rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

Info Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Syria Anjuran Muslim Care Malaysia.



Alhamdulillah, berkat sokongan dan kerjasama Tuan/Puan, sukacita dimaklumkan, Deligasi Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Syria Anjuran Muslim Care Malaysia melalui Turki, dari 12hb. hingga 16hb. Mei 2012, telah selamat kembali ke Tanah air pada jam 7.00 pagi 17hb. Mei 2012 yang lalu, dengan kejayaan melaksanakan matlamat utama yang disasarkan.

Matlamat utama misi ini adalah:

1. Berjaya melakukan penyerahan sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM 210,000.00 kepada Rakyat.

2. Menziarah dan melihat sendiri mangsa2 kezaliman dan kekejaman tentera2 kerajaan Syria di bawah pimpinan Bashar.

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, selain daripada matlamat di atas, misi ini juga berjaya mencapai beberapa matlamat tambahan yang dapat member impak yang besar kepada gerakerja amal yang akan datang.

Secara keseluruhan, antara kejayaan yang berjaya dicapai adalah:

1. Berjaya melakukan penyerahan sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM 210,000.00 kepada Rakyat Syria melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan Syria iaitu NGO Higher Commission For Syrian Relief yang berpejabat di Istanbul, Turki.

2. Berjaya bertemu Ketua Ulama’ Syria yang berada dalam buang di Negara Turki, iaitu Al-Fadhil Sheikh Muhammad Ali Alsabouni serta beramah mesra dan mendengar tazkirah dan pandangan beliau sendiri berhubung pengolakkan yang berlaku di Bumi Syam.

3. Menziarahi dan melihat sendiri keadaan mangsa2 kekejaman dan kezaliman tentera2 Bashar dan Kerajaan Syria di Hospital2 dan Pusat2 Pelindungan yang ditempatkan di Bandar Istanbul dan juga di Bandar Antalya, Turki berhampiran Sempadan Syria disamping mendengar taklimat berhubung bagaimana Pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief melaksanakan usaha2 mereka mengurus krisis dan pergolakkan yang berlaku.

4. Mengadakan pertemuan dengan NGO Turki, Istanbul Foundation For Science And Culture, yang mempunyai keahlian hampir setengah juta. Di sini, kami berpeluang bertukar2 pandangan disamping mengadakan perbincangan untuk bekerjasama bagi menjayakan Pembangunan Masjid di KhanYounnis, Gaza, Palestina, sepertimana yang sedang diusahakan oleh pihak kami, Muslim Care.

5. Atas usaha dan perancangan pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief, deligasi Muslim Care Malaysia diberi kesempatan menziarahi beberapa tempat bersejarah peninggalan Pemerintahan Kerajaan Islam di zaman Empayar Uthmaniyyah, yang mana secara tidak langsung memberi sedikit sebanyak maklumat kepada deligasi misi tentang sejarah Islam di Turki.

Berlaku sedikit keralatan dikalangan kami, deligasi Muslim Care yang terdiri daripada Hj Mat Arifin Ismail selaku Ketua Misi, Dr. Kamaruzaman Yusof, Ustaz Md. Nazmi Abd. Karim, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani, Ustaz Riduan Md. Nor, Hj. Zulkifli Wahijan, Ilyas Alaydrus (Wakil Muslim Care UK/Ireland) dan saya sendiri kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menziarah khemah pelarian Syria di Sempadan Turki dan Syria.

Pembatalan ini terpaksa dilakukan setelah mengambilkira keadaan dan suasana khemah tersebut di mana tahap tekanan dan trauma yang dialami oleh kumpulan pelarian tersebut terlalu tinggi, dikhuatiri akan menjadi lebih gawat dengan kehadiran orang asing seperti kami.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pengalaman yang kami alami semasa menziarahi mangsa2 kekejaman di Hospital di Istanbul, dimana berlaku perbalahan dikalangan mangsa tersebut bilamana masing2 cuba menceritakan pengalaman duka mereka.

Apapun, kami deligasi yang menyertai misi ini serta ahli2 Muslim Care, ingin menzahir ucapan setinggi2 terima kasih atas sokongan dan perhatian tuan/puan dalam membantu kami menjayakan misi ini.

Kami juga ingin menyampaikan salam penghargaan daripada pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief yang dipimpin oleh Ketua Ulama Syria, Al-Fadhil Sheikh Muhammad Ali Alsabouni serta anak beliau Saudara Ahmad Alsabouni atas sikap keperhatinan dan simpati yang ditunjuk oleh rakyat Malaysia kepada mereka.

Bagaimanapun, perlu ditekan, selagimana krisis dan pergolakkan di Syria belum berakhir, maka sumbangan dan perhatian serta doa daripada tuan/puan akan terus diharap dan dipohon bagi kita meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh Rakyat Syria disamping mengharap turunnya bantuan Allah swt bagi memenangkan pihak yang ingin memperjuangkan Islam.

Untuk itu, kepada yang ingin menderma bolehlah menyumbang melalui Akaun kami di Bank RHB, No. Akaun: 26-2120-0000-4747 atas nama Muslim Care. Mohon maklumkan sumbangan tuan/puan dengan smskan info sumbangan ke no. Bendahari kami Hj Zulkifli Wahijan : 013-367-2260, untuk tindakan susulan kami.

Akhirkalam, terima kasih atas sokongan dan bantuan. Yang baik dari Allah SWT. Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan. Wassalam.

Yang Menjalankan Amanah,
Bagi Pihak Muslim Care Malaysia
Ketua Setiausaha Muslim Care


Sumber: Facebook Ketua Setiausaha Muslim Care Malaysia, En. Zakaria Latif

konvokasi dan lain-lain

Assalamualaikum..

setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana masih diberi peluang bermusafir di bumi-Nya hingga ke saat entry ini tertulis.

banyak peristiwa, ujian, berita dan peringatan tak henti kunjung tiba dalam masa terdekat ini.

pertamanya, musim konvokesi sudah tibaaaaa.... UiTM aku tengok dah macam hutan belantara mengalahkan taman botani dengan bunga ntah mai mana tiba-tiba banyak tepi jalan. yang pentingnya, tahniah untuk sahabat-sahabat dan kesayangans yang mendapat scroll kali ini samada dari UiTM mahupun UTM. korang ohsem! manfaatkan ijazah di tangan untuk berbakti dan menjadi khalifah terbaik. mari menjadi insan-insan yang mengalir darah mudanya persis kelicikan Thariq Bin Ziyad, kepintaran Khalid Al-Walid, kebijaksanaan Imam As-Syafie, keberanian Umar Al-Khattab, kesungguhan Salahuddin Al-Ayyubi bersama kecintaan Rasul kita Muhammad S.A.W. InsyaALLAH :)

"jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu" - La-Tas'aluni


eem's :) tahniah! (gambar hiasan)


keduanya, mohon sama-sama kita doakan team Muslim Care (klik sini) yang telahpun berangkat ke Turki Jumaat lalu atas misi bantuan bagi saudara kita yang menjadi mangsa kekejaman Basyar Assad di Syria. Kebanyakan individu yang terlibat merupakan insan yang amat saya kenali atas perjuangan mereka selama ini baik di peringkat negara mahupun antarabangsa. Perjuangan mereka marilah kita iringi dengan doa agar dipermudahkan urusan, disempurnakan tujuan, dilindungi keselamatan dan yang lebih penting, diredhai ALLAH S.W.T. setiap kali Muslim Care menghantar misi bantuan, tiap kali itulah saya berharap suatu hari nanti, saya akan menjadi sebahagian dari mereka. kesungguhan dan pengorbanan mereka wajar dijadikan contoh oleh anak muda yang kebanyakannya semakin hanyut ditelan tipu-daya dunia sehingga buta melihat saudara islam sendiri tertindas. alangkah celakanya jika kita termasuk dalam golongan tersebut.

(sekiranya tuan-tuan ingin lebih mengenali Muslim Care, bolehlah ajukan persoalan kepada saya, insyaALLAH saya akan cuba berusaha mencari dan memberi jawapannya :) )

ketiganya, Al-fatihah untuk insan-insan yang telah kembali ke Rahmatullah. moga ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh keampunan. Kullun Nafsin Zaa Iqatul Maut. setiap yang hidup pasti akan menemui mati. sama-samalah kita persiapkan diri kerana masa kita juga pasti tiba. marilah kita sama-sama usaha agar kita dapat menuai hasil yang baik-baik belaka dari apa yang kita kerjakan di ladang dunia ini. dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah tipu daya yang kita bangga-banggakan. peringatannya sudah tiba 1400 tahun dahulu:

maka ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, wajah orang-orang kafir itu menjadi muram. dan dikatakan (kepada mereka), "inilah (azab) yang dahulu kamu memintanya."
[Al-Mulk, 67:27]

dan yang terakhir, untuk bonda tersayang:

"terima kasih untuk semua yang ALLAH kirimkan kepada yana melalui bonda. pada bonda ada satu senjata yang mampu merentas logik akal, menembusi tujuh lapis langit, dan menundukkan segala yang mustahil. itulah dia DOA seorang ibu. makanya, doakanlah anakmu ini menjadi Muslimah setabah Khadijah r.a, sesantun Aisyah r.a, setaat Fatimah r.a, setabah Maryam r.a, sekasih Asma Binti Abu Bakar. agar dapat kita sama-sama berdampingan Ainul Mardhiah di usia kita yang berikutnya. apalah yang ada pada anakmu ini untuk dipersembahkan tanda terima kasih, hanya doa agar ALLAH mengasihimu sekasih-kasihnya. kerana itulah yang terbaik buatmu bonda"

insyaALLAH......... :)

momen 01:35

gambar: rompak dari tenet

berhelai-helai surat
terbiar di depanku
tak dapat kuutuskan

ku ramas semua
dan ku buangkan jauh
dari pandangan

lalu aku kesal
ku kumpul semula
tak dapat ku nyata
apa yang ku rasa

..........