Incoming babies
Harini dah masuk PKP 3.0 Fasa 2 hari ke-enam. Kes baharu C19 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 9,180 kes. Aku sejujurnya dah lama lost dan teramat pasrah. Oleh kerana itu, aku takmau cerita panjang berkaitan C19. Aku cuma nak ajak pembaca blog aku (kenapa rasa kelakar, manada sapa tau aku ada blog pun) untuk sama-sama berdoa C19 ni cepat berlalu.
Harini aku jalan-jalan shopi cari baju newborn baby. Kawan aku Ezreen due date September, sama bulan dengan kakak aku. Tadi petang beliau mesej aku, sempat aku tanyakan persiapan nak bersalin ni. Katanya tak banyak sempat beli sebelum PKP3.0 lockdown. Kedai baju pulak bukan kategori essential service. Takkan nak jahit sendiri pulak kan? Beliau tu kalau jahit butang baju pun aku kurang yakin. Maka aku terus mesej adik aku kalau baju anak buah aku yang lama-lama masih ada. Alhamdulillah ada rezeki nampaknya. Cuma kena tunggu fasa boleh merentas daerah untuk aku collect dekat Taiping.
Lepas maghrib tadi mak aku telefon, dan bank-in duit untuk aku belikan baju baby Ezreen. Ezreen claim beliau adalah anak kesayangan mak aku, aku ni cuma picisan. Harey sungguh perangai. Tu yang aku berkeliaran di shopi cari baju budak. Dah lama rasanya tak beli baju untuk makhluk halfling ni, anak buah aku paling kecik pun dah 2 tahun lebih. Seronok layan adrenaline beli baju baby.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home