rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

Tuan Anthony Kevin Morais

Assalamualaikum

*Bangunan Jabatan Peguam Negara, Presint 4, Putrajaya

Pagi ini, negara kita dikhabarkan dengan pengakhiran berita kehilangan salah seorang warga Jabatan Peguam Negara, Tuan Anthony Kevin Morais. Ianya satu berita yang pilu untuk diterima semua pihak terutamanya keluarga beliau.

Jujurnya, saya tidaklah mengenali beliau dengan rapat. Tapi memandangkan kami berada di bawah jabatan yang sama, ada juga la terserempak dan berselisihan dalam pejabat. Tuan Kevin merupakan salah seorang barisan tertinggi penganjur sewaktu Majlis Penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang AGC tahun 2015. Melihat beliau kehulu kehilir menguruskan majlis supaya berjalan lancar cukup membuktikan betapa dedikasi beliau tercurah 100% dalam apa jua tugasan yang diberikan. Tuan Antony Kevin Morais merupakan antara insan yang buat saya menoleh dua kali saat pertama terpandang beliau. Cara beliau berjalan, bertutur dan style beliau dalam sut, segar dalam ingatan. Jadi, ketika pertama kali kami warga AGC menerima berita kehilangan beliau, saya seakan tidak percaya. "takkanlah orang boleh menyimpan dendam kepada manusia yang sangat humble macam ni?" but still, we waited and hope good news will come soon.

Salah seorang sahabat saya yang kerap berada dalam mesyuarat yang sama dengan beliau turut mengiakan kehalusan, ke-down-to-earth-an Tuan Kevin tak kira di dalam atau di luar kerja. No one deserve to be found in such a way. Saya amat-amatlah berharap sesiapa yang bertanggungjawab akan menerima hukuman yang setimpal. And do remember, kalau terlepas di dunia tak bermakna terlepas di akhirat. 

Tadi juga ada berita Tan sri Gani ke Jabatan Forensik berikutan penemuan mayat Tuan Kevin. Bila baca komen terasa betapa Malaysia ini dipenuhi dengan keyboard warrior. Komen meragui kesihatan Tan Sri, komen status beliau sebagai penjawat awam. Ada yang menjawab komen pun tak benar. Kesian. Amat kesian tengok. Malas nak jawab komen tersebut sebab malas nak letakkan diri sendiri sebaris dengan spesis mereka. Ada hikmahnya saya berada di jabatan ini, sekurang-kurangnya tercegah dari bagi komen yang tak berilmiah.

Apapun, RIP Tuan Anthony Kevin Morais. semoga keluarga beliau juga tabah dalam menghadapi ujian ini. Dan, berhati-hatilah semua, kita sekarang berada dalam suatu keadan di mana, jenayah tiada batasan. Moga ALLAH S.W.T lindungi kita semua dari musibah sebegini.

Satu Tarbiyah Dalam Satu Masa

Assalamualaikum...

(image source: bbc)

Crane collapse

Al-Aqsa under attack

Haze

what does all that tells you? Allahurabbi. Jangan Engkau izinkan kami menjadi hamba-Mu yang lalai. Moga Allah S.W.T kurniakan Jannah setinggi Firdaus untuk jiwa-jiwa yang mengadap-Mu tika melalui ujian ini.

Kurniakan kami jua Ya Allah hati yang kental dan jiwa yang peka dalam melalui liku-liku ummah akhir zaman ini.

13092015


F.E.A.R

Assalamualaikum



"when i was young, i couldn't sleep at night, because i thought there is a monster in the closet. but my brother told me, there wasn't anything in the closet but fear. that fear wasn't real. he said it wasn't made of anything, it was just air, not even that. he said you just have to face it, you just have to open that door and the monster would disappear.

in here though, you face your fear, you open that door, and there's a hundred more doors behind it. and the monsters are hiding behind them. they're all real."


-M.J.S-