebuih dah orang lain ajak, nasihat. kalau tak faham-faham jugak, sila beristighfar banyak-banyak. semua apa yang aku ekzejeret-kan ini sebenarnya untuk diri aku sendiri. sebab aku ni pelupa kadang-kadang. aku sekadar share dengan orang yang nak menerima

ingat, tok imam naik Honda Kap rilek je aman damai datang masjid. korang yang pakai Neo pulak berkecamuk hati pikir nak pergi ke tak nak pergi ke tak. pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku. jujur

p/s: kereta aku debunya dah 5 inci. entah bila nak bercuci T_T

siapa kau untuk sombong

*gambar rompak dari gugel lagi. biasak bro

assalamualaikum

hari datang dan pergi. semakin hari kita semakin dewasa. suasana dan insan keliling menjadi batu aras kematangan

dan hari ini aku sedar satu perkara. perkara yang aku sendiri malu untuk mengaku

manusia ini makhluk sombong

konon Alhamdulillah atas kurniaan Allah. tapi berapa kali kau mengejar majlis ilmunya?

konon mengaku makhluk Allah. tapi berapa kali kau solat di awal waktu?

konon hidup sebagai kau mukmin. tapi berapa kali kau bermaksiat dengan manusia?

konon takutkan neraka Allah. tapi berapa banyak kau tunduk berdoa?

konon sayangkan Rasulullah. tapi berapa kali kau menangis ingat padanya?

konon- konon saja semua. tak tahu malu.

kau tahu golongan munafik tempatnya paling rendah di 'sana' nanti? kau tak tahu. sebab itu kau sombong

lawak la kau ni

p/s: bertaubatlah hai tukang tulis. jangan jadi manusia sombong. sedangkan udara yang kau hirup itu free of charge.

Mengemis Kasih

,

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

p/s: Astaghfirullahalazim T_T

kasih sayang untuk sahabat

*melentur buluh biarlah dari rebungnya :)
membentuk akhlak biarlah dari kecilnya :D

Assalamualaikum

entry ringkas untuk menjawab soalan seorang sahabat. Bagaimana kita nak tahu kita dah menutup aurat sebaik mungkin? (untuk gadis)

nak menjawab secara kompleks, nanti karang berkerut dahi. maka secara mudahnya, kita sebenarnya sudah menutup aurat sebaik-baik keadaan apabila kita mampu solat tanpa memerlukan yang lain-lain. membawa maksud di sini, telekung, terutama bagi perempuan.

cuba pagi-pagi sebelum pergi pejabat atau keluar bersiar-siar, cermin diri kepala ke kaki. cuba tanya diri; adakah aku yakin untuk bersolat dalam pakaian yang aku pakai sekarang?

tudung menutup rambut dan dada tak?
jarang tak tudung?
baju dan seluar atau kain cukup longgar dan labuh tak?
lengan baju cukup panjang supaya bila angkat takbir tak terselak?
kaki berstokin tak?

kalau masih was-was, maknanya belum sempurna T_T dan celakalah keadaan yang demikian. ada yang sebenarnya sedar diri tak menutup aurat dengan sempurna, tapi buat-buat tak sedar. seumpama buat-buat tak ingat neraka itu wujud ke tidak. Nauzubillah!

pernah suatu ketika berlaku di depan mata saya sendiri, seorang sahabat mengajak sahabatnya yang lain untuk bersolat di masjid. tapi sahabatnya itu malu untuk jejak kaki di masjid kerana rasa diri 'tak sempurna'. (saya percaya maksudnya berkaitan pakaian; jeans dan t-shirt)

lihatlah betapa seorang muslim sendiri 'segan' untuk ke rumah ibadah sendiri. adehh

next time kalau teserempak dengan sahabat yang kata 'tak sempurna', gigit dia, supaya tersedar dari lamunan tak bertepi. ewah. kalau korang seorang perempuan, tentu biasa dengar dari mulut sahabat "aku rasa aku belum sempurna la". Alhamdulillah sedar diri. tapi esok-esok tengok tak berubah jugak. silap-silap makin seksi :P

biasakan diri untuk bawa stokin tebal dan sarung lengan dalam handbag. tak berat dan tak susah mana pun. kalau mekap sanggup pulak bertan-tan galas dalam beg kan. biasakan diri untuk pakai tudung yang labuh, tak jarang, pakaian yang longgar. bila kita selesa, nak kemana-mana pun senang. campaklah dekat shopping complex yang tak ada surau sekalipun, hati tak gundah. InsyaAllah :)

memetik kata-kata ikon gadis-gadis :P , Farah Lee "Saya pernah menjalani kehidupan tanpa menutup aurat. Tiada yang indah, melainkan penyesalan.. ;( "

setiap mausia ada jalan hidupnya yang tersendiri. maka belajarlah dari kesilapan orang lain. kita takkan mampu nak buat semua kesilapan itu sendiri. jangan sombong menerima nasihat. hanya orang yang pernah sesat tahu apa rasanya mencari-cari cahaya. dalam gelap macam-macam boleh jadi, terpijak kaca terlanggar meja terhantuk kepala. dear friends, i can't show you where the light is, but i am pushing you away from the darkness, far away, at least. so that we could together look for the light. maka terimalah...


p/s: hanyalah berkongsi benchmark yang ku letakkan terhadap diri sendiri

Gurauan kekasih

Ya rasulullah, kami rindu!

Assalamualaikum, pertama kali rasanya muncul keinginan nak tiru dan tampal satu artikel menarik yang saya jumpa di sini:

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampung kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuat. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.

Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”

Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!” -Musnad Ahmad

Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

p/s: kalau tuan-tuan tak mengalir air mata membaca kisah ini, segeralah bermuhasabah. barangkali hati dah jauh

GMT

*matahari yang baru nak terbit :)

Assalamualaikum

Seluas alam
Dia di +9
Aku di +8

hanya hati dan jiwa yang menuju Tuhan

p/s: 天国