Monday, March 1, 2021

Recap 01.03.2021

Aku bangun oleh azan subuh jam 6.19 pagi. agak lambat juga dari kebiasaan. Sebab malam semalam aku tidur agak lambat dan berlinangan ayer mata. Dengan kepala yang agak berat aku solat subuh seperti biasa. Tapi lupa nak sedekah subuh pagi ni. Sebab blurr je. Kepala pun rasa nak meletup.

Malam tadi aku dah melayan wish birthday dari mak aku, orang pertama, disusuli adik aku, dan k.herda ex-officemate aku dari Putrajaya. Kakak aku awal-awal dah wish sebab beliau suruh aku pergi beli sendiri hadiah birthday di Galeri Ariani Ipoh hari Sabtu haritu. Kila dan k.jek wish via Twitter, satu-satunya media sosial aku yang aku berani biarkan aktif harini sebab dalam tu manada kawan-kawan aku sangat.

Usai solat subuh aku terus buka computer dan sambung kerja 3D yang tergantung sepi selepas tidur tanpa niat malam tadi. Aku sedang prepare material untuk site discussion dengan client hari Rabu nanti.

Pukul 10 lebih aku dapat mesej dari ex-officemate, Nora ajak lunch. Beliau kata beliau cuti harini dan esok, so beliau ada dekat Aeon Kinta beli barang dapur. Perangai ajak makan short notice ni memang hobi geng kami. Kadang-kadang dah sampai kedai baru digerakkan hati nak roger makan sekali pun ada. Aku terima pelawaan dia tapi janji pukul 12. 

Aku tanya "Nak makan mana? Foodcourt Aeon ke?" 

Beliau bilang "Aeon Kinta mana ada foodcourt". Yakin.

Hang kejap otak aku. Tapi takpa, benda boleh setel. "Habistu yang kita selalu makan sizzling yee mee tu kat mana?" Aku cuba beri dia masa gali semula memori dia yang agak bersawang tu. Maklumlah, lama sangat duduk dalam Tempoh Kawalan Pergerakan.

"Itu kan kita makan dekat Tesco Bercham. Lupa ke?" Aik? Aku pulak yang lupa? Tak boleh jadi.

Berdebat dengan dia ni berkaitan mall dan pasaraya memang tiada guna. Barangkali sehingga saat babi sudah menjumpai teknologi untuk terbang riang di angkasa raya pun beliau takkan boleh adapt dengan pasaraya di Malaysia, khususnya di Ipoh yang tumbuh pesat bak mushroom.

Ini bukan kali pertama. Aku malas nak mengulang tragedi bulan lepas di mana beliau melangkah laju ke meja makan dalam foodcout sambil muka nak telan orang dan mulut terkumat kamit.

"Tadi kata nak makan kat Tesco, bukan Tesco Extra". Baru jelas apa kumat kamit beliau tadi.

"Laa kan aku dah cakap Tesco Bercham". Aku cuba justifikasi kekeliruan beliau.

"Tesco kan ada dua. Satu Tesco biasa, satu lagi Tesco Extra". Tegas beliau sambil menyuntik maklumat kategori Tesco yang ada di Ipoh walaupun beliau tahu maklumat tu semua orang tahu. Sudah jelas di situ benang beliau basah namun masih cuba ditegakkan.

"Habis Tesco Bercham ni Tesco apa?" soal aku. "Tesco Extra". Beliau reply tanpa bertangguh.

"Dah tu yang kau pergi Tesco Ipoh Garden tu pasal apa?" Soal aku tenang mematikan conversation sambil tarik kerusi sebelah aku memberi arahan supaya beliau duduk. Lagi lama aku layan lagi serabut kepala aku. Perdebatan kami berakhir dengan 3 mangkuk mushroom claypot selamat mendarat dalam perut.

Harini kami sudahnya makan bertiga di KFC Tesco Ipoh garden. Tasha, ex-officemate kami join sekali. 

Usai makan, aku pulang ke rumah. Dapat mesej dari Amin, Archimate aku dulu wish selamat hari lahir. Aku sambung kerja seperti biasa dan teringat untuk mesej ex-housemate aku masa di Shah Alam, Kak Ain. Sebab birthday kami sama. Setakat ini, aku without fail every year akan mesej beliau happy birthday.

Tak lama selepas aku kembali sambung kerja, aku dapat mesej selamat hari lahir dari ex-officemate aku, Cik Ti sewaktu kerja di Putrajaya. 

Bear in mind, orang yang mesej aku ucap selamat hari jadi ni merupakan manusia unik, sebab tak ada notification dari mana-mana yang mengingatkan diorang bahawa 1 Mac merupakan hari lahir aku. Either or aku tersenarai dalam google calendar diorang atau, well, diorang memang ingat. I hope for the latter.

Tepat jam 12 malam aku nak wish Ayu, bestfriend gue sejak tahun pertama UiTM. Zaman UiTM kami berbeza bilik dan jurusan. So setiap tahun kami janji nak jumpa di midpoint antara kolej kediaman aku dan kolej kediaman beliau. Penutup birthday aku adalah permulaan birthday beliau. What a sweet coincidence a bestfriends have a birthday back to back. Bawa kek sepotong dan nyanyi happy birthday sama- sama dekat koridor. Orang lalu lalang mungkin ingat kami gila. But I miss those moments. Young and innocent.

Sesudah itu, aku sambung kerja sampailah malam. Itu jelah rutin hari istimewa aku. Short and sweet. See you in one year Raihana. Muah. 



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home