Sunday, February 28, 2021

Menjelang 01.03

Masa.

Sikit masa lagi akan tiba satu hari yang di dalamnya aku perlu hamparkan sejuta syukur, dan di dalamnya juga aku perlu panjatkan setinggi doa memohon keampunan dan redhaNya. Satu-satunya hari dalam setahun yang seribu rasa bercampur baur. 

Berbaki masa yang ada, aku nak katakan apa yang aku mahu kepada orang-orang yang aku tuju. Supaya esok aku mampu buka buku baru. Semudah;

"terima kasih"

Terima kasih kerana lahirkan aku. Terima kasih kerana membesarkan aku dengan penuh kasih dan sayang. Terima kasih kerana mendidik aku secukupnya. Terima kasih kerana sentiasa sabar dengan aku. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan aku. Terima kasih kerana sayangkan aku.

"jaga diri" 

Jaga diri kau sebaiknya. Jika kau penat, berehatlah, Jika kau lelah, bersandarlah. Jika kau bersedih, luahkan dalam solatmu. Jika kau sunyi, kau susurilah memori yang kau labelkan -indah- dalam hidupmu.

"aku minta maaf"

Aku mintak maaf pada setiap kata yang melukakan hatimu. Aku minta maaf pada setiap nada yang mengguris jiwamu. Aku minta maaf pada janji yang gagal aku penuhi. Aku minta maaf pada setiap masa yang merugikanmu. 

"aku sayang kau"

Aku selindungkan sayang aku pada jaga diri kau sebaiknya. Untuk sayang yang aku terlewat menyedarinya. Untuk sayang yang aku serahkan sepenuhnya pada Dia. Untuk sayang yang aku tak terluahkan. Untuk sayang yang sepuluh tahun lamanya.

28.02.2021
21:32


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home