rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

pesanan buat facebook aku


assalamualaikum

aku ni makhluk pelupa. everdose semut barangkali. maka aku perlu berpesan kepada diri aku, dan diri-diri diluar sana yang mahu berkongsi pesanan.

nama - letaklah nama yang ada maksud. nama itu doa. nama aku dan nama korang mesti ada maksud yang baik. maka tentu ramai yang mendoakan kita. cek balik nama korang berbentuk doa atau tidak

status - kongsilah perkara yang membawa manfaat pada kita dan orang lain. tak kisahlah pasal isu semasa, fakta, nasihat, hadith, pengumuman atau apa saja. asalkan orang membaca tak rasa tersia-sia.

let say aku tulis kat status aku "bestnya cerita Lagenda Budak Setan ni." member aku baca. dan dia pergi ajak BF dia tengok wayang (cerita romantik haruslah tengok dengan BF. ape barang bawak member. tak feel) <-- dosa

member aku beli tiket wayang pukul 6.30. wayang 2 jam. maghrib dia aku nak tanggung? <-- dosa lagi kan?

babak dalam filem tu pulak ada part pegang-pegang tangan. peluk-peluk sikit. dan aku 100% yakin hero dan heroin die bukan suami isteri. yang tengok pun tumpang dosa <-- dosa lagi

silap-silap babak dalam filem jadi ikutan diorang. konon nak jadi romantik macam Farid Kamil. <-- dosa lagi kot

*dan sila sambung rentetan berikutnya. sebab dalam sedar atau tidak, kita dah menjadi trigger pada dosa orang lain. dan sekaligus saham dia kita tumpang sekaki. baru LBS. kalau cerita orang putih pulak? nauzubillah. lepas ni kalau nak tulis status, baca sepuluh kali dulu kemudian fikir samada ianya membawa manfaat atau mudarat. kalau manfaat, cepat-cepat tekan enter. kalau mudarat, bayangkan dosa yang akan kita tanggung, kemudian terpulang nak tekan enter atau tak.

gambar - hurmm.. part ni paling payah. dan paling halus. lelaki mungkin tak bermasalah sangat. tapi perempuan kena hati-hati. nak cakap pun serba salah. perempuan ini cantik. tak ada yang tak cantik. tapi ketahuilah kecantikan itu milik yang berhak. bukan untuk pameran orang lain. tak salah nak letak gambar, tapi biarlah berpada, biarlah gambar yang elok. perempuan itu aurat. mungkin kita tak sedar tudung kita pendek. mungkin kita tak sedar baju kita muat-muat. mungkin kita tak sedar kain kita singkat. mungkin kita tak sedar kita tak tutup aurat. jadi ambillah masa beberapa minit, tengok semula gambar-gambar kita. kalau tak perlu, mungkin boleh remove.

besar ujian facebook ni. terlalu banyak perkara di luar kawalan. jadi berhati-hatilah sahabat dan taulan. mungkin Allah sedang menguji kita dengan cara ini. muhasabah adakah kita menuju golongan yang gagal, atau berjaya.

p/s: kau memang cantik dan rupawan, kau juga kacak dan menawan, tapi hatiku mencari yang beriman


seorang ubi


Assalamualaikum

Diamnya penuh isi
Matanya penuh ikhlas
Kata-katanya penuh nasihat
Perbuatannya penuh hikmah

Seraut wajah yang muncul ke dalam mimpi
Di jalan-Nya aku temui

dari Ibaraki terus ke hati
satu teka teki


La Tas'aluni


assalamualaikum

jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu

*halwa telinga setiap pagi bila masuk ke pejabat. meruntun qalbu, menghembus semangat

memory card


assalamualaikum

melepaskan orang yang kita sayang untuk merelakan kita berjuang, mungkin bukan perkara paling berat

tapi ianya memori yang paling melekat




p/s:hidup baik-baik. kh

nak tegur kat facebook, takut kecik hati


assalamualaikum

facebook semakin merapu (termasuk aku)

hari-hari dengar orang maki hamun orang lain. dia dapat dosa, padahal orang tu tak baca pon. kan dah buang masa je

hari-hari tengok orang bergaduh. perlu ke di khalayak ramai? seriously? macam tgk slot spektra

hari-hari dengar orang komplen itu ini. kata tak bersyukur kang marah. tapi itulah hakikatnya. jalan jam komplen, bini tak masak komplen, isnin komplen, ahad komplen

hari-hari ada je gadis-gadis upload gambar-tangkap-sendiri atau gambar-pantulan-cermin atau gambar-dari-webcam. ye..ye.. kami tau awak comel mekap smokey eyes bersama contact lense pink, tapi tak payah la upload sampai 1 album

hari-hari ada je iklan dari ntah mana ntah, nak block, member pulak. kang kecik hati. dari share iklan2 tak bermanfaat (selain dapat duit) tu, baik share benda yang bermanfaat. ramai kawan nyampah, tapi tak cakap je. percayalah. ehem

hari-hari boleh jumpa comment "cantiknya u kak bedah" "eh mana ada, u kak temah lagi kiut tau!" "tak la shayang, u lagi chantekk" "eleh, u lagi cun tau" "takde-takde, skin u sangat flawless, i sukew" "mana ada, kulit i biasa-biasa je, kulit u lagi putih" duhhhh! perempuan..perempuan.. tak perlu buat-buat innocent macam tu, kalau rasa tak cantik kompem awal-awal lagi tak upload gambar kan. so kalau orang puji tu cakap jelah 'Alhamdulillah'. fullstop.

bosan

tak ramai orang reti memanfaatkan social network (aku la tu). teknologi seharusnya membantu, bukan membatu. esok lusa Allah tanya untuk apa kita guna teknologi, korang nak jawab apa? jual shawl? cari makwe? maki orang? masakk!




p/s: aku pun tak tahu nak jawab apa. habislahh kita

tergolek dan tergelincir

*gambar dari gugel

assalamualaikum. salam hamba hulur kepadamu..uuu...uu..

lagi 15 minit tamat waktu mencari nafkah. tapi sebelum itu kita berkongsi sedikit tentang tergelincir. tergelincir macam beruang tu boleh bangun lagi. tapi kalau iman kita tergelincir? akidah? islam? naya bro..

mengimbau kembali ketika berada di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, lebih kurang 6-7 tahun lalu, SMTKL dulu ada nama manja, Sekolah Menengah Teknik AGAMA Kuala Lumpur. sebab sekolah tu memang strict, pasal aurat, pergaulan dsb. pelajar puteri (lama tak guna ayat ni) pin tudung kena ada 3 biji paling kurang. ke surau besar mesti berkain, berlengan panjang, dan banyak lagi yang tak ter-recall.

waktu prep petang adalah waktu paling bahagia bagi pasangan-pasangan yang hangat dilamun cinta....monyet, beruk, babun dan se-spesis itu juga. ada yang tak berapa nak beruk pasal membawa ke jinjang pelamin. fullamakk.. err berbalik kepada topik asal. kisah cinta itu tentunya mendapat halangan, bukan dari mak mertua, tapi dari PPI (Persatuan Pelajar Islam). asal pukul 6 petang je adalah wakil-wakil PPI ni dok ronda setiap kelas sambil ketuk-ketuk pintu dan dengan segaknya men-sound "waktu prep dah tamat!" zahirnya kedengaran begitu. tapi batinnya (erk?) berbunyi begini "time untuk korang bercinta berkasih sayang bercanda ria di pasiran pantai sudah tamat. tolong relakan awek/pakwe korang pergi mandi sebelum maghrib!" sambil ketuk pintu macam nak roboh bangunan. apa diorang ingat itu pintu besi bank ke?

walaubagaimanapun, memang bagus sekolah ni. untung siapa yang pernah menjejakkan kaki ke sana (ehem). gerombolan pelajar PPI juga bagus. kalau tak sakit mata telinga geli geleman meremang bulu tengkuk juga tengok drama cekikramarama free dalam kelas. pelajar PPI ni memang muka pun baik-baik. rasa nak belai-belai je kalau tengok.

tapi.....tapi.... itu cerita 6-7 tahun dulu. macam-macam boleh jadi dalam tempoh tu. kampung boleh berubah jadi bandar. anak kucing boleh jadi mak kucing. roti boleh berkulat. ayam boleh jadi rendang. kancil boleh jadi viva. cas prepaid boleh naik 6% woi!

bila add balik kawan-kawan lama yang dulu muka innocent ni, hanya mampu merenung langit sambil membebel betapa manusia boleh berubah bila dunia semakin maju. yang pakai tudung labuh sekarang dah pandai mekap. yang dulu berkepiah sekarang profile pic bersama awek. yang dulu muka pemalas, sekarang dah jadi engineer dekat Dubai. yang dulu hingus meleleh sekarang ibu kepada 3 orang anak. wahhhh. tahniah

eh aku ada sebut pasal tudung labuh ke tadi? ohh ada. betapa Allah tersangat mudah untuk menterbalikkan iman kita umpama kita tebalikkan tapak tangan je. malah lebih mudah dari itu. sayang seribu kali sayang bila dulunya dia umpama bintang, sekarang umpama daun kering. berhati-hatilah sahabat. nikmat islam dan iman itu harusnya digenggam erat-erat. andai terlepas, kautlah kembali. andai tergelincir, berdirilah semula. walau bagaimana payah pun ia.

kerana andai kita kehilangan nikmat itu, kita actually kehilangan semuanya. sentiasa ingat, berapa ramai orang lain yang tak dapat nikmat itu free-free. mereka perlu berusaha. oleh itu andai ia dah berada dalam genggaman kita, peliharalah. walaupun dengan darah nilainya. awas!

ini peringatan untuk diri sendiri terutamanya. T_T

tujuh surga

assalamualaikum

meneroka jendela facebook terserempak dengan status saudari khazinatul asrar. maka terpanggil untuk menadah telinga. jom dengar ungkapan syahdu menusuk kalbu sebelum lena diulit mimpi dan sebelum bersedia meninggalkan tidur


kumandang cinta bergema hingga ke hati

lafaz-lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh

rapuhnya aku Kau Maha Tahu

pagi siang malam dunia yang ku tuju

saat ku jatuh baru ku sadar kaulah segalanya

Tuhan ku angkat kedua tanganku

sudikah Engkau menerima cintaku

berdarah-darah akan ku tempuh

menggapai tarikat cinta-Mu

7 surga pun aku tak pantas

menerima diri yang bersimbah dosa

ku harap cinta dan ampunan-Mu

setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta

rapuhnya aku Kau Maha Tahu

pagi siang malam dunia yang ku tuju

saat ku jatuh baru ku sadar kaulah segalanya

Tuhan ku angkat kedua tanganku

sudikah Engkau menerima cintaku

berdarah-darah akan ku tempuh

menggapai tarikat cinta-Mu

7 surga pun aku tak pantas

menerima diri yang bersimbah dosa

ku harap cinta dan ampunan-Mu

setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta

Tuhan ku angkat kedua tanganku

sudikah Engkau menerima cintaku

berdarah-darah akan ku tempuh

menggapai tarikat cinta-Mu

7 surga pun aku tak pantas

menerima diri yang bersimbah dosa

ku harap cinta dan ampunan-Mu

setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta

meninggalkan tidur

*search kat gugel keluar gambar ni. jadi rembat jela

assalamualaikum

malam ni kita berborak tentang meninggalkan tidur. kita malas nak cerita tentang tidur, sebab tidur tu mudah sangat. ada orang letak kepala dah boleh tidur. ada orang tengah makan pun boleh tidur. ada orang boleh tidur sampai 25 jam. ada orang boleh tidur kat pejabat tapi mouse kat tangan tetap bergerak klik-klik lagi. ada orang boleh tidur sampai gempa bumi pun tak sedar-sedar. ada orang boleh tidur langsung tak bangun (innalillah). see. kacang je kan? kecuali orang yang menanggung hutang juta-juta. mungkin dia susah nak tidur. uishh mintak dijauhkan.

tapi kalau bab meninggalkan tidur ni memang payah. antara golongan yang hebat berkenaan meninggalkan tidur tentunya junjungan kita Rasulullah s.a.w, para sahabat, ahli sufi dan seangkatannya. err pak guard dan adik kerja 7-11 pun hebat. tapi kita taknak bercerita tentang mereka buat masa ini. ehem.

Rasulullah s.aw tak meninggalkan tidur untuk urusan dunia, bukan juga untuk perkara sia-sia. tapi baginda bangun tengah malam untuk bersolat malam. tahajud. antara dalil yang biasa kita baca berkenaan solat malam ialah;


وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَى أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا
maksudnya: Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. ( Al isra’ 79. )

nak bangun tengah malam memang bukan mudah. tambah lagi bila dah bantai nasi goreng 3 pinggan, teh ais 5 gelas, rokok 4 kotak. perut pun dah senang. mata pun senanglah nak lelap. dalam suasana yang hening sunyi, damai, sejukkk sampai ke tulang sum-sum. ditambah sedap melihat orang lain nyenyak tidur, maka fikir tujuh lapan kali jugak nak berwudhuk dalam dingin malam. gigggggiiilll yyuuuu

dalam keadaan itu Dia sebenarnya sedang menguji sejauh mana taatnya hamba yang mengaku bertuhankan Allah. memang bukan mudah. niat tahajud pun boleh tersasul-sasul jadi doa makan. takbir pun terkebil-kebil lagi. silap-silap sujud pertama dah sadaqallahul azim. time macam ni jejaka-jejaka yang siangnya mengaku hero pun boleh turun takhta. herolah sangat walhal tahajud pun tak pernah lepas. (kena batang hidung sendiri)

Rasulullah s.a.w memberikah contoh yang terbaik. kita boleh melatih diri dengan;

1. makan malam tu sikit je. sekadar alas perut supaya tak lapar. makan banyak buat kita malas macam garfield (kucing jugak yang kene)

2. solat isya' sebelum tidur. banyak kes yang "alah pukul 3 kang aku terbangun aku solatlah isya' sekali". macamlah tak tahu. last-last tahajud kemana, isya' kemana.

3. bersihkan tempat tidur. kibas-kibas sikit. cantik-cantik sikit. treat katil macam katil pengantin. ewah

4. baca doa tidur. kalau tak reti, tanya budak taska. dorang lagi terer bab doa-doa ni

5. kurangkan tidur sedikit demi sedikit sampai kita boleh tidur 4-5 jam sehari, atau semampu kita boleh pergi. macam kurangkan makan nasi time beria nak diet tu.

antara kelebihan solat tahajud ialah dapat megukuhkan iman, membentuk taqwa, dan menyucikan hati kita sambil rasa macam Allah sedang beri perhatian khusus dekat kita. bayangkan berdoa dalam suasana sunyi sepi macam tu. harus mengalir air mata. time ni lah kita luahkan semuanya. mohonlah apa saja. Allah suka hamba yang memohon :) Allah Maha Mengetahui

dari segi sains pula, waktu sepertiga malam tu kita menyedut oksigen khusus yang dapat menyegarkan badan dan melancarkan aliran darah. oksigen tersebut akan hilang dari atmosfera bila matahari terbit. wallahualam. sila cari kesahihannya.

untuk yang first time atau ragu-ragu cara solat tahajud, boleh refer di sini. dan banyak sebenarnya kat internet yang ajar cara-cara solat tahajud. key in dekat search je, berlambak keluarnya. samada nak atau tak je. dan tak payah la nak bagi alasan tak reti nak search atau tak ada masa. kalau berfacebook kemain ligat. bab nak solat buat muka ketat pulak. (aku pun sama)

jadi sama-samalah kita memperbaiki dan menambah nilai amal. moga beroleh barakah dari-Nya. InsyaAllah.agama lain pun ramai tok sami diorang bangun malam berzikir bagai. antaranya agama buddha. ramai yang nampak kelebihan meninggalkan tidur ni. takkan kita nak butakan mata je ye tak?

p/s: satu lagi spesis yang haruslah ditabik perihal sanggup meninggalkan tidur, dengan khusyuknya ialah hantu-hantu (kaki-kaki) bola bertahajud depan tv. rasa nak tabik 7 hari 7 malam

tergelincir di hadapan-Nya

image dari gugel*

assalamualaikum

dalam mamai-mamai mengantuk kala syawal ke-4, sempat mendengar luahan hati seorang sahabat yang kecewa cintanya disalahertikan si jejaka. saya tak berminat nak menceritakan detail yang terjadi kepada sahabat tersebut.

dipendekkan cerita, beliau meminta pendapat saya. ya. pendapat orang mamai setelah makan 5-trip kuey teow, 2 mangkuk puding caramel, sebiji ais-cream cornetto, 4 cawan lemonade, 1 cawan oren dan sepotong pavlova. masyaALLAH. macam baru balik dari utopia.

di-double-pendek-kan cerita, saya cuma reply;

"kau sayang lelaki tu. kau sanggup korbankan macam-macam untuk lelaki tu. tanpanya, kau ibarat meraba dalam kelam, blablabla... aku faham, tapi aku nak tanya kau sesuatu.

nanti kan, bila malaikat Izrail nak ambil nyawa kau, kau rasa lelaki yang kau cintai tu boleh ringankan azab keluar nyawa untuk kau tak?

atau nanti kan, bila kau sedang dihisab Allah di neraca mizan, kau rasa lelaki yang kau cintai tu akan tambah pahala sebelah amal baik kau, atau tambah dosa sebelah amal buruk kau?

ataupun nanti kan, bila kau nak melintas siratulmustaqim, kau rasa lelaki yang kau cintai tu akan mampu papah kau ke kalau kau nak tergelincir?

kalau jawapan kau tak, then tak perlulah kau buang masa fikir perkara yang akan jadi beban kau di hadapan Allah nanti

tapi kalau jawapan kau ya, banyakkan zikir, mungkin itu boleh membuka hati kau untuk menjawab semula soalan aku"

time mungkar nakir ajak kau bersembang nanti, pandai-pandai la kau jawab ye. time tu aku tak boleh bagi pendapat. sebab aku pun tengah busy

p/s: saya menjawab ringkas dan logik sahaja. sedangkan diri ini juga menggunung khilafnya. berharap andai suatu hari saya dicampakkan perasaan yang demikian, akan ada insan sudi mengingatkan saya pula.