rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

berhati-hati di jalan raya

*gambar ambil dari google

assalamualaikum

jalan raya adalah tempat yang menakutkan. lagi takut dari tidur dalam gelap.

harini raya kedua. tadi memandu ke rumah pakcik. maka bergerak ke bangi. jalannya paham-paham la simpang siur macam mana.

entah macam mana tadi ketika memandu dari lorong paling kanan, tiba-tiba kereta bergerak ke lane paling kiri. nasib baik sempat handle stereng semula. kalau tidak....taknak pikir.

tak mengantuk. tak tertidur. cuma tiba-tiba macam bingung sekejap. dan tak perasan apa-apa. sedar-sedar kereta dah melalut.

pengajaran: jangan memandu bila kepala dalam keadaan runsing.

"Dengan nama ALLAH (aku keluar), aku bertawakal kepada-Nya, dan tiada daya dan upaya kecuali dengan ALLAH" -Riwayat Ibnu Daud, 5090, Al-Tirmizi, 3487, Sahih Al-Tirmizi)

makna bacaan dalam solat

*tiang agama harus dijaga


assalamualaikum

mari kita muhasabah dan rewind balik setiap janji, doa dan pengharapan yang kita panjatkan lima kali sehari kepada Allah s.w.t. moga dapat memperkukuhkan cinta dan taat kita kepada-Nya. InsyaALLAH.

1. Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

2. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

7. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

mari solat. mari. mari

salam eidulfitry


*ini gambar rompak dari pakcik gugel*

assalamualaikum

ya aidilfitri sengaja dieja eidulfitry supaya nampak up-to-date-punya-orang.

buat ahli keluarga, saudara-mara, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga, dan semua warga muslim mukmin dan muslim warisan sekalian

Ramadhan 1432H telah pun hampir berlalu pergi meninggalkan kita. memetik kata-kata sahabat saya, Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dan bulan kursus bagi muslimin dan muslimat sekalian. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperkukuh benteng diri dan menundukkan nafsu. Ramadhan adalah bekalan kita untuk mengharungi 11 bulan yang lain.

Syawal kini hampir tiba, menandakan ujian kita akan bermula. samada kecundang atau cemerlang. marilah kita sama-sama berdoa agar diperhebat iman dan amal. sama-sama kita bawa semangat Ramadhan pada hari-hari mendatang.

dengan ini, saya memohon ampun atas segala salah dan silap, terkurang atau terlebih, tersengaja atau tak sengaja. tiada manusia terlepas dari melakukan kesilapan. beban yang paling besar pada hari akhirat nanti adalah dosa dengan manusia lain. selagi tidak diampuni, selagi itu syurga umpama mimpi dan sukar untuk dimasuki. maka selagi masih dikurnia nikmat nyawa dan nafas, saya dengan rendah dirinya sekali lagi memohon ampun dan maaf.

sesungguhnya Ya Allah, hidupku dan matiku adalah kerana-Mu. mari kita hayati sebentar....

Dari Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah S.A.W datang dari daerah bukit. Ketika Baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah, Baginda masuk ke masjid lalu bersolat dua rakaat. Kami solat pula bersama-sama dengan Baginda. Baginda (kemudiannya) berdoa kepada Allah Taala begitu panjang sekali. Setelah berdoa,, Baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: "Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia (Allah) memperkenankan hanya dua perkara (sahaja) dan menolak satu perkara. "Aku memohon kepada Tuhan supaya janganlah membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang maka (doa itu) diperkenankan (oleh Allah). "Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau Raja Firaun bersama tenteranya yang ditenggelamkan di lautan), maka permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. "(Tetapi apabila) aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan (pergaduhan atau peperangan) sesama mereka (dan) permohonan ini tidak diperkenankan (oleh Allah Taala)." - (Hadis bilangan 2464 riwayat Muslim)

moga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang sombong di muka bumi Allah.
selamat bercuti. untuk yang memandu, pandu berhati-hati. makan beragak-agak sikit. ibadah musti dijaga ok? sebab Allah sayang kita. jadi kita kena sayang semua kurniaan-Nya.

Salam eidulfitri. nah hadiah untuk korang. saya anyam sendiri tadi =) *lenguh jari jemari yang halus mulus ni kehkehkeh


ustazah pilihan

assalamualaikum

semalam sempat singgah ke Jalan TAR, sekadar mencari kasut. untuk mengganti kasut yang dah lunyai ditelan debu jalanan.

mencari kasut yang simple dan sopan. bukan dari jenis high heel. ada insan yang sayang saya tak mahu saya sakit sebab pakai high heel =) itu pesannya tak lama dulu.

maka, inilah dia

mudah dipakai. sesuai untuk baju kurung atau seluar, santai tapi kemas

yang ini pula untuk ke pejabat atau urusan rasmi. agak bagai pinang dibelah dua kalau pakai dengan jubah. sebab itulah saya musti pileyy

ada orang kata "macam kasut ustazah je"

saya kata "jadi ustazah diri ini tak mampu, dapat 'macam' tu pun dah Alhamdulillah"

hahahahahah... anyway, kata-kata yang baik itu doa, jadi amin kan ajelah.

manalah tau kot-kot kasut ni akan jadi saksi kat akhirat nanti kan. jadi kenalah cari yang sopan dan sesuai. supaya tak menyesal esok hari

memetik kata-kata dalam BOF "kasut yang baik membawa kita ke tempat yang baik' mungkin ada betulnya bila fikir-fikir kembali

selamat menjalani ibadah puasa!

akhi & ukhti

assalamualaikum

pertama kali rasanya bergambar bersama opismet-opismet sekalian. melalui gambar ni maka jelaslah kita berada di penghujung zaman sebab perempuan lagi ramai dari lelaki. kehkeh.. walaupun spesis mereka pupus, mereka tetap tidak menjadi rebutan kami =) not yet at least.

gambar di bawah ini seharusnya jadi gambar yang serius. tapi jadi macam sengal-sengal ubi sebab tak tahu hakim setting kamera dia berapa lama daaaa... senyum punya senyum sampai jadi fake.


hakim kata yang perempuan bajet kiut, tapi...tapi... kitorang memang kiut. tak baik hipokrit tau

ini pula gambar gedik a.k.a poyo. hitman sorang je stylo. fuhh *tiup muncung pistol*

FORSB dalam kenangan. moga segala apa yang sempat kita kongsikan selama ni bermanfaat untuk masa depan kita semua. jangan buang kami dalam hati. jangan lupa kami dalam ingatan. jangan sisihkan kami dalam doa =)

ALLAH pertemukan kita semua sebagai sebahagian dari jalan hidup masing-masing. ada rezeki, ada jodoh, kita ketemu lagi, meski bukan di sini. jumpa di surga bak kata jimi

sekian!

hero saya bayarkan zakat =)


Assalamualaikum

"zakat awak dah bayarkan ke? ke orang kena bayar sendiri?"

"dah. haritu kat kampung baru. belom kahwin abang bayarkan. dah kahwin suami bayar. kahwinlah cepat. bwahahahah"

"bak sini calon. bak sini. hamboihhh cakap senang"

"lalalalal fiufiu. dah balik rumah belom? jangan balik lewat malam"

bonus raya

assalamualaikum...

ya. betul tu. harini kita bercakap pasal bonus. hamboihhh. yang mengantuk terus segar. maka saya ulangi. BONUS.

semenjak dua menjak tiga menjak nak raya ni semua bercakap pasal baju, rumah, kuih, kampung, tiket bas. tak kurang juga bonus raya. yang mana status ala-ala "alhamdulillah. bos baik" pastinya dapat sampul. manakala yang berstatus "benci company ni. kedekut" mesti rasa nak berhenti kerja.

tak kisah la apa ragamnya sekalipun, saya sekadar berminat nak berkongsi tentang perkataan keramat - BONUS - saja sebut banyak-banyak kali

percaya atau tidak, di pejabat tempat saya berhempas pulas tunggang langgang cari rezeki, kami diberi BONUS (saja capslock) hampir setiap hari. serius tak tipu. sumpah? bukan taknak bersumpah. tapi Imam Syafie sendiri pun tak pernah bersumpah seumur hidup dia kan. maknanya sumpah ni bukanlah sesuatu yang ringan. ish mana ada tipu. cuma exaggerate part berhempas pulas tu je.

ya musti rasa fishy kan

BONUS bukan bererti duit saja. BONUS datang dalam pelbagai bentuk. selalu makan sardin dengan nasi kosong, harini dapat telur goreng sekali. itu BONUS. selalu dapat naik komuter je hari-hari, harini dapat duduk pulak tu. itu BONUS. selalu hari mendung, harini hujan. itu BONUS. selalu.... cukuplah. rasanya korang dah paham pun.

pusing balik tentang cerita di tempat kerja. hampir setiap hari kami ber-BONUS. setiap isnin dapat BONUS tazkirah. *baru minggu lepas turn saya memberi tazkirah, berkisar hidayah ALLAH. tapi atas faktor kesihatan, tazkirah yang dijangka berlangsung selama 3 jam terpaksa di-cut short kepada 10 minit*. kehkeh. tazkirah ni kami rotate sesama pekerja. setiap minggu macam tu. selepas tazkirah selesai, semua berebut-rebut nak bagi pandangan dan pendapat. lah sangat. bagus kan? siapa kata orang muda sekarang tak proaktif? dusta semata.

manusia ni mudah lupa. jadi tazkirah ni menjadi pengikat kaki kami ke bumi. menghalang dari terus terbang melayang dengan keseronokan dunia. kita juga dituntut supaya berpesan-pesan. hari ini kita ingat, esok kita lupa. lumrah manusia tak sedar diri. jadi amatlah elok kiranya slot berpesan-pesan ini diadakan selalu.

yang kedua, BONUS solat jemaah. eh ingat lelaki je ke solat jemaah time kat office. kitorang pun tau! oleh kerana surau kecil, jadi lelaki dan perempuan solat berasingan. bagi kami yang perempuan, akan rotate imam. tapi imam favourite kami tentunya ika atau sha. ada juga kadang-kadang terpaksa solat asing-asing bila semua sibuk nak keluar pergi site. tapi andai ada rezeki, jodoh dan peluang, insyaALLAH akan kami kejar jemaah. ini resepi untuk eratkan hubungan sesama staff, juga dengan ALLAH. perasaan jadi makmum. syok boleh relax. perasaan jadi imam. double syoknya!

bagi jejaka-jejaka kat office ni, Alhamdulillah. memang calon suami lah bagi perempuan-perempuan yang nak suami boleh jadi imam *tolong promote*. eh ingat senang ke nak jumpa lelaki macam tu. boleh kira dengan jari la lelaki boleh jadi imam sekarang. ramai yang Al-Fatihah pun berterabur. belum kira Qunut lagi. ada hati nak ada awek. piiirahhh... buek malu omak bapak yo. jadi sesiapa berkenan, silalah hantarkan resume ke pejabat kami. 2 vacancies only. pasal nampak muka macam jenis setia. only selected candidate will be called for taaruf session. iklan tamat.

kami kaya dengan BONUS. tapi terpulang pada hati menilai. mungkin harini ada yang bos bagi RM 200 dalam sampul raya, tapi belum tentu bawa ke surga. tapi BONUS yang bos kami beri, insyaALLAH jadi panduan sampai ke mati. oleh itu, manfaatkan BONUS bos korang ke jalan ibadah, maka insyaALLAH RM 200 tu akan menjadi penyelamat dari jatuh di titian sirat. insyaALLAH.

seperti yang saya katakan tadi. BONUS ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. tubuh badan yang sehat, hati yang lapang, perut yang kenyang, keluarga yang bahagia. tapi alangkah malangnya kita selalu buta melihat BONUS yang tak terhitung nilainya ini. lebih nampak ringgit dari kasih ALLAH. mari kita sama-sama didik hati untuk sentiasa mencari jalan untuk bersyukur, biarpun dalam keadaan duka dan sempit. kerana duka dan sempit itu mungkin amaran bahawa kita semakin jauh dari ALLAH .barangkali.

jadi, selamat berBONUS semua!

ahh.. langit mendung di luar tanda ALLAH nak beri bonus :) cakap apa? ya. Alhamdulillah


takdirnya Ramadhan 1432H

assalamualaikum..

entry kali ni sekadar dipenuhi gambar untuk kenang-kenangan Ramadhan kali ini. perginya dirindui. moga ketemu lagi nanti. InsyaALLAH

1. berbuka bersama sahabat-sahabat studio uitm. Bsc. Architecture di AP ayam penyet, seksyen 9, shah alam

cuma order kiddy meal. perut masih kenyang. ini pun dah melimpah-limpah rezki :)



gambar beramai-ramai. tapi tak semua enterframe. hanya ini yang mampu dikongsi. selebihnya biarlah menjadi koleksi peribadi.

dan tak lupa juga terima kasih yang menggunung untuk acul a.k.a asyrul sebab belanja makan. bukan sekali malah dua kali! memanglah murah rezeki. itu doanya. semoga jadi pilot yang sukses sentiasa. dunia dan akhirat. insyaALLAH

2. berbuka bersama sahabat-sahabat office di steamboat acapella, seksyen 13, shah alam

gambar memang gelap. saja nak bagi nampak stylo dan misteri. lah sangat

segan nak letak gambar banyak-banyak. mana yang ada jelah ye. Ramadhan kali ni memang murah rezeki

Alhamdulillah. akan bertemukah kita dengan Ramadhan yang akan datang? mari capai yang terbaik :)

FAKTA RAMADHAN: pelik tapi benar

image rompak dari pakcik gugel**

assalamualaikum


semalam (8 ogos 2011), bersama jentera-jentera pejabat, berbuka beramai-ramai di suatu tempat di shah alam yang saya tak rasa nak menyebut nama tempatnya. berangan ala-ala berada di negara omputeh dengan spesis makanan yang diberi nama yang insyaALLAH tergeliat lidah nak menyebut. apatah lagi nak menulis

pertama kali berbuka di luar (selain di rumah dan masjid) memang agak menterujakan sebab nak rasa suasana berbuka di kedai makan setelah setahun ramadhan 1431H berlalu. padahal tak syok mana pun. ala-ala melepak time lunch je. yang bezanya, cuma berkurma di meja

ramai juga manusia yang memilih berbuka di luar. barangkali ada yang pertama kali seperti saya, ada yang rutin harian, ada yang sekali sekala. walau apa pun, keraian berbuka yang sederhana tapi penuh pengajaran di dalamnya

kami sampai awal (paling awal padahal) sekitar jam 6.33 petang. semua melepek di meja makan macam baru balik dari Bosnia je rupa. ada yang mengisi masa dengan mengaji, ada yang melukis, ada yang bermesra bergurau senda. tak kurang juga yang buang masa berusaha nak tukar channel TV kedai makan tu. manusia dan ragamnya

azan berkumandang. masuk waktu berbuka bagi Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya. baca doa dan terus melantak (pemilihan perkataan yang lebih sesuai berbanding 'makan'). makan sampai buncit sehingga lupa 'berhenti sebelum kenyang'. tapi kalau membazir pun tak elok :) aktiviti berbuka berjalan seperti yang dirancang

and here's the best part. yang pelik tapi benar tu

lepas siap makan dan basuh tangan dan baca doa selepas makan, kami semeja berangkat la ke surau berdekatan. melunaskan Maghrib. jeling ke jam tangan, pukul 7.55. ditambah jalan terkedek-kedek ke surau, ambil wudhuk, kira-kira dah pukul 8 kami ber-Maghrib

lepas solat siap-siap bertudung semula, terhegeh-hegeh pakai kasut, barangkali pukul 8.15 jugalah selesai. beriringan berjalan pulang, melintasi kedai makan tadi. eh, ramai lagi orang tak berganjak. ada yang sedang makan lagi, ada yang berusaha sehabis daya menghabiskan makanan sebab dah bayar mahal, ada yang dah sudah makan, pinggan dah licin, perut dah penuh, air dah habis, tapi bersembang belum habis

seingat daya ingatan saya, waktu azan tadi semua bantai makan. takda pula yang telan kurma sebijik kemudian solat dulu. jam dah menunjukkan 8.20. nak kata surau sesak ramai orang, tidak. tak sampai sepuluh orang yang solat waktu kami di surau. pelik? ya. tapi benar. tepuk dada tanya iman. kalau tak reti-reti jugak, hantuk kepala kat dinding sekarang

kalau yang perempuan mungkinlah uzur. tapi lelaki? apa alasan? mungkin terleka sekejap dan kemudian segera solat. alhamdulillah. tapi kalau tak solat langsung? nauzubillah. tak sanggup nak fikir. kita manusia fitrahnya lupa dan lalai. kerana itulah kita perlu saling mengingati. supaya apa yang terjadi semalam, tak berulang lagi

pesanan untuk kaum lelaki: anda- anda ni semua akan jadi imam membimbing isteri (-isteri) dan anak-anak. jagalah tiang agama. jenuh nak menjawab di hadapan ALLAH kelak. mana yang tunggang langgang tu sama-sama kita betulkan sedikit semi sedikit. insyaALLAH

pesanan untuk kaum sendiri: kalau teman lelaki (konon) terleka, ingatkanlah. ini engkau uzur, dengan dia-dia sekali nak ajak uzur berjemaah ke? setidak-tidaknya tegur la. jangan layankan pulak. incik lelaki, incik lelaki nak buat bini ke perempuan macam tu? buat menambah timbangan azab je nanti. taknak kan? aa lu pikir la sendiri

untuk semua: bila berbuka di kedai makan memang kadang-kadang melalaikan sedikit. tapi ambillah peranan "jom kita solat sekejap kemudian kalau nak sambung bersembang, sambunglah kemudian" andai kita teringat. bukan susah pun. solat tak kena bayar. dapat anugerah lagi

dan kalau dah member cakap macam tu, segeralah bangun dan buat apa yang patut. cari surau terdekat. jangan pulak buat2 tak dengar lalalalal fiu fiu lepas tu blah. malu la weh. malu la pliss... ish!

keghairahan berbuka jangan mendahului Yang Maha Esa

mungkin ini pernah jadi kepada saya, dan mungkin kita semua. sekadar peringatan untuk diri sendiri dan jalan bermuhasabah demi mengejar cinta ALLAH

p/s: berbuka, berbuka juga. solat jangan lupa. kalau nak lagi tertib, pergi berbuka di masjid. kompom tak lupa solat punya. kerat kuku gua berani jamin la der

dari kelam menuju islam


*amaran: entry yang agak panjang*

assalamualaikum

hari ini, 27 Ramadhan 1432H bakal menginjak semakin hampir ke Syawal yang dinanti. perjalanan 1432H ini memang penuh liku-liku dan ranjau yang melintang pukang. entry kali ini sekadar ingin berkongsi apa yang saya rasa tak patut kunyah lumat seorang diri.

minggu lepas giliran saya berkongsi sekelumit tazkirah bersama sahabat-sahabat di pejabat. saya membawakan tajuk yang terlalu common dalam hidup kita, Hidayah ALLAH. saya ulang, sekadar peringatan kita bersama. hidayah ALLAH ini cukup meluas. dari ke ceruk hingga ke lubuk hati. ada orang kata "saya belum bersedia nak berubah, hidayah ALLAH belum tiba" sahabat, hidayah ALLAH bukan untuk ditungu, tapi harus dicari. tak semua kita beruntung untuk mendapat hidayah ALLAH tanpa berusaha. ada yang berlu berhempas pulas sepak terajang baru hidayah ALLAH sudi singgah di hati mereka.

ada yang tercampak ke lembah hina dina dunia sebelum dibukakan jalan lurus. maka saya adalah salah seorang darinya. hanya ALLAH saja yang tahu khilaf dan keterlanjuran silam saya. samada yang terbuka atau tersembunyi. sesalan saya membawa kepada penyesalan yang tak sudah. setiap khilaf saya masih kemas tersemat dalam ingatan. tak sedikit pun tercalar. namun, penyesalah jualah yang membuatkan saya berada di mana tangan saya menaip untuk berkongsi agar dijadikan teladan.

saya islam. dilahirkan dalam keluarga islam. bernama islam. beramal islam. tapi islam warisan. bukan islam mukmin barangkali. saya bertuah dilahirkan dengan nikmat islam. tapi cara hidup, jauh tersasar. saya diberikan didikan agama yang cukup. haruslah saya berterima kasih kepada ayah dan ibu terlebih dahulu. tapi tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan. bezanya samada besar atau kecil.

saya menggambarkan diri saya seperti:

“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

suatu minggu dalam bulan jun, saya pulang ke rumah bonda. tiada apa yang pelik atau istimewa berlaku. secara kasar hanyalah satu minggu biasa seperti minggu-minggu lain. pulang berhujung minggu menghabiskan cuti. saya sendiri sebenarnya tak ingat dan tak tahu bagaimana, tetapi secara tiba-tiba saya rasa saya perlu berubah.

"mak, esok teman yana, kita pergi jalan TAR, yana nak beli tudung bidang 50 atau 60"

*info untuk lelaki: tudung bidang 50 dan 60 bersaiz besar sedikit dari tudung yang biasa dipakai orang, yakni bidang 45.

waktu itu ibu cuma bertanya mengapa. tapi saya tak menjawab. kerana saya sendiri tiada jawapannya. ibu cuma turutkan. Alhamdulillah. sepanjang seminggu berikutnya, saya ke pejabat dengan meminjam baju adik perempuan saya (yang memang bertudung labuh). segala jenis jubah, tudung dan baju yang jarang dia gunakan, saya pinjam. dari situ bermula satu episod baru. saya nekad. apapun terjadi, saya takkan berpatah balik.

waktu itu saya panjatkan syukur yang tak putus-putus. ALLAH permudahkan jalan saya. ada teman sepejabat yang toleh dua tiga kali untuk pastikan itu saya. ada yang tersenyum-senyum kambing tanda faham. tak kurang juga yang musykil. waktu itu agak sukar. saya meminjam baju ibu. ada yang tegur "baju nampak besar" atau "nampak macam orang tua lah". mungkin mereka tak faham. segala bentuk kata-kata orang saya telan pahit maungnya.

saya perbaiki sedikit demi sedikit. ada rezeki lebih, saya cari baju-baju baru yang sesuai. dan seperti biasa, rasa dipermudah jalan. Alhamdulillah. saya sudah kurang meminjam sekarang. hahah.

saya start belajar semula. belajar membaca terjemahan Al-Quran, belajar memahami bacaan dalam solat. belajar banyakkan zikir, belajar pelbagai jenis doa, mendalami batas aurat perempuan dan beberapa perkara asas yang lain. jiwa saya bahagia. hujung bulan orang lain berkerut dahi complain pasal gaji, tapi Alhamdulillah saya masih boleh tersenyum lagi walaupun menghadapi masalah yang sama. mungkin ini kurniaan Illahi. Alhamdulillah.

antara faktor pendorong saya untuk terus istiqamah adalah lelaki-lelaki yang di sekeliling saya. ayah, abang, suami (bakal), anak lelaki (bakal). kerana:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

saya sayang lelaki-lelaki itu. ALLAH kurniakan mereka kepada saya dengan kasih sayang. jadi adakah patut saya campakkan mereka ke dalam bara api neraka? jangan sangka kita boleh bayangkan neraka itu pedihnya bagaimana. di luar upaya minda kita azabnya. awas.

bila sudah begini, memanglah dah tak boleh nak buat semua perkara suka-suki hati. semua perkara kini berbatas. ada yang boleh, ada yang tidak. ada yang rasa saya rugi. tapi saya sentiasa ingatkan diri saya supaya ingat bahawa 'ALLAH tarik nikmat dunia untuk beri nikmat akhirat yang berkali-kali-kali-kali ganda hebatnya'

semua orang inginkan surga (mat rempit mat gian pun nak surga tau!), tapi berapa ramai yang berusaha mendapatkannya? tepuk dada tanya iman. memang berat nak tinggalkan seronok dunia. tapi ingat 'kita bukan hidup untuk mati, tapi kita mati untuk hidup'

kata Saidina Umar: "manusia diciptakan untuk hidup selamanya. hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki"

serius sanggup nak tahan seksa neraka? kena cabut gigi pun dah melalak. orang tarik rambut pun dah melenting. bayangkan time malaikat nak cabut nyawa kita, nak tarik mengadap ALLAH, rasa-rasa sakit ke tak sakit? jawablah kalau berani.

setakat itu saja untuk kali ini. insyaALLAH akan kita kongsi yang lain di lain hari.

selamat berjihad! mengejar impian para syuhada.

Ya ALLAH, tunjukilah aku jalan yang lurus ke sisi-Mu. bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH berjuang atas nama-Mu. amin. amin Ya Rabb