rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

fasa kehidupan ow yeahh

Assalamualaikum

2011 penuh tanda tanya. 2012 penuh dengan realiti. menerjah 2012 dalam ketidak-sediaan. pathetic.

banyak khabar yang mendebarkan dan berita-berita yang menggembirakan. tapi hati saja masih belum ready. mengapakah.... aduyai

bakal menginjak kepada fasa kehidupan yang berikutnya. baru saja membuat kata putus minggu lalu, dan jawapannya membenih bunga dalam hati yang bertaman-taman ini. unfortunately, perasaan malas dan masih berbolak balik. tapi kehidupan perlu diteruskan. ewah

kerja office pun bertimbun-timbun dan harus diselesaikan sebelum berbulan madu selama seminggu. fening ai. di saat-saat genting ini jugalah penyakit yang terpendam kian teserlah. ini ujian, andai sabar dan redha, akan ada manisnya. kesakitan yang tak pernah terzahir makin lama makin mudah menampakkan dirinya. menanti masa dijemput bertemu-Nya. tak banyak yang nak diminta, cuma berilah peluang meraih redha-Nya.

sekalipun esok kiamat, benih di tangan tetap perlu disemai. apatah lagi ajal maut yang entah bila. hargai kehidupan sementara masih ada.

terima kasih Ya Allah untuk segenap kurnia sepanjang 24 tahun ini :)


Maahad Tahfiz Muslim Care (MTMC)



Assalamualaikum

Merujuk kepada tajuk entry di atas. Satu badan NGO Muslim Care sedang mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Muslim Care.

Lokasi:
Tahfiz ini terletak di Lembah Beringin, Kuala Kubu Baru, Selangor. jarak perjalanan lebih kurang satu jam dari Shah Alam (tak berapa sure sebab tertidur dalam kereta sewaktu perjalanan :P). Bangunan asal merupakan sebuah rumah banglo kepunyaan Haji S dan Hajah R (mereka mohon agar tak diwar-warkan pemiliknya). Tuan rumah meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab untuk menubuhkan tahfiz ini kepada pihak Muslim Care. Kawasan tersebut agak sunyi dan isolated dari kesibukan kota. Jadi amat sesuailah untuk menjadi kediaman anak-anak yang akan menuntut ilmu di sini. Memandangkan masjid besar juga agak jauh, jadi kami meletakkan harapan yang besar agar rumah tahfiz ini bakal menjadi tumpuan bagi anak kariah terdekat untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah sekaligus bertindak sebaai taman-taman ilmu.

Pembangunan:
Banglo ini akan dibaik-pulih di bahagian dalam dan luar untuk kesesuaian tahfiz. Mempunyai kawasan porch dan halaman belakang yang luas untuk dijadikan ruang riadah.

ruang tamu - sebagai ruang solat umum, juga dijadikan ruang kuliah
3 bilik tidur tingkat atas - akan dijadikan asrama untuk 20 pelajar tahfiz
1 bilik tidur tingkat bawah - akan dijadikan pejabat tahfiz
verandah - dijadikan ruang membaca terbuka
dapur - untuk pelajar tahfiz sepenuhnya.
*maklumat lengkap boleh rujuk flyers

Pelajar:
Setakat ini 15 orang pelajar telah dikenalpasti untuk diserapkan ke MTMC. Kesemua pelajar tersebut dibawa dari kawasan pedalaman Sabah/Sarawak. Yang mana kesemuanya berasal dari keluarga kelas pertengahan dan keluarga miskin. Idea ini tercetus dari beberapa misi dakwah Muslim Care ke kawasan pedalaman Sabah/Sarawak yang mana kami dapati kedudukan Islam masih belum kukuh dan benar-benar difahami. Jadi Muslim Care merangka pelan jangka panjang dalam mendidik masyarakat ini. Adalah menjadi harapan kami agar anak-anak yang tamat pengajian di institusi ini akan membawa pulang ilmu dan kepakaran mereka untuk disumbangkan ke kampung halaman masing-masing.

Wahai sahabat dan kerabat,
Kami amat berharap agar usaha kerdil ini dapat diraikan bersama dalam kita mentarbiyah diri sendiri dan masyarakat di sekeliling kita. Kami akui akan ada kelemahan dan kekurangan dalam kerja-kerja ini, jadi kami amatlah berbesar hati kiranya tuan-tuan dapat berkongsi idea/ilmu/pengalaman dalam menjayakan hasrat yang terpendam lama ni.

Andai ada kemampuan di pihak tuan, sudilah kiranya menghulurkan sumbangan ke:

RHB atas nama 'Muslim Care'
No. Akaun: 26 2120 0000 4747

Tuan-tuan juga boleh:
  • Mengambil bahagian dalam mana-mana jenis penajaan (rujuk flyers)
  • Menyumbang dengan membeli sijil wakaf (boleh hubungi saya di blog ini)
  • Memberi sumbangan persendirian atau dari perniagaan anda mengikut keselesaan sendiri.
  • Memperkenalkan kami kepada ahli-ahli perniagaan, yayasan, individu atau kenalan anda yang cenderung menyumbang kepada kerja-kerja Islam
  • Membantu untuk menyebarkan flyers di pejabat, masjid, surau, syarikat atau individu tertentu.
  • Membantu mengiklankan MTMC dalam publikasi syarikat, persatuan, koperasi, akhbar atau mana-mana media samada elektronik, cetak, internet seperti blog, website dan lain-lain lagi
  • Mendoakan kami supaya istiqomah dan diberi kemudahan oleh Allah s.w.t sehingga tercapai objektif dan harapan kami
p/s: sudi-sudikanlah klik flyers dan lihat detail-detailnya :) please

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda : “Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya“
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

*entry ini akan di-update dari masa ke semasa sekiranya perlu

saham akhirat untuk januari 2012


Assalamualaikum

Moga bermanfaat

kita boleh istiqamah tengok wayang setiap kali cerita baru keluar. kita boleh istiqamah makan makanan kegemaran kita. kita boleh istiqamah untuk shopping. kita boleh istiqamah untuk berfacebook

apa kata kita istiqamah untuk meraikan taman-taman syurga ini pula. sebab ia bakal jadi saksi kita nanti barangkali. jom sahabat dan kerabat:)

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya"
[Al-Kahf, 18:7]

Adakah kita seorang anak?


Assalamualaikum

harini ramai yang kita boleh lihat post video ceramah berkenaan seorang anak. tak perlulah rasanya nak cerita butir-butir ceramahnya dan siapa penceramahnya. tapi ini sesuatu yang perlu kita tanyakan pada diri sendiri (terutamanya diri ini sendiri)

Adakah kita anak yang akan menguruskan jenazah ibu bapa kita?

Adakah kita anak yang akan menghantar bekalan untuk ibu bapa kita yang telah pergi?

Adakah kita anak yang tak putus-putus mendoakan kedua ibu bapa kita?

Adakah kita anak yang sentiasa peka dengan keperluan ibu bapa kita?

Adakah kita anak yang memelihara maruah ibu bapa kita?

Adakah kita anak yang seharian merindui ibu bapa kita?

Adakah kita anak yang soleh/ solehah?

atau sekurang-kurangnya, adakah kita seorang anak yang layak bergelar anak kepada ibu bapa kita?

zaman serba maju, serba kehadapan. tapi belum tentu jiwa kita sama bergerak dengan arus kemajuan. kita lebih gemar muzik dari alunan Al-Qur'an. kita lebih gemar menyanyi dari mengaji. kita lebih gemar membeli belah dari ke majlis ilmu. kita lebih gemar novel dari kitab-kitab. kita lebih gemar ke kompleks-kompleks dari ke masjid. kita lebih gemar tidur dari solat. kita lebih gemar maksiat dari ibadat

kita semua dikurnia masa yang sama. 24 jam seorang. tapi acap kali kita gagal memanfaatkannya. kita ada masa untuk isi perut kita dengan makanan, tapi kita jarang ada masa untuk isi jiwa kita dengan makanan iman. kita ada masa untuk menonton wayang yang berbatu jauhnya, tapi kita jarang ada masa untuk ke masjid di sebelah rumah. kita laju menerima pelawaan kawan nak ke jualan murah, tapi kita jarang ada masa nak ikut kawan ke majlis ilmu. kita ada masa nak menonton cerita, tapi kita jarang ada masa nak bermuhasabah diri

kita adalah apa yang anak-anak kita akan jadi. apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat semula. eloklah kita sama-sama cerminkan diri kita untuk predict anak-anak kita. layanlah ibu bapa kita sebaik-baiknya sementara berpeluang, bukan sahaja kerana kita ingin dilayan baik oleh anak-anak kita, tetapi juga kerana kita orang beragama. selayaknya kita bersyukur dan membalikkan nikmat-nikmat tersebut

p/s: kalau kita tak nak anak kita jadi penagih dadah, kita jangan merokok. kalau kita tak nak anak kita jadi pelacur, jaga harga diri kita agar tak mudah dibawa keluar lelaki-lelaki yang tak sepatutnya. kerana maruah ibu bapa sebahagiannya ada pada anak. renung baik-baik dalam cermin.

jangan lupa telefon ibu bapa hari-hari bertanya khabar. hari-hari terlalu kerap? well, mesej kekasih hati boleh je setiap hari kan? takkan nak berkira kot. tak hero