Monday, July 12, 2021

Soalan yang masih belum terjawab

Harini kes baharu Covid 19 berjumlah 9,105. Itu sajalah update C19, boleh? Sebab tak turun-turun pun.

Baru tadi aku baca sebahagian whatsapp kawan aku dengan satu statement yang cukup dekat hati aku;

"Itu memang tugas lelaki" *referring to a statement of protecting woman

Ayat yang hampir sama aku pernah dengar dulu:

"Itu kan akan jadi tanggungjawab saya"

Lebih kurang tahun 2011/2012 dulu, aku ada kenal seorang Hamba Allah ni. Interesting someone. Tiap kali mesej aku dia akan tanya dua soalan rutin; dah makan? sihat?. Selepas dia pastikan dia dapat jawapan bagi dua soalan tu, baru dia akan sembang santai tanya bagaimana hari aku dan cerita hari yang dia lalui harini. Nampak simple dan cliche kan? Tapi sekarang baru aku paham impak dia. 

Masa beliau approach aku dulu, the moment dia start the conversation aku nampak dia serius. He meant bussiness. Bukan nak main-main, bukan nak cuba try test. He really wanted this to work out. Pernah sekali aku test keseriusan dia, aku jemput dia datang kenduri kahwin adik aku, which i was 50-50 whether he'll show up or not. He's working on that day. Dalam sibuk-sibuk layan tetamu, satu mesej masuk 'saya dah sampai'. It was around 4 or 5 p.m. Tetamu dah tak ramai, cousin-cousin aku pun baru nak makan dan rehat bawah khemah. Aku rasa masa tu jantung aku yang rasa nak berhenti berdegup. Aku applaud keberanian dia untuk datang, dan datang seorang diri. He knows a lot of eyes are watching him. Of course saudara-mara aku tertanya-tanya siapa tu. Tapi dia nampak tenang. Aku bawa dia ambil makanan, teman dia makan. Habis je dia makan, aku bawa dia jumpa abang aku, family aku, kenalkan. Dan time aku kenalkan dengan family aku, aku akan pause lebih kurang 5 minit, dan tengok macam mana dia handle bersembang dengan family aku during his first meet. Dia nampak malu-malu, dan kadang-kadang hilang kata-kata. That's normal. Yang aku betul-betul kagum ialah masa aku kata 'jom saya kenalkan dengan family', he didn't hesitate. Not a bit. He was like 'okay, le't go'. I think he was waiting all this while for the moment. Aku hantar dia pulang petang tu dengan seribu rasa yang tak terbayangkan. Aku hadiahkan dia sehelai kain pelikat yang aku beli di Kelantan month before. Dia nampak terkejut. Mungkin tak sangka. My  baby sister married in either 2016/2017. I can't recall. Just a backstory to tell you what kind of a person he is.

In 2013, there was this moment I saw he was quite silent. He was driving my car and we are on our way to a friend's place. He gathered his courage and said 'I wanted this relationship to go further than this. Let's go to the next stage'. I know what he means. And I know how serious he is. He's been consistent from the start. Tapi perkahwinan adalah sesuatu yang sangat berat untuk aku fikirkan pada masa tu. So I told him I don't have stable job (I'm previously a full-time student and part-time working) and just started at new place. I felt like I don't have anything to offer to him in the relationship. Takkan dia nak tanggung aku yang masih tak tentu hala ni. He's also working on a contract basis at that time. I don't mind that, tapi aku akan rasa bersalah kalau dia terpaksa bersusah payah untuk aku nanti. I want to share the burden with him, not be a burden itself. We had a deep conversation there. Aku luahkan kerisauan dan kebimbangan aku. Dan di situlah dia bagitahu aku "Itu kan akan jadi tanggungjawab saya". Untuk tanggung aku. It hit me hard. And I kept re-playing his statement in my mind to this day.

Aku jawab, aku berterima kasih atas kesudian dia. Tapi dalam pada sekarang kita masing-masing cukup serba serbi. Macam mana kalau sampai satu masa, dalam bahagia perkahwinan, kita diuji ke tahap rumah tak mampu bayar, kereta nak kena tarik, perut lapar, adakah masa tu dia masih lagi 'sudi' aku menjadi beban dia? I have seen how marriage falls apart for much trivial things. I am scared to the bone.

He did his best in trying to convince me. Let's step into the marriage and do our best. Ujian Allah akan datang, dalam apa jua bentuk sekalipun. So, let's turn to him when we come to that moment. There is no use in worrying things that has yet to come. Seolah-olah aku doubt "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya". Sedangkan aku cuma tak mahu menzalimi dia. 

For a couple of years dia cuba fahamkan aku. Through ups and down. Tapi takdir mengatakan kami tak ada jodoh, aku berterus terang yang aku masih tak mampu buang kebimbangan yang aku akan menjadi beban pada dia. Everything fell apart. Alhamdulillah he's a married man and much more happy now. His wife, i can tell you, is helluva lucky woman.

Saturday, July 10, 2021

Incoming babies

Harini dah masuk PKP 3.0 Fasa 2 hari ke-enam. Kes baharu C19 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 9,180 kes. Aku sejujurnya dah lama lost dan teramat pasrah. Oleh kerana itu, aku takmau cerita panjang berkaitan C19. Aku cuma nak ajak pembaca blog aku (kenapa rasa kelakar, manada sapa tau aku ada blog pun) untuk sama-sama berdoa C19 ni cepat berlalu. 

Harini aku jalan-jalan shopi cari baju newborn baby. Kawan aku Ezreen due date September, sama bulan dengan kakak aku. Tadi petang beliau mesej aku, sempat aku tanyakan persiapan nak bersalin ni. Katanya tak banyak sempat beli sebelum PKP3.0 lockdown. Kedai baju pulak bukan kategori essential service. Takkan nak jahit sendiri pulak kan? Beliau tu kalau jahit butang baju pun aku kurang yakin. Maka aku terus mesej adik aku kalau baju anak buah aku yang lama-lama masih ada. Alhamdulillah ada rezeki nampaknya. Cuma kena tunggu fasa boleh merentas daerah untuk aku collect dekat Taiping.

Lepas maghrib tadi mak aku telefon, dan bank-in duit untuk aku belikan baju baby Ezreen. Ezreen claim beliau adalah anak kesayangan mak aku, aku ni cuma picisan. Harey sungguh perangai. Tu yang aku berkeliaran di shopi cari baju budak. Dah lama rasanya tak beli baju untuk makhluk halfling ni, anak buah aku paling kecik pun dah 2 tahun lebih. Seronok layan adrenaline beli baju baby. 

Thursday, July 1, 2021

PKP 3rd Trilogy : Return of The MCO 3.0

Harini dah masuk hari kedua lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Semalam (29.06.2021) mencatatkan jumlah kes 6,437. Untuk aku, seorang rakyat marhaen, jauh di sudut hati, situasi sekarang merisaukan aku. Aku yakin aku tak berseorangan. Untuk mencapai 3 indikator utama bagi PKP 3.0 ni menginjak Fasa Kedua yang membuka kelonggaran kepada beberapa industri untuk kembali bernafas juga masih samar-samar. Belum nampak cahaya di hujung terowong. Semoga kita semua terus dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk menempuh hati-hari yang mencabar ini. Duduk rumah, jaga diri dan scroll la apa-apa yang ada dekat handphone tu kalau boring.

Oleh kerana aku spend masa berPKP di rumah kakak aku, jadinya rutin harian berbeza la dari sewaktu PKP 1.0 dan PKP 2.0 aku di rumah sewa. Biasanya lepas subuh, antara dua; bangun dan turun tengok dapur atau tidur balik. Hahahaha.... Tapi selalunya jam 8.30 pagi ke 9.00 pagi tu aku akan ada di dapur la. Kemas dapur mana yang perlu dan siapkan meja untuk sarapan. Abang ipar aku akan beli sarapan di luar je. Menunya kalau tak nasi lemak, mesti roti canai. Sampai akhir-akhir ni aku tengok anak buah aku pun boring dah. Kadang-kadang tak jamah sikit pun. jadi terpaksalah makteh ni makan nasi lemak sampai dua bungkus. Ehem.

Lepas sarapan aku akan naik bilik, mandi dan kemudian buka laptop. Buat la apa nak buat. Biasanya akan ada selingan di mana aku akan buat aktiviti construction, samada bina hotel atau rumah. Ketinggian binaan bergantung kepada arahan pengurus projek. Arahan pengurus projek pula bergantung kepada mood dia. Kalau pengurus projek belum sarapan, mood dia down sikit, jadinya binaan kemungkinan besar cuma satu tingkat je. Kalau mood pengurus projek ada baik, binaan dia boleh jadi hybrid hotel+rumah. Nasib baik lego je. kalau tidak, master builder China pun boleh termenung 40 hari 40 malam. Ok la tu, seronok juga layan imaginasi budah 6 tahun.

Dalam antara jam 11 tengah hari ke 12 tengah hari tu aku akan ke dapur la jadi pembantu dapur, potong bawang ke, siang ikan ke, udang ke, sotong ke, ayam ke, sayur ke dan macam-macam lagi lah. Dah prepare barang aku akan tinggalkan je untuk master chef a.k.a kakak aku masak. Master chef akan masak main dish je. Side dish ikut suka aku la. Itupun kalau dia nak masak la. Kalau dia tak sihat ke, malas ke, dia akan bagi arahan aku take over A to Z.

Sementara kakak aku masak aku akan settlekan kain baju pula. Dari basuh kain hinggalah lipat kain, di bawah jurisdiction aku. Part ni aku paling suka. Apasal tah orang kata lipat kain tak best. Kalau tanya aku, aktiviti ni la paling enjoyable. Sebab boleh dilaksanakan sambil dengar lagu, atau layan yutiup. Dah settle baju, boleh continue kerja sendiri.

6 petang aku akan turun semula kemas meja, ready untuk makan malam. orang dalam rumah ni tak cerewet, makan lauk lebih siang tadi je. Paling-paling pun, tambah ikan goreng atau telur dadar. Makan malam pun selalunya lewat, dalam jam 9 ke 10 malam. Simple kan family kakak aku? Aku sebenarnya konpius, diorang ni dah takde mood nak makan ke? Anak buah aku pun jarang-jarang request nak makan itu ini. Request paling hebat aku pernah dengar ialah maggi goreng. Hadeh.

Lepas makan malam tu aku akan spend masa untuk rehat, kemas baju aku, mandi dan ready untuk tidur. Well, itulah lebih kurang aktiviti aku sepanjang PKP. Rasa macam training jadi suri rumah pun ye jugak. Uruskan hal rumah setakat ni aku dah biasa, tak ada masalah. Masa aku duduk ampang pun, hal-hal rumah ni kebanyakannya aku yang settlekan. Mak aku cuma tolong masak je. Kain baju, kemas rumah semua bak kata orang Manong, 'consider it done' lah. 

Aku tak berapa hebat masak memasak ni. Setakat ilmu cukup-cukup makan je. Dish biasa tu boleh la, yang extravaganza, aku kena menuntut lebih lagi. Tapi takkan mati tak makan, kalau tinggal sorang tu hidup je. Kadang-kadang anak buah aku komen, sedap la makteh. Budak-budak kan mana pandai menipu. Kehkeh.. Ya Allah Ya Tuhanku, semoga aku jumpa suami yang terima masakan aku seadanya. Atau kahwin dengan chef. Aminn. Heheh..

Boring kan rutin aku. Tulah, kadang-kadang rasa nak mogok tukar rutin gak. Tapi tulah, malas juga. Hahahahhahah.. Roy..roy..