rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

Masa berlari pantas, lebih pantas dari road-runner

Assalamualaikum

masih mencari nafas untuk selesa selepas kelam-kabut balik dari misi Muslim Care di Sarawak dua minggu lepas, then menyiapkan thesis proposal, kemudia kelmarin viva, kena reject!! oh tidaklah reject sangat, cuma kena narrowkan lagi scope. wuwuu~~ baru je ingat boleh berehat :P mengada kan kan kan

bulan puasa sepatutnya lebih produktif, jangan lemau sangat. harini Ramadhan ke 5, Alhamdulillah kita dipilih ALLAH untuk mengaut habuan Ramadhan kali ini. jadi ibadah perlu berganda! bagi yang masih mencari diri, carilah hinga bertemu makna hidup yang sebenarnya.

maaf atas setiap kekhilafan da keterlanjuran perbuatan atau perkataan yang menimbulkan rasa tidak senang hati kepada mana-mana pihak. samada dalam keadaan saya menyedarinya atau tidak. marilah kita melayari Ramadhan dengan hati yang bersih-sebersih-bersih-nya. ini yang dianjurkan Islam sekian lama:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” [Surah al-Baqarah-237]

mari berjalan di laluan yang berduri di dalam gelap malam :)))

bulan julai-ogos-september-oktober memang asik berjalan je. lepas satu-satu. mana nak cari nafas (lebih risau, mana nak cekau duit) hahah kena kerja la jawabnya....

schedule yang padat

12 julai - 17 julai > samarahan-kuching, sarawak
31 ogos - 3 september > unimas-samarahan, sarawak (lagi)
6 september - 9 september > ho chi minh, vietnam
somewhere in oktober > chiang mai, thailand


dear AirAsia,


please revise your seat design. my neck still hurts :(


sincerely,
your valuable customer. haha

luckily ke sarawak untuk kali kedua bonda taja penerbangan bukan-AirAsia.

akhir kalam, selamat berpuasa dan jangan ponteng puasa.

4 Julai yang dipilih ALLAH s.w.t


Assalamualaikum rakan taulan sahabat handai kaum kerabat

semalam [4 julai 2012] sepatutnya ada kelas ganti. tapi batal atas sebab-sebab yang diingini. hahah.. nak redah federal pukul 7 malam memang kerja gila. jadinya macam biasalah, shoot ke masjid negeri untuk solat maghrib, cadangnya lepas maghrib nak bergerak pulang. tiba-tiba terdengar kuliah berkenaan nisfu Sya'aban. maka mengambil keputusan memaku kaki di masjid hingga isyak. punyalah busy dan tak keruan semenjak exam ni, sampai tarikh dan hari pun dah tunggang langgang. ish3

semacam satu kebetulan. dari ampang ke uitm untuk hadir kelas - kelas batal - jalan jam - singgah masjid - nisfu sya'aban. Alhamdulillah. mungkin beginilah caranya Allah mengingatkan hamba-Nya yang kelam kabut dan chaos hidupnya beberapa hari ini. lantas mengingatkan saya kepada soalan yang pernah diajukan seorang sahabat suatu ketika dulu. "adakah engkau merasa dipilih ALLAH untuk memperbaiki diri dari jahil kepada ilmu, dari tak ada kepada ada?" Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. benar, kita semua terpilih. tak ada kebetulan. bersyukurlah kita bila berada si rumah ALLAH, bukan di kedai makan. bersyukurlah kita bila berada di tikar sejadah, bukan di pasaraya. bersyukurlah kita bersama orang yang memperbanyak ibadah, bukan melepak dengan orang yang bukan bukan. kerana barangkali boleh jadi kita sedang berada di pusat karaoke sedangkan orang lain berkejar bersolat jemaah. barangkali juga mungkin kita sedang sibuk berfacebook sedangkan orang lain berebut-rebut mendengar kuliah. tidakkah kita orang pertama yang harus bersyukur?

Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”





seusai solat isyak, ramai yang sibuk bergambar di luar masjid, rupa-rupanya ALLAH hadiahkan bulan yang cantik untuk tatapan kita semua. kalau perasan malam tadi memang nampak jelas, tak terlitup awan. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. namun, saya tak berkesempatan nak ambil gambar untuk dikongsikan. tapi bulat wajahnya kekal dalam ingatan.

tak kiralah berapa hari bulan pun hari ini, saya memohon maaf kepada tuan/puan yang pernah saya kasari, yang pernah saya zalimi, dalam sedar atau tidak. ayuhlah kita bergerak menuju Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa yang basah dengan iman. buang jauh-jauh amarah dan benci. boleh jadi itu adalah penghalang dari kita hidup bahagia dan penghalang doa kita dimakbulkan.