Wednesday, March 24, 2021

Seorang dan Tersedia

Aku selalu kagum bila memikirkan macam mana mak aku membesarkan 5 ketul manusia (tak termasuk ayah) sampai kami ni jadi manusia. Mak aku seorang working mother. Supermom. Macam mana beliau juggle kerja dan keluarga masih lagi menjadi misteri di nusantara ini. Aku tengok tangan beliau tetap sepasang, kaki juga sepasang, normal. Tapi kami dibesarkan serba serbi cukup. Cukup makan, cukup pelajaran, cukup pakai, cukup rotan, cukup hanger, cukup tali pinggang. Cuma rotan, hanger dan tali pinggang tu mostly datangnya dari ayah. Keh keh keh.

Kadang-kadang bila aku balik kerja dan penat, aku cuma campakkan beg (kecuali beg laptop, letak baik-baik), buka tudung dan terus terlentang merenung siling. Fuh. Dia punya penat seolah-olah aku menoreh getah di pagi buta kemudian membajak sawah di bawah matahari rembang. Setiap kali itulah aku pikir betapa hebatnya ibu-ibu di dunia ini. Terima kasih mak.

Bila fikir-fikir balik, ape je aktiviti aku?

Bangun pagi dengan alarm yang aku set pukul 6.00a.m. Tapi belum tentu bangun pukul 6. Mau jugak la koman-koman 2 kali snooze. mandikan muka, mandikan gigi, dan terus solat subuh. sebab kalau aku mandi dulu nescaya subuh elephant. 

Lepas subuh golek ke kiri dan ke kanan, baru pergi mandi. Biasanya pagi ni la baru nak gosok baju kerja. Itupun kalau baju tu perlu digosok. Kalau pagi ni rezeki baik, dapat kemeja tak kedut, merupakan rahmat sekalian alam. Cuma kena gosok tudung. Melampau la kalau tudung pun tak gosok. Tak semenggah benar rupanya. Mujur kerja dalam bidang yang hanya perlu pakai smart casual ni. Sebab seluar jenis jeans merupakan common favourite. Aku paling kurang ada 7 helai jeans. Setiap hari nak tukar jeans pun boleh. Tapi kau dan aku sama-sama tahu jeans boleh pergi 3 hari tanpa cuci (depending aktiviti ko hari tu). Makanya, Ya ALLAH seronoknya jimat masa, jimat tenaga aku.

Aku biasanya skip breakfast, dan akan lunch awal sekitar 12 tengah hari. samada aku makan sorang atau dengan kawan. Tempat favourite aku semenjak jadi warganegeri Ipoh ini adalah Foodcourt Stadium. Kalau tak pekena nasi goreng daging gerai Kak Liza, mesti gerai nasi ayam pakcik, kadang-kadang bihun sup daging gerai Pak Tam. Kalau nasi ayam tu kadang-kadang kena order 2 pinggan. Maklumlah, kerja setara bajak sawah. 

Lepas makan tengah hari ni adalah saat-saat paling genting dan mencabar, mengantuk bhai! biasanya petang aku prefer siapkan kerja luar. Sourcing material ke, jumpa kontraktor ke, atau buat purchasing. Pukul 4 petang semestinya lapar balik. Time macam ni lah nak cari kuih la, aiskrim la, durian la. Eh macam-macam dia punya menu mai singgah dalam kepala. 

Bila petang dah lemau la. Balik campak beg campak tudung. Biasa lepas solat isyak tu kalau berjaya mandi merupakan sebahagian kejayaan di dunia. Selalunya tertidur dengan baju kerja je. Laundry ke, kemas bilik ke, semua weekend baru aku pikirkan. Namun percayalah, bilik aku kemas dan spotless. Haaaa... dalam terumbang ambing jadual aku, still maintain disiplin. Belum pernah aku convert bilik jadi sarang tikus. Testimoni boleh mintak dari mak aku. Nescaya beliau takkan nafikan.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, macam mana aku nak jaga anak orang kalau diri sendiri pun cukup-cukup makan je nak uruskan. Aku selalu tanya kawan-kawan aku yang dah berumah tangga, macam mana diorang maintain family dan diri sendiri. Jawapan yang aku selalu dapat ialah "bila kau dah kahwin, automatik ko akan boleh adapt dengan rutin seorang isteri ataupun ibu". Aku tak tahu itu patut menyedapkan hati aku atau sebaliknya. Kedengaran positif tapi kenapa menggetarkan jiwa.

Above all that, aku berdoa supaya dikurniakan seorang pasangan yang sama-sama belajar, sama-sama berusaha, sama-sama cuba memahami dan sama-sama ada toleransi untuk hidup berkeluarga. InsyaALLAH.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home