rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

saya les, rasa besttttt~


salam

seawal kicauan burung bernyanyi rambuba-rambu-ramba di luar tingkap office cukup rasanya menghiburkan. seraya memberitahu, sekalipun dunia tunggang-langgang, masih ada yang bersyukur dan bergembira. teruskan nyanyi....teruskan. agak-agak rasa dah bosan dengar karang selipar jadi habuan dia. uish dosa.

minggu lepas barangkali rasa tertarik dengan kenyataan 'saya gay, saya ok'. seriously ok? dude, kalau ye pun nak tempah tiket ke neraka, xpayah la ajak ramai-ramai. kapasiti neraka meningkat. tambah-tambah lagi time akhir zaman ni. peak hour tuu

berbaris-baris manusia nak masuk neraka. nampak kat line depan sekali tu? itu pemimpin yang makan rasuah, abaikan rakyat, tak adil dalam pemerintahan. belakang die kan ada seorang pakcik, anak lelaki dan menantu dia. tu kaum adam yang biarkan anak bini dia mendedahkan aurat. tu pulak pasangan yang berjanji sehidup semati. same2 masuk neraka sebab bersekedudukan. elok sangat. sweet kan?

ramai lagi tu. cuma perlu buka mata hati untuk melihat je.

apa dah jadi dengan kita?

berhentilah 'menegur dengan TERLALU berhemah'. sebab terlalu hemah, agama dipersendakan. dah bukan zaman "kalau kau tutup aurat kan cantik". tapi berinjaklah kepada. "kalau kau rela tak tutup aurat, kau rela jejak kaki ke neraka?"

teladan dari umat yang dihancurkan ALLAH belum cukup nak beri pengajaran kan. of course. kaum tsamud dari zaman Nabi Shalih. kaum Nabi Lut. goes back thousand years ago. time tu confirm kita lahir pun belum lagi.

when i talk bout history, i mostly got this in return:

"aku tak minat sangat la sejarah-sejarah ni. sebab aku macam selalu mengantuk la kalau baca. buku dia pulak selalunya tulisan panjang-panjang. tak ada gambar. boring. aku lagi suka kalau dengar orang cerita"

haah. tapi kalau bab artis hollywood, bab lagu metal, bab fesyen seluar-singkat-baju-tak-cukup-kain, bab cerita korea yang hot dalam carta, kau nombor satu.

kalau tak ada orang yang nak bercerita? memang buta sejarah la kau orang nanti! dapat pulak member yang sama-sama pemalas spesis masyaALLAH macam kau orang. lagilah jahanam!

but hey, kita ada event yang berlaku dalam zaman kita. tsunami cukup melekat dalam ingatan tak?gempa-bumi kat haiti dah berkali-kali dah weh. jiran kita yang katanya serumpun tu? kalau itu pun tak boleh ingat, bukan tahap buta sejarah. tapi itu buta hati. buta dalam nampak.

ya semua orang main peranan untuk baiki keadaan. betulkan spesis-spesis songsang dan tak sedar diri itu. sudahlah menumpang di bumi ALLAH. berani pula melawan. di mana letaknya malu kau orang.

pemimpin harus ambil langkah setapak ke hadapan. eh betul pe. nanti pun golongan ni yang akan dihisab dulu kan... lupa?

teringat kisah Khalifah Umar dan gabenornya, Muawiyah. dikisahkan bahawa Khalifah Umar r.a mendapat berita bahawa gabenornya di Syam, Muawiyah, bermewah-mewahan pakaiannya. Dikatakan pada mulanya Khalifah Umar tidak percaya akan khabar tersebut. jadi Khalifah Umar r.a sendiri pergi ke Syam untuk melihatnya sendiri. sesampainya di Syam Khalifah Umar r.a melihat kemewahan jubah pakaian Muawiyah yang segak berkuda. Muawiyah yang terkejut dengan kehadiran Khalifah Umar r.a lekas turun dari kudanya dan mendapatkan Khalifah Umar r.a untuk memberi penjelasan. Dikatakan beliau bermewahan adalah kerana ingin Islam dilihat hebat oleh empayar Rome. bahawa empayar Islam juga tampak gagah dan utuh. Khalifah Umar r.a cuma membalas dengan;

"wahai Muawiyah, lakukanlah apa yang kau inginkan di dunia ini. TETAPI kau perlu ingat, setiap apa yang dikerjakan olehmu di dunia ini, akan ditanya oleh ALLAH s.w.t di 'sana' nanti"

(cerita ini samar-samar dalam ingatan saya. tetapi begitulah lebih kurang yang diceritakan)

see? buatlah ape yang kau orang nak. tapi awas, ada peringatan di sebaliknya.

wahai pemimpin yang zalim, jadilah adil kepada rakyatmu

wahai isteri yang derhaka, taatlah kepada suami kamu

wahai perempuan yang mengaku beragama, jagalah auratmu

wahai lelaki yang memimpin, jadilah imam yang terbaik

wahai manusia yang lemah, jadilah hamba-Nya yang sentiasa sujud

hai lelaki yang beriman, jagalah muslimah dari susur galur kamu supaya mereka tak tarik kaki kamu di saat kamu ingin melangkah ke syurga. atau memang suka kena tarik2 dengan perempuan? hahah.. konon hot stuff la? kau belum tahu hot api neraka lagi

hai perempuan yang beriman, sudah-sudah la tu nak tunjuk cantik. oh saya dengar ada orang kata "kau jeles ke sebab kitorang cantik?" hahahah.. kita tengok cantik lagi tak bila kau digantung dalam api neraka dari rambut kau.

wahai saudara, wahai sahabat, wahai jiran tetangga

janganlah kamu sombong. peringatan untuk saya dan untuk semua. saya pun masih lemah dan masih belajar. moga ALLAH s.w.t ampunkan dosa kita dan tempatkan kita dikalangan hamba-Nya yang beriman. aminn

andai ada yang tersinggung di mana-mana, ampun dan maaf

dia datang

salam

seusai subuh, lain benar rasanya. bukan hari ini saja. perasaan yang bercelaru sudah menginjak dari beberapa hari yang lalu. tidak ada saya simpan tafsirannya.

sakitkah

risaukah

letihkah

atau ianya ketentuan di luh mahfuz untuk saya

23 tahun hidup cukupkah membanting tulang membawa bekal ke sana. bersama dosa-dosa yang bertebaran. tak mampu dijinakkan.

seraya mencari genggam-genggam waris. mencari kekuatan yang masih bersisa. meratap sendirian. tak berteman. pada siapa nak bercerita? pada udara yang jujur melintas nyawa. pada awan yang bisa tegak di udara. pada dunia yang tidak dibawa bersama. atau pada nyawa yang menjadi milik-Nya?

untuk berkata tidak saya berasa. nanti dikata gila. cuma ini pohonnya. minta dihalalkan mana yang terlebih mahupun terkurang selama saya berlegar di sekitar tuan hamba. minta didoakan andai sudah tiada. andai.

Ya Rabb Maha Pencipta. Pemilik agung langit dan bumi. andai hujungnya menghampiri, berikanlah tanda untuk persiapan yang terakhir kali.

moga ini cuma mainan mimpi


darah

luka di jari nampak berdarah


luka di hati tak siapa yang tahu


*amaran: hati-hati dengan tag harga carrefour baru shah alam. tajam. mentang-mentang baru. cis

update standard awek pavillion

hi uollzzz!

kitew bwu bg0n lew. last nyte tito lambat angat2 aww

lapa lew. k0wank da mam pgi niew? kitew bwu nak g nenok kat dapow

arini nak g shop3 at k4... yeayyy!!!

baking a cake !!

nantiw kitew tunjuk asilnyew k? k0wank jgn g manew2 aww...

papai... xoxo

muahx... luv ya guyz



transformasi saya

salam

semalam saya mengikuti perkembangan dan luahan hati cik lulu berkenaan transformasi diri daripada comot kepada cantik. katanya la.

dengan itu saya pun terdiam dan terfikir sejenak. saya juga menggemari suatu transformasi. dari seekor berudu kepada katak. kepompong debab kepada rama-rama. dan pelbagai bentuk, dominasi lantaran meliputi segenap ruang zarah dalam hayat.

maka saya turut terpanggil (eceh) untuk bercerita tentang transformasi yang bakal menggegar dunia. ya.
MENGGEGAR DUNIA.

transformasi ini akan membentuk satu fenomena gempak punya. tak percaya? kita akan lihat bersama-sama

saya bukan cakap kosong. sebagai bukti transformasi tersebut. saya bawakan ini kepada pembaca;
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

bagaimana?

megan fox tak ada? baguslah. padan muka kaum satu lagi tu.

bersama kita nantikan

buat penghuni banglo mewah TTDI Jaya, nak menjadi sebahagian dari transformasi ini? jom

kita akan gunakan kuasa Matrix 1.6 cc




insyaALLAH

doakan ya
p/s: kalau yuri gagarin tengok pasti dia berkecil hati
lastly, mission is a go!

kullunafsin zaa iqatul maut


salam


setiap yang hidup pasti akan menemui mati


marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah


buat opah cu saya, adik bongsu kepada opah saya


yang telah kembali ke rahmatullah, semalam


8 muharram 1432 H


di makkah mukarramah


selepas beliau menyempurnakah ibadah hajinya


semoga ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman


Ya ALLAH, Kau ampunkanlah dosa-dosanya sepertimana Kau ampunkan dosa mereka-mereka yang terdahulu


Al-Fatihah~


akan tiba masanya kita menyusul....

siapa Syeikh Ahmad Yassin?

assalamualaikum

entah mengapa hari ini. seusai menghirup santapan pagi. tergerak hati mencari ini....

Syeikh Ahmad Yassin

siapa syeikh ahmad yassin? siapa dia? tentu ada yang tertanya. inilah rupa gagah dan segaknya pejuang ALLAH. pejuang tanah Palestin. Pejuang Islam.

barangkali tak sesegak tom hanks dalam layar saving private ryan. tak setangkas tom cruise dalam mission impossible. tak selincah jake gylenhall dalam prince of persia.

nama-nama yang sangat hero kan?

tapi Syeikh Ahmad Yassin lebih gagah. lebih segak. lebih tangkas. lebih lincah.

sekalipun

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

berkerusi roda....

hatinya tak pernah gentar. tak pernah takut. hanya gentar dan takut hidupnya bukan dalam redha ALLAH S.W.T.

riwayat hidupnya? mungkin bukan di entry ini. cukulah sekadar saya perlihatkan rupa pejuang ALLAH ini.

inilah yang dihadiahkan oleh musuh-musuh ALLAH. inilah hasil perjuangannya. inilah insan yang pemergiannya menjadikan kita tempang. tempang berkaki

bagaimana helikopter apache zionis durjana menghantar pemergiannya.

lihatlah dengan mata hati

di mana kita berdiri. bongkaknya kita di bumi ALLAH. sombongnya kita bernafas dalam kurniaan ALLAH.

sendi yang masih normal dan mampu bergerak ini. untuk apa kita gunakannya?

malu dengan diri yang cukup sifat. tapi buta mata hati. pekak agama

ampunilah kami Ya ALLAH. ampunilah kami........
celakalah musuh-musuh ALLAH

sepucuk surat dari Palestin (bhg. 3)

salam

Wahai umat Islam di Malaysia! Kami mengharapkan anda mengepalai kempen menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel bagi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk pada tekanan. Kami memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah dan tunduk pada tekanan. Malangnya rakyat hanya mampu bertahan selama 6 bulan. Setiap hari rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa kerajaan HAMAS tidak tunduk pada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila? Perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan saudara bagi melakukannya. Sanggupkah saudara melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?

Umat Islam di Malaysia sekalian, kami akan terus berjuang. Kami akan tetap dalam perjuangan sehingga setiap dari kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam terus dijulang. Namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan kalian.

Jika kami gugur syahid manakala saudara sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari ALLAH atas kelembapan saudara semua. Kami tidak akan redha pada kelesuan dan kebisuan kalian. Kami tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia, kami mengharapkan saudara bersikap proaktif. Kami hanya mengharapkan saudara dapat menyumbang USD 1 (bersamaan RM 3.60) setahun bagi menanggung kesengsaraan rakyat Palestin. Kami juga mengharapkan saudara melobi kerajaan saudara yang menjadi pengerusi OIC supaya melakukan sesuatu.

Dr. Abdel Aziz Abdulmajid Al-Rantissi. salah seorang tokoh pejuang pembebasan tanah Palestin.


syahid dalam perjuangannya. moga ALLAH tempatkan kamu dikalangan insan kesayangan-Nya. amin


Kami juga berharap saudara melakukan kempen kesedaran dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam supaya turut membantu rakyat Palestin.


Kami juga ingin melihat saudara menjadi juara di peringakt antarabangsa dalam kempen kesedaran ini. Banjiri media saudara dengan isu Palestin dan Al-Aqsa. Halakan mereka kea rah menyokong perjuangan rakyat Palestin. Kepalailah usaha serantau bagi tujuan itu, saudaralah harapan kami.


Akhir sekali, kami mengharapkan saudara tidak melupakan kami dalam doa-doa saudara sekalian. Berdoalah supaya kami tetap dalam perjuangan kami dan dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga supaya kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid Al-Aqsa suatu hari nanti. Pada masa itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat ALLAH akan berdaulat seklai lagi di atas muka bumi ini.


ALLAHU AKBAR!


Saudaramu,
Khalil Ismail Al-Hayya
Ketua WHIP HAMAS di Majlis Legislatif Palestin,


14 Mei 2006


dipetik dari; Pejuang Kota Suci Baitumuqaddis

Maszlee Malik

read it. kamu akan nampak apa yang terhijab selama kamu memijak bumi ALLAH. Palestin tanggungjawab kita. Al-Aqsa amanah kita. percayalah. kamu tak akan menyesal membacanya. ianya sebagus itu!


hari kamu dibawa kedunia

salam
entry kali ni khusus untuk teman rapat yang tak pernah lekang namanya dalam hidup saya. 7 disember merupakan hari yang bermakna dalam hidup beliau.
jadi, selamat hari lahir emi. semoga panjang umur, dimurahkan rezki, diberi kesihatan selalu, dilapangkan hati, dimurahkan rezki dan bahagia hendaknya
may the coming years filled with joy and happiness. ALLAH bless you all the way tru. amen
here's some sweet memories. well kept in mine.
ini gambar orang-orang di sawah padi. kot. hahahahha.. sungguh bersederhana pesawah itu. rumah yang macam kena-tiup-angin-insyaALLAH-tumbang tu macam boleh berjalan kan? tengok kaki dia. comel. matahari baru nak terbit. dari celah bukit. menandakan hari baru nak siang. sungguh berjiwa sentimental dan konservatif karya ini.
yang ini pula red riding hood versi negeri sembilan. red riding hood menggalas bakul ke pasar agaknya. terserempak dengan seekor siput babi atau dalam bahasa sopan dan sofistikatednya, snail.
karya eropah yang diterjemahkan dalam dimensi timur dengan jayanya. tahniah.
here's my favourite of all time
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
taraaaa!!!!!!
bertemakan penantian yang tiada berkesudahan. dalam hujan renyai-renyai. eceh. ewah. macam romantik kan? hahahhahaha. gaya girlfriend-patah-hati-sebab-boyfriend-tak-mesej.
dan ini hadiah dari dia untuk saya tidak lama dulu. bunch of thanks emi. sori lambat wish sebab aku tak tau nak wish cara mana.
~friends forever~


saya, kamu dan pokok

salam

entri kali ini agak serius.

percaya ke? gotcha

ehem. ok memang serius

baru sahaja tamat internal meeting tadi. padahal baru tamat makan. ye itu pun betul juga. meeting tadi mula pukul 10++ pagi.

saya tertarik kepada pesanan seorang pemimpin (a.k.a bos a.k.a en. zack). tentang sebatang pokok di puncak gunung. oh so lame punya metafora. saya tau anda nak kata itu. listen first.

tazkirah pagi tadi terkandung di dalamnya banyak peringatan. peringatan jenis alah-dah-biasa-sangat-dengar dan peringatan jenis wow-this-is -something-new. tambah-tambah lagi kita semua akan melangkah kepada tahun hijrah yang baru. bermakna kita telah meninggalkan kekasih ALLAH, juga kekasih kita setahun lebih jauh. tapi saya percaya, ajaran dan peringatannya segar dalam ingatan (segelintir dari) kita.

secara fitrah manusia, kita dibalut sifat lupa lalai leka. fitrahnya kita manusia juga tidak lekang dari dugaan, rintangan, halangan, cabaran dan apa saja perkataan yang kita gunakan untuk describe aral yang melintang depan kaki kita. lantas menghalang kita dari terus melangkah mara kehadapan.
selalunya kita tenangkan hati dengan 'ALLAH S.W.T tidak akan timpakan sesuatu yang hamba-Nya tak mampu tanggung'. see. betapa kita tak menyedari nikmat ALLAH itu.

seorang ayah yang mengajar anaknya berjalan. anak itu melangkah, tangannya memaut erat jemari si ayah. ayah membalasnya dengan pautan ya-nak-ayah-tak-akan-biarkan-kamu-jatuh. bila anak kecil itu mampu melangkah setapak-demi setapak, ayah mula yakin, dilepaskan tangan si anak. berjalanlah kamu. ayah tau kamu akan jatuh. tapi belajarlah nak. jatuh itu peringatan untukmu. supaya kau tahu kemana kakimu harus melangkah. di mana tanganmu harus memaut. ayah tetap di situ. memerhati. sehingga tiba satu masa, kakimu kian tegap. akalmu kian cerdik. berjalanlah kamu nak. kelilingilah dunia ini. tapi tetaplah kamu berdiri di atas bumi, di bawah langit. ketahuilah batasmu. jagalah akhlakmu.


seperti itulah jua sebatang pokok di puncak bukit. semakin ia membesar, semakin kuat ia harus melawan deras angin, hujan yang lebat, ribut yang melanda. semakin ia kuat. untuk menjadi sehebat itu, gah terpacak di puncak, ada sesuatu yang perlu ia usaha. menyusurkan akarnya ke dasar. semakin dalam. mencengkam gunung.


kita melangkah ke suatu hijrah baru. maka seharusnya akar Islam itu utuh menyelam ilmu di dada. seharusnya kita makin matang. seharusnya kita giat menyebar agama ALLAH di muka bumi.


ya!


kita akan dikecam, dicaci, dihina, diherdik. sedangkan Rasulullah dibalingkan batu. darah merah mengalir ke buku lali. demi siapa? untuk siapa?

kita!

apa harus kita lakukan untuk tetap berdiri tatkala yang lemah menyembah bumi? islam dan iman jawapannya. itulah akar kita. tunjang kita. cengkamlah erat ke dalam dada. kukuhkanlah ia. nescaya kita akan tegap. datanglah sekalipun ribut dan taufan. tak akan kita tumbang. tak akan! melainkan itu kehendak-Nya.

salam maal hijrah saudara-saudaraku

moga hijrah kali ini bukan sekadar doa awal dan akhir tahun, bukan jua sekadar perarakan di atas jalan. bawalah bersama-samanya suatu dimensi baru. dimensi umat akhir zaman. dimensi umat gemilang. bukan manusia jalang.

ALLAHU AKBAR!

p/s: jangan lupa libatkan diri dengan majlis maal hijrah. moga majlis kita semua diberkati dan diredhai-Nya. ke masjid negeri selangor jom! pukul 6 mula majlisnya :D


sepucuk surat dari Palestin (bhg. 2)

Selepas hampir 20 tahun berjuang, ALLAH memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat bagi memerintah mereka. Kemenangan ini walaupun indah, namun ia adalah ujian yang getir bagi kami. Kemenangan itu adalah era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan lagi satu ruang dalam perjuangan kami iaitu politik pemerintahan. Semakin bertambah beban semakin tinggi pengobanan kami.

Buat umat Islam di Malaysia, kalian adalah saudara kami yang paling hamper di Malaysia. Hati-hati kita sudah diikat dengan fikrah dan akidah yang sama.kita dihimpunkan dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita ditakdirkan bersama dalam perjuangan dengan manhaj atau tujuan yang sama. Kami adalah wakil saudara di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan saudara. Pemerintahan kami adalah pemerintahan saudara. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pencinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah saudara sedar perkara ini? Jika saudara tidak sedarkan perkara ini, siapa lagi yang akan menyedarinya.


Umat Islam di Malaysia sekalian, menjadi pemerintah tidak mudah. Apatah lagi memerintah dalam fasa penjajahan dan peperangan. Ditambah pula apabila pemerintah hanya memerintah sebuah Negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya serta memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Manakala pemerintahan itu sebenarnya mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah reality kerajaan yang kami terajui. Inilah juga reality kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah reality kerajaan yang mewakili saudara semua di seluruh dunia.


Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran mencapai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Baru-baru ini 3 orang bayi meninggal di hospital berdekatan Gaza kerana tiada ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan tebing Barat. Malah persidangan parlimen (Majlis Legislatif) kami di Gaza hamper-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua berlaku? Ia kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya kerana rakyat Palestin memilih calon yang rakyat inginkan dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan dikenakan kerana kami enggan mematuhi ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?


Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin. Rejim zionis mengambilnya dan mereka tidak pernah dipaksa supaya memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang dapat memaksa rejim Zionis supaya memulangkannya. Mereka juga menutup laluan udara, darat dan laut Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian yang dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua. Kami yakin, saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga saudar seakidah kami di seluruh dunia dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan daripada negara-begara bukan Islam, apatah lagi daripada rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Dimanakah mereka di saat kami memerlukan mereka?

bersambung...

sepucuk surat dari Palestin (bhg.1)

Pesanan untuk umat islam di Malaysia

Ini adalah pesanan Dr. Khalil Ismail AL-Hayya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat islam di Malaysia. Pesanan ini diterjemahkan oleh Maszlee Malik (penulis) atas permintaan Dr. Khalil.

Alhamdulillah, ALLAH memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih oleh ALLAH bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh ALLAH dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Kami juga dipilih oleh ALLAH bagi mewakili umat Islam di seluruh dunia supaya menjadi banteng pertahanan kepada Al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid suci ketiga. Kami juga dipilih oleh ALLAH supaya menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup dimedan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan kalimah la ilaha ilallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampong halaman dan juga tanah air. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadun yang dapat disenaraikan sudah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabra dan komited supaya terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ia adalah jihad, kemuliaan dan bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga ALLAH menerima perngorbanan kami ini.

Semasa detik-detik awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam dibantai penjajah. Walaubagaimanapun pembantaian itu tidak cukup bagi melemahkan kami. Sehingga zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh itu, gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kami menumpukan usaha membina semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiah dan kebajikan menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehingga pada pertengahan 80-an apabila arus secular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin mula lesu, kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar mahu memerdekakan sekeping tanah, tapi bagi memandu kebangkitan semula umat Islam dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.

Semenjak hari pertama penubuhannya, HAMAS menjadikan jihad sebagai jalan utama bagi memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga menjadikan nyawa-nyawa ahli mereka bagi tujuan itu dan berjanji kepada rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam supaya terus komited dengan perjuangan kami. HAMAS juga berjanji hendak memerdekakan Masjid Al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

bersambung...

cinta hati saya

salam

bonda. satu watak yang sinonim dalam hidup rata-rata semua. ah memang semualah. dia cinta hati kita semua. tak percaya? tengok bonda awak sekarang

dah? lapangkan rasa hati? sebab itulah dia cinta hati saya

sememangnya seorang yang penyabar. a very lovely sweet yet strict mother! she's never lack of pretty much good advice. kadang2 loyar buruk jugak. ngee~
baru saja menyambut hari lahir yang ke-59 pada 28 november lepas. dia dapat handbag baru. masih dalam kotak. sayang nak bukak. comel la you!

hari-hari tak pernah saya lupa untuk call bonda. to some friends, saya seorang anak yang manja. ohh tidak. cuma saya mengambil kesempatan yang ada untuk menghargai dia. tanpa dia, tiada saya.

ALLAH letakkan dia antara teratas dalam hati saya. kerana Dia tahu betapa istimewanya mahluk bernama bonda. dan betapa istimewanya dia dalam keluarga saya. dan awak juga.


this was her prettiest moment in her life i guess
n now... she's georgeous! grr...



seorang pekerja yang berdekasi of course!

p/s: selamat hari lahir buat bonda tersayang.. moga sentiasa ceria, bersemangat, dan bahagia hendaknya.. Ya ALLAH, Kau ampunilah dosa ibuku sepertimana Kau ampunkan dosa mereka2 yang terdahulu.. tabahkanlah hatinya, tenangkanlah jiwanya dan lapangkanlah dadanya.. kerana padanyalah letak syurgaku.. amin.. amin Ya Rabb

and this is my fav song for u mother... i love you



bertemu Dia

Ya ALLAH Ya Tuhan kami
Tuhan pemilik sekalian Alam
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang

Ya ALLAH Ya Tuhan kami
Ampunilah dosa-dosa-kami
Ampunilah dosa kedua ibu-bapa kami
Ampunilah dosa saudara mara kami
Ampunilah dosa sahabat handai kami
Ampunilah dosa jiran tetangga kami
Ampunilah dosa hamba-hamba-Mu
sepertimana Kau ampunkan dosa mereka-mereka yang terdahulu

Ya ALLAH Ya Tuhan-Kami
janganlah Kau pesongkan hati kami
setelah Kau berikan kami petunjuk dan Rahmat-Mu
kuatkanlah iman kami
tunjukilah kami jalan yang lurus ke sisi-Mu
jadilahlah kami ini hamba yang sentiasa sujud kepada-Mu
hamba yang sentiasa ingat kepada-Mu
hamba yang tak pernah putus bersyukur kepada-Mu
sesungguhnya kami ini makhluk yang lemah

Ya ALLAH Ya Tuhan kami
lapangkanlah dada kami
tenangkanlah hati kami
permudahkanlah urusan kami
baik di dunia dan akhirat
lembutkanlah hati mereka yang berurusan dengan kami

Ya ALLAH Ya Tuhan kami
jauhkanlah kami dari segala tipu daya syaitan dan sekutunya
jauhkanlah kami dari kemusnahan Dajjal dan sekutunya
jauhkanlah kami dari kemaksiatan dan kemungkaran
jauhkanlah kami dari kemurkaan-Mu
jauhkanlah kami dari azab api neraka-Mu

Ya ALLAH Ya Tuhan kami
murahkan rezki kepada kami
permudahkanlah ilmu bagi kami
panjangkanlah umur kami
redhakan lah kehidupan kami di muka bumi-Mu

Ya ALLAH Ya Tuhan kami
perkenankanlah doa kami Ya ALLAH
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mengasihani Ya ALLAH
kami tidak layak untuk syurga-Mu Ya ALLAH
tapi kami juga tidak sanggup untuk ke neraka-Mu Ya ALLAH

Ya ALLAH Ya Tuhan kami
janganlah Kau palingkan kami ini dari pandangan-Mu Ya ALLAH
kiranya tidak ada lagi tempat untuk kami memohon selain-Mu Ya ALLAH
amin.. amin.. amin Ya Rabb~



along @ ah long

pertama kalinya, saya tidak meminjam duit dari siapa-siapa

cuma jadi collector duet sewa rumah. maka saya menerima kerja ini secara paksa rela. terkadang ada rasa nak letak jawatan. ingin saja hulur notis seminggu

ada yang nak membayar sewaktu saya sedang tidur, ada yang ketika saya sedang membasuh baju, ada yang ketika saya sedang di pejabat sedangkan bakinya di rumah.

apakah salahnya kita berkumpul 1 malam untuk kumpul semua duit. tidaklah menjadi rutin seminggu terakhir setiap bulan untuk kutip. hari ini kutip, esok kutip, lusa kutip lama-lama saya gila.

^ notis letak jawatan saya. kerjasama tuan amat saya hargai. hahahahahah

ehem!

kujadikan salam pembuka bicara

wah pertama kali menulis di blog sendiri. sebelum ini cuma berjaya menepek barang satu dua komen di muka blog beberapa sahabat handai. berdebar sikit. hah! tipu. banyak.

seperti tertera empunya nama. sweet kan? "...udara yang nyaman," tegur satu ustaz sewaktu masih menuntut di universiti tak kurang 4 tahun lepas. tapi waktu saya buka buku nama-nama islam, tertulis 'sejambak bunga yang harum'. lantaklah. yang pastinya nyaman + harum = udara

maka saya berharap blog ini bukan sekadar debu di angin lalu.

biar kita berbicara tanpa kata, menulis tanpa pena, sedekah senyuman walau tak bersua. kerana kita hanya mencari redha-Nya. biar benih yang bercambah membentuk akhlak indah.

moga dipermudahkan urusan kita semua. amin ya Rabb..