rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

maafkan saya kittun :(

Assalamualaikum

hari ini saya amat benar ingin berkongsi satu cerita yang mungkin boleh dijadikan pengajaran oleh insan-insan yang membacanya. moga apa yang saya lakukan ini tidak menjadi contoh kepada siapa-siapa.

ahad hujung minggu yang lalu, waktu on the way pulang dari walimah kakak usrah, saya sempat singgah sebuah 7-11 yang letaknya tidak jauh dari rumah bonda. niat di hati nak beli makanan. (walaupun baru balik dari kenduri kendara? erk?!)

saya tak sangka hari yang berlalu agak plain itu terkandung di dalamnya satu perkara yang mahu Dia semat dalam hati saya nan miskin ni

ketika berjalan keluar, Allah pertemukan saya dengan makhluk kesayangan Rasulullah s.a.w, Abu Hurairah dan seluruh umat manusia. daif benar keadaannya. saya suspect dia ada penyakit dan mungkin dalam kesejukan, kesekucingan


*maafkan saya kittun :(

berita buruknya ialah saya seorang penakut kucing. atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. saya hanya mampu membantu sekadar terdaya. maka automatiknya saya masuk semula ke 7-11, beli makanan kucing dalam tin, lalu saya sua ke mulutnya. saya tunggu lebih kurang 3 minit untuk pastikan dia makan. kemudian berlalu pergi

sepanjang perjalanan, jiwa saya diruntun rasa bersalah. mengapa saya tidak punya upaya untuk membantu lebih dari itu. adakah kerana saya rasa terlalu bersih, atau terlalu mulia, atau terlalu keras hati. apapun alasannya, deep down inside, iman saya sudah pun tercalar

*tak tahu nasib kucing ni. tapi jom kita sama-sama doakan kesejahteraanya. please

saya berharap akan ada insan mulia yang sudi menjaga kucing ini selepas pemergian saya. ambillah pengajaran dari kesilapan saya. kita manusia yang dikurnia akal, tapi adakalanya kita tewas dengan perasaan bila hati dipandu selain-Nya

maafkan saya. sekali lagi. sesungguhnya saya gagal dalam ujian Allah yang satu ini. ampunilah...

3 khabar gembira

*bergembiralah kerana Allah bersama-sama dengan kamu

Assalamualaikum

khabar gembira memang tiap hari sampai untuk kita. celik mata di pagi hari adalah berita gembira, sampailah pejam mata di malam hari. di antara waktu itu adalah janji kita pada Pencipta sekalian makhluk. hidup dan mati adalah untuk-Nya.

khabar pertama: penyatuan dua hati kakanda kesayangan saya, Masdiana Abd. Samad (merangkap kakak usrah yang penyabar, jam loceng tahajud di sepertiga malam, reminder saya tentang tujuan hidup berjalan di muka bumi) bersama jodoh yang tertulis untuknya, saudara Aminuddin.

"Semoga Allah s.w.t mengurniakan seindah-indah barakah buat kakanda tercinta. Moga kekal jodoh sampai ke surga. Moga dikurnia anak cucu cicit dan kerabat yang soleh dan solehah yang bakal menjadi khalifah agung di bumi ALLAH. InsyaAllah"

khabar kedua: selamat hari lahir buat ibu tercinta. ibu yang menjadi pintu surga anak ini. berbahagialah ibu! kerana ada berita gembira dari Allah buatmu. and Allah knows how much i love and thankful to you.

Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan kepada mereka), "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung"
[Al-Hadid, 57:12]

kahabar ketiga: hari lahir seorang sahabat jauh. selamat hari lahir juga. sejujurnya saya amat mengagumi semangat beliau dalam jalan juangnya. beliau pada saya boleh diibaratkan umpama permata yang menyinar di kalangan kaca yang berlumpur. seorang mujahid setia yang tak pernah putus dari bibir dan jari-jemarinya pesanan dan peringatan buat saudara islam tercinta. satu insan yang peribadinya penambat hati, penyejuk jiwa manusia di sekelilingnya. jaga diri di tempat orang :)

"Selamat hari lahir, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan selalu. moga usia yang dikurniakan ini akan terus dimanfaatkan malah lebih baik dari sebelumnya sebagai mujahid setia di jalan Allah. doa dari diri ini akan menjadi peneman perjuangannya. InsyaALLAH. Allah bersama-sama dengan kita"

dan buat semua insan kesayangan di atas:

"Maka bersabarlah engkau (Muhammad), sungguh, janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan engkau"
[Ar-Rum, 30:60]

benarkah Malaysia juara bola sukan SEA?

*apa ada pada harimau muda?*

assalamualaikum

ya benar Malaysia juara. pada zahirnya. tapi kalah pada impaknya. harimau muda beraksi hebat. tahniah. tapi kita sebaliknya....?

anak muda mahupun pakcik-pakcik awal-awal lagi dah booking seat dekat kedai mamak. sedangkan saff pertama di belakang imam, di masjid-masjid dan di surau-surau................sedih.

di celah-celah crowd lelaki di kedai mamak, tak mustahil juga ada anak-anak gadis. syok tengok bola bersama. cuma kurang manis cik adik sayang.

kita berdoa-selawat-khusyuk mengharap pasukan harimau muda menang. bagus. tapi alangkah bagus lagi kalau kita berdoa memohon ampun se-khusyuk itu juga. memohon Al-Aqsa segera lembali ke tangan kita se-khusyuk itu juga. memohon Malaysia dipimpin khalifah berjiwa islam se-khusyuk itu juga. memohon mati dalam iman se-khusyuk itu juga. bukan mati ketika bersorak di kedai mamak.

melepak di kedai mamak sampai tak tinggal kudrat untuk bangun di hujung satu per tiga malam. sedangkan pada ketika itulah ALLAH s.w.t turun ke langit bumi untuk mengampunkan dosa-dosa kita. untuk mendengar rintihan kita. tapi doa kita hanya berakhir di; "Ya Allah bagilah 1 lagi gol final untuk Malaysia bawa kemenangan!" di kedai mamak. bukan di tikar sejadah mengadap ALLAH s.w.t.

bukan tak boleh nak ber-bola. tapi yang lebih penting jangan di lupa. kehidupan kita di dunia ini adalah usia manusia yang kedua selepas usia kita yang pertama; usia roh. waktu usia dunia adalah yang paling singkat. tapi di usia inilah yang akan menentukan kaki kita melangkah ke Syurga Firdaus atau tergelincir ke neraka Jahannam. ya hidup ini memang sekali. sebab ianya sekalilah maka berhati-hati dengan setiap apa yang kita lakukan. kerana kita tak akan ada peluang kedua apabila usia dunia melabuhkan tirai.

pak pandir menang bersorak kampung tergadai, kita menang bersorak iman tersadai.

p/s: tahniah buat skuad Harimau Muda v(^_^)v


pesanan terakhir seorang kekasih

Assalamualaikum sahabat dan kerabat sekalian

saya percaya setiap dari kita pernah membaca apa yang saya ingin kongsikan di sini. tapi tak salah kan kalau kita ulang sekali mahupun berkali-kali lagi. sebab apa? sebab pesanan ini datangnya dari kekasih Allah. yang di akhir hidupnya, dia bimbangkan kita; ummati, ummati, ummati. terlalu sibukkah kita untuk luangkan barang beberapa minit mengingati manusia ulung ini? tinggalkan sekejap update di facebook tu, tinggalkan sekejap bola harimau malaya menentang myanmar tu, pause sekejap video matlutfi tu. justeru luangkan masa untuk kita muhasabah diri, rewind balik pesanan insan yang kita akan merangkak-rangkak merayu-rayu meminta syafaat darinya nanti. harimau malaya mahupun mark zuckerberg tak akan hulur syafaat kat korang kan? but this man will

KHUTBAH TERAKHIR Rasulullah S.A.W

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Mukmin sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan keatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

p/s: kami rindu padamu Ya Rasulullah!

inginkan anak atau keluarga jauh?

Assalamualaikum

Entry ringkas bertujuan mengajak sahabat-sahabat di luar sana bagi membantu saudara kita di Palestin untuk terus berjuang.

Program ini adalah di bawah kelolaan Aqsa Syarif. sebuah badan NGO yang bergiat aktif dalam memperjuangkan nasib saudara seagama kita yang ditindas, dinafikan hak, dihenyak, dan dipijak-pijak oleh Zionis yang tak berperikemanusiaan.

Sumbangan ikhlas dari kita mungkin serba sedikit boleh membantu. InsyaAllah. serendah RM 35 sebulan. apa kata kita sama-sama kurangkan berbelanja beli shawl, beli kasut, beli tiket wayang, makan fastfood, pergi dating lantas menyimpan sedikit nikmat Allah, untuk dihantar ke Palestin

RM 35 apelah sangat kalau nak dibandingkan dengan gaji tuan-tuan yang mencecah ribuan ringgit sebulan :P diharap kita dapat berkongsi penderitaan mereka agar warga Palestin tahu mereka tidak berjuang bersendirian. Sumbangan ikhlas tanpa rasa berat hati amat-amat dialukan.

Tuan-tuan boleh layari laman ini (klik sini) untuk dapatkan detail-detail bagaimana untuk menyumbang.

untuk bantuan tajaan anak angkat, tuan-tuan akan diberikan maklumat peribadi kanak-kanak tersebut beserta gambar. untuk tajaan keluarga miskin, tuan-tuan akan diberi maklumat keadaan keluarga tersebut.

<3 keluarga tersayang <3
bersama menyumbang

we'll be by you side, with love (gambar hiasan)

untuk rujukan, tuan-tuan akan di-email-kan resit tajaan. sebagai rujukan sendiri. bukan untuk mengira jumlah harta kita letakkan di jalan Allah. tapi untuk bermuhasabah sejauh mana kita sayangkan saudara kita sepertimana kita sayangkan diri sendiri. Allah memegang hati-hati kita. maka Dia Maha Mengetahui

untuk reminder kita (gambar hiasan)

p/s: kita mungkin tak dapat berjuang bersama-sama mereka menangkis mahupun menyambut peluru-peluru liar zionis. tapi kita boleh membantu dengan menghantar isyarat bahawa kita sentiasa berada di belakang mereka, untuk menyokong perjuangan membebaskan Aqsa tercinta. baik dari segi wang ringgit, mahupun doa. Allahuakbar!

tak payah nak berlagak

assalamualaikum
*keratan akhbar yang.....

masalah murtad?

masalah seks bebas?

mudah je jalan penyelesaiannya...

-

-

-

-

-

laksanakan undang-undang islam

islam ada caranya. islam ada jawapannya. tak payah nak berlagak cari solution. susah-susah je tanya artis

p/s: amacam bro? ada bran?

Alhamdulillah yang tersalah letak

Assalamualaikum
*google google keluar yang ni

kelmarin aku dengar ada seorang sahabat terpacul dari bibirnya syukur yang teramat. berseri-seri mukanya. bergenang air matanya. cantik baris giginya.

"Alhamdulillah" ucapnya

aku menyoal mengapa

"aku baru berbaik dengan boyfriend aku. kejap lagi nak pergi dating"



'Alhamdulillah' yang dizalimi. adehh