Thursday, July 1, 2021

PKP 3rd Trilogy : Return of The MCO 3.0

Harini dah masuk hari kedua lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Semalam (29.06.2021) mencatatkan jumlah kes 6,437. Untuk aku, seorang rakyat marhaen, jauh di sudut hati, situasi sekarang merisaukan aku. Aku yakin aku tak berseorangan. Untuk mencapai 3 indikator utama bagi PKP 3.0 ni menginjak Fasa Kedua yang membuka kelonggaran kepada beberapa industri untuk kembali bernafas juga masih samar-samar. Belum nampak cahaya di hujung terowong. Semoga kita semua terus dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk menempuh hati-hari yang mencabar ini. Duduk rumah, jaga diri dan scroll la apa-apa yang ada dekat handphone tu kalau boring.

Oleh kerana aku spend masa berPKP di rumah kakak aku, jadinya rutin harian berbeza la dari sewaktu PKP 1.0 dan PKP 2.0 aku di rumah sewa. Biasanya lepas subuh, antara dua; bangun dan turun tengok dapur atau tidur balik. Hahahaha.... Tapi selalunya jam 8.30 pagi ke 9.00 pagi tu aku akan ada di dapur la. Kemas dapur mana yang perlu dan siapkan meja untuk sarapan. Abang ipar aku akan beli sarapan di luar je. Menunya kalau tak nasi lemak, mesti roti canai. Sampai akhir-akhir ni aku tengok anak buah aku pun boring dah. Kadang-kadang tak jamah sikit pun. jadi terpaksalah makteh ni makan nasi lemak sampai dua bungkus. Ehem.

Lepas sarapan aku akan naik bilik, mandi dan kemudian buka laptop. Buat la apa nak buat. Biasanya akan ada selingan di mana aku akan buat aktiviti construction, samada bina hotel atau rumah. Ketinggian binaan bergantung kepada arahan pengurus projek. Arahan pengurus projek pula bergantung kepada mood dia. Kalau pengurus projek belum sarapan, mood dia down sikit, jadinya binaan kemungkinan besar cuma satu tingkat je. Kalau mood pengurus projek ada baik, binaan dia boleh jadi hybrid hotel+rumah. Nasib baik lego je. kalau tidak, master builder China pun boleh termenung 40 hari 40 malam. Ok la tu, seronok juga layan imaginasi budah 6 tahun.

Dalam antara jam 11 tengah hari ke 12 tengah hari tu aku akan ke dapur la jadi pembantu dapur, potong bawang ke, siang ikan ke, udang ke, sotong ke, ayam ke, sayur ke dan macam-macam lagi lah. Dah prepare barang aku akan tinggalkan je untuk master chef a.k.a kakak aku masak. Master chef akan masak main dish je. Side dish ikut suka aku la. Itupun kalau dia nak masak la. Kalau dia tak sihat ke, malas ke, dia akan bagi arahan aku take over A to Z.

Sementara kakak aku masak aku akan settlekan kain baju pula. Dari basuh kain hinggalah lipat kain, di bawah jurisdiction aku. Part ni aku paling suka. Apasal tah orang kata lipat kain tak best. Kalau tanya aku, aktiviti ni la paling enjoyable. Sebab boleh dilaksanakan sambil dengar lagu, atau layan yutiup. Dah settle baju, boleh continue kerja sendiri.

6 petang aku akan turun semula kemas meja, ready untuk makan malam. orang dalam rumah ni tak cerewet, makan lauk lebih siang tadi je. Paling-paling pun, tambah ikan goreng atau telur dadar. Makan malam pun selalunya lewat, dalam jam 9 ke 10 malam. Simple kan family kakak aku? Aku sebenarnya konpius, diorang ni dah takde mood nak makan ke? Anak buah aku pun jarang-jarang request nak makan itu ini. Request paling hebat aku pernah dengar ialah maggi goreng. Hadeh.

Lepas makan malam tu aku akan spend masa untuk rehat, kemas baju aku, mandi dan ready untuk tidur. Well, itulah lebih kurang aktiviti aku sepanjang PKP. Rasa macam training jadi suri rumah pun ye jugak. Uruskan hal rumah setakat ni aku dah biasa, tak ada masalah. Masa aku duduk ampang pun, hal-hal rumah ni kebanyakannya aku yang settlekan. Mak aku cuma tolong masak je. Kain baju, kemas rumah semua bak kata orang Manong, 'consider it done' lah. 

Aku tak berapa hebat masak memasak ni. Setakat ilmu cukup-cukup makan je. Dish biasa tu boleh la, yang extravaganza, aku kena menuntut lebih lagi. Tapi takkan mati tak makan, kalau tinggal sorang tu hidup je. Kadang-kadang anak buah aku komen, sedap la makteh. Budak-budak kan mana pandai menipu. Kehkeh.. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga aku jumpa suami yang terima masakan aku seadanya. Atau kahwin dengan chef. Aminn. Heheh..

Boring kan rutin aku. Tulah, kadang-kadang rasa nak mogok tukar rutin gak. Tapi tulah, malas juga. Hahahahhahah.. Roy..roy..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home