rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

sayonara TTDI Jaya



Assalamualaikum

Lama termenung mengadap screen. apa yang nak ditulis dah terluah dalam hati. tapi tak tertaip pada keyboard. terlalu banyak atau terlalu speechless. tapi entry yang sepatutnya keluar beberapa hari lalu, terpaksa ditunda ke hari ini. atas dasar tak mahu menaip ikut emosi. kurang stabil dua tiga menjak ini.

merujuk kepada tajuk di atas, ya saya officially telah menjadi orang ampang semula. selepas 2 tahun menetap menginap membanjiri TTDI Jaya Shah Alam. terlalu lalu lalu banyak memori yang saya bawa pulang bersama. walau hanya 2 tahun, tapi terasa separuh kehidupan saya terkarang disini. samada yang molek, mahupun yang hambar.

tak ada lagi 'waving friend' setiap kali balik kerja. benar kata orang, kawan kita datang dalam pelbagai jenis. 'waving friend' saya ni memang setia. kalau keluar ofis waktu normal a.k.a between pukul 6 ke pukul 7 pasti akan teserempak. yang specialnya, saya tak tahu namanya, dan dia juga tak tahu nama saya. saya cuma gelarkan dia uncle. seorang pakcik berbangsa singh yang rutin hariannya berjoging waktu petang. kadang-kadang saya lihat dia berseorangan, adakalanya bersama teman. persahabatan kami hanya dalam bentuk lambaian tangan. dan sebentuk senyuman. cukup mendamaikan. walaupun kami tak pernah bersembang panjang, tapi uncle cukup prihatin. terbukti apabila dia menegur saya dari beberapa meter jauhnya dengan gaya pegang stereng kereta waktu melihat saya berjalan kaki pulang kerja kerana kereta honeymoon di bengkel sebulan. saya cuma berkesempatan melaung "workshop" dan tersenyum sendirian. terdetik dalam hati 'comel uncle ni'. :P semoga uncle semakin sehat dan berstamina. dan terus tersenyum :) keramahannya saya semat kemas kemas dalam memori

juga tak ada lagi peluang bertegur sapa dengan Ayahanda Ustaz Sujak yang rumahnya terletak betul betul hadapan office saya. kalau waving friend kawan waktu petang, Ustaz Sujak kawan waktu pagi. selalunya waktu saya sampai pejabat kira kira jam 8 ke 9 pagi, mesti terserempak dengan Ustaz yang sedang renovate rumah dia sendiri. walaupun dah berusia, Ustaz Sujak sangat rajin, aktif dan ringan tulang. ada je kerja yang dibuatnya di laman rumah. kejap kejap tanam pokok la. kejap kejap pasang tile pavement la. kejap kejap mencangkul la. saya yang dalam lingkungan 20-an ni pun malu kerana tak selincah itu. selalunya seusai saya parkir kereta, sempat juga la memberi salam dan sekadar tanya khabar berbasa basi dengan Ustaz. selalunya pertemuan kami berakhir dengan senyuman dan rasa kagum. Ustaz Sujak ada kuliah tetap pengajian berkitab di Masjid Al-I'tisam setiap malam selasa. topik bimbingan mukminin. kitab dari karangan Iman Ghazali. penyampaiannya steady je. memang mudah difahami dan boleh tahan kelakar juga Ustaz Sujak ni. jangan tak tahu. setiap kali kuliah Ustaz Sujak, saya suka mengengsot ke saff depan sebab nak tengok mimik mukanya bercerita. teringat pesanannya dalam satu kuliah "jangan cepat marah-marah, nanti jadi tua macam Ustaz Sujak" setiap kali teringat mesti tersenyum :) Isterinya juga peramah. panjang juga la bersembang kalau teserempak tu. tapi tiap kali jumpa kena perkenalkan diri semula. sebab ramai sangat orang dalam taman tu. susah sikit la kot nak ingat orang-orang muda ni gamaknya. didoakan semoga Ustaz Sujak dan isteri diberi kesihatan yang baik agar sentiasa cergas nak cantikkan laman dan sentiasa cergas menyampaikan kuliah.

*masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya

Masjid Al-I'tisam (klik sini) ni sangat aktif, setiap malam akan ada kuliah maghrib. samada dari Ustaz tempatan ataupun jemputan. hujung minggu akan ada kuliah subuh. Masjid yang banyak memayungi taman-taman syurga. ahli kariah tak ada alasan untuk tak beri makanan pada rohani kita. selalunya selepas kerja saya akan terus ke kuliah maghrib dan berjemaah di masjid sebelum pulang ke rumah. saya tentu akan merindui semua makcik-makcik di sana. terutamanya Makcik Sal. asalnya saya menggelarnya dengan panggilan 'kak' sebab nampak muda. tapi rupa-rupanya anak sulungnya hampir sebaya saya. Makcik Sal seorang yang peramah dan penuh kasih sayang. selalunya kedatangan saya akan disambut dengan pelukan. dan kadangkala satu ciuman hinggap di dahi dan pipi. sifat keibuan yang sangat jelas. banyak juga la peristiwa kelakar berlaku. disebabkan saya dan kawan kawan je yang muda. adakala kami kena paksa selak tirai muslimat untuk program kuliah. teringat jenaka Makcik Sal; "pergilah bukak tirai, imam tu single lagi" apa lagi kitorang bantai gelak jela. padahal imam tu dah nak walimah. memandai je makcik ni. pernah satu hari beliau memegang tangan saya, sambil berbisik kecil, "di mana kaki kita selalu pergi, InsyaALLAH di situlah kita akan bertemu jodoh" saya sekadar membalasnya dengan senyuman sambil dalam hati mengaminkannya. lagipun hati belum terlorong nak memikirkannya. suatu soal yang terlalu subjektif untuk dikomen. Ada beberapa minggu saya miss ke masjid kerana kereta berhoneymoon di bengkel. pada hari kereta siap, terus hari yang sama saya lekas lekas ke masjid. jejak je kaki ke masjid saya terus mencari Makcik Sal. terus saya meluru dan mengkhabarkan apa sebenarnya terjadi. seumpama membuat penjelasan kepada ibu kandung bila pulang lewat malam. Satu figure yang sangat prihatin, pengganti ibu untuk saya yang duduk bujang ini. akrabnya kami sampai ada suara suara yang berbunyi "bakal menantu gayanya ni". makcik......makcik..... comel dalam kelakar. macam macam. pastinya saya akan merindui keramahan mereka, merindui saat-saat melipat telekung masjid dan membentang sejadah bersama-sama, merindui rutin membuka lampu, kipas dan aircond, merindui sesi kuliah dan gelak ketawa. didoakan agar saya diberi kesempatan itu lagi di masa akan datang. dan didoakan agar semangat ini akan saya bawa walau ke masjid mana sekalipun kaki saya menjejak. Semoga makcik makcik sekalian istiqamah dalam mengimarahkan masjid dan kuliah. InsyaALLAH :)

terlalu banyak kalau nak diceritakan satu satu. tapi yang paling menjerat hati adalah meninggalkan pejabat selepas bersarang selama 2 tahun di sana. lepas ni tak ada dah makan nasik bumper ramai ramai kat meja meeting. tak ada dah breakfast nasik lemak makcik emo. tak ada dah dinner nasik lemak kukus sambal pedas depan masjid. tak ada dah singgah pasaraya lina beli air laici. tak ada dah meronggeng ke giant tiap kali gaji. tak ada dah cool blog di tengah hari. tak ada dah berebut parking. tak ada dah ikut join meeting masjid malam malam lepas isyak. see, i'll miss a lot of routine kan? tentang pejabat dan isinya nanti kita cerita di entry lain. a whole lot another different story. sebab ramai sangat buah hati kat sana :P

seronok sebenarnya tinggal di TTDI Jaya. rumah sewa yang jirannya semua prihatin. tong sampah tak bertutup (sebab jatuh okay!) kena tegur dengan jiran. dapat advice parking agar tak kena sagat dek lori sampah. pagi pagi angkat tangan bila selisih dengan jiran. buat buat muka malu bila selisih dengan nazir masjid dan angkat tangan selow selow :P . balik kerja cepat cepat betulkan arial TV sebab err... sebab.. ah abaikan. jiran pun prihatin dengan kami yang duduk bujang ni. secara tak langsung tak adalah aktiviti yang tak molek mata memandang.

pernah suatu ketika saya menyatakan hasrat nak bermastautin di TTDI Jaya bila dah berumah tangga. hahaha cakap guna kepala lutut sebab harga rumah kat sini mahal dah kot. ada la jugak angan angan nak beli rumah di Mayang Sutera :P yang menariknya taman ni, orang orang yang ke masjid ramai yang berkereta besar. dulu orang selalu kata orang kaya jarang ke masjid. zaman sekarang dah terbalik. betul cakap Ustaz Azhar Idrus. ada seorang Tuan Haji yang saya kenal. dengar cerita pangkat besar di company oil and gas. kereta pun besar. rumah pun besar. di Mayang Sutera. pernah satu tengah hari di hujung minggu saya lalu di surau dan nampak dia menyingsing lengan baju, melipat hujung kaki seluar, memegang hos paip sedang mencuci halaman dan longkang surau. no wonder harta dia berkoyan koyan tak habis, sebab semakin tinggi dia pergi, semakin dekat dia dengan Maha Pencipta. terkesan hati saya di situ. malu kan menjadi orang muda yang tak meyumbang apa apa. busy kerja konon. orang pangkat besar pun tak busy macam awak lah! **sangat malu


couldn't ask for more. terasa ada benda tak lengkap bila nak tinggalkan tempat ni. berharap akan kembali ke sini suatu hari nanti. mungkin waktu dah berkeluarga? lagipun majoriti orang di sini suka menghantar anak anak mereka ke sekolah tahfiz. masyarakat dah mula sedar. Alhamdulillah. moga syiar Islam terus tertegak di bumi TTDI Jaya dan seluruh dunia.

ahh gonna miss all the little little thing. babai TTDI Jaya :( wuwuu

bulan di tangan kiri


Assalamualaikum

SubhanALLAH

malam ni bulan nampak lebih cantik dari biasa.

tapi handfone habis bateri maka hanya merakam dalam ingatan

p/s: adakah Malaysia dan Jepun berkongsi pemandangan indah langit yang sama?

Makhluk kiut


Assalamualaikum

hari selasa (a.k.a vanilacoklat a.k.a bicarahati) tiba-tiba didorongkan hati berlandas rindu pada kakak usrah yang sedang busy dating dengan suaminya. alah nak kacau kejap je :P

rindu bertandang barangkali kerana makanan rohani yang kurang. rasa lemah longlai. terlalu lama missing ke majlis ilmu akibat kereta rosak. memang ujian yang menghentak jiwa. hati mula rasa kosong, makin malas.

dan 1 mesej masuk ke handfone hidup-segan-mati-tak-mahu ini:

"YA ALLAH YA Tuhanku, berkatilah sahabatku yang paling ku sayang :)
Cubit aja pipinya kalo dia nakal :P
Tuntunlah dia ke jalan yang benar :)
Tapi jangan biarkan air mata jatuh dipipinya yang manis itu melainkan air mata taubat pada-Mu YA ALLAH :D
Kerana sebagian semangatku ada pada dirinya.."

Firman ALLAH s.w.t:
"Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh"
[As-Saff,61:4]

ahh.. indahnya hidup berjemaah :D