Friday, February 19, 2021

Kemalangan 17.12.2020

Assalamualaikum..

Kurang lebih sudah 2 bulan berlalu sejak aku langgar kereta orang. Alhamdulillah, 'ala kulli haal kereta telah berfungsi sewajarnya sehingga hari ini.

Ya, ianya mengejutkan aku memandangkan sejak hari pertama aku pegang stereng kereta, inilah kali pertama aku melanggar kereta orang (curb jalan tak kira ea). Alkisahnya aku dalam perjalanan nak ke tapak pembinaan di Kampar. Aku keluar dari pejabat dalam pukul 11.00a.m. lebih, kemudian singgah di showroom supplier di Jalan Pasir Puteh untuk ambil sample barang binaan dan berhasrat untuk terus ke tapak projek.

Beberapa minit sebelum kejadian aku sempat bercakap dengan designer untuk projek freelance aku berkenaan kerja cat. Selepas hang up the call kepala aku dah macam spaghetti junction. Macam-macam aku pikir, pilih warna cat dari sample catalogue, plan nak contact supplier mana, bila nak hantar site, bila nak bawa pekerja masuk dan yada yada yada.

Come on, admit that bila kita dah lama pegang stereng, kita memandu ni jadi macam autopilot. Entah macam mana, minda aku terlalu drifted away dan aku tak perasan kereta depan mula tekan break. It was near traffic light, aku ingat dia lepas, dan aku ingat bila dia lepas, aku pun akan lepas. Mana aku nak tau suddenly dia tukar fikiran dan decided to break saat akhir. Masa ni aku well known tayar kereta aku bunga dah nipis. Dah lama ayat nak pergi tukar tayar tu meniti di bibir tapi tak pergi-pergi jugak, sebab months during this time aku memang betul-betul sibuk. Betul-betul sehari sebelum kejadian mak aku ada telefon dan tanya tayar dah tukar belum? Oleh kerana aku malas nak drag the conversation, aku bagitahu beliau yang aku dah tukar. Moralnya ialah jangan tipu mak =P

The moment aku henyak break sampai ke lantai tu aku dah tau aku takkan sempat elak, lane kiri kanan ada kereta. Aku tau aku takkan dapat elak, aku cuma boleh reduce the momentum. Dan bang!! it goes. Aku nampak asap/wap keluar, aku jangka dari radiator. Maka aku terus matikan enjin. Keluar dari kereta. Ada sorang brader ni naik motor remind aku ambil barang penting dan terus keluar, jangan duduk dekat dengan kereta sebab jalan tu jalan besar, kereta laju. Guess whatt? aku grab telefon, bukak bonet kereta ambil laptop. Aku yang cerdik pandai ni pergi tinggalkan wallet elok dekat seat sebelah. Now you know my priority, laptop! Of course lah, semua kerja aku ada dalam tu. Gila nak tinggalkan.

Kereta depan yang aku sodok tu kereta Avanza mujur Persona hood depan rendah, Avanza bumper belakang tinggi. So the only part yang rosak kereta dia ialah bumper. Kereta aku radiator out, headlamp kiri kanan out. So maknanya mostly body part luar tu out la. Alhamdulillah.. Bateri ok, tangki minyak ok, belt dalam belt luar ok. 

Aku terus call emergency line masa tu dan dia cuma tanya ada casualty tak. Aku jawab tak ada. So operator tu arahkan aku report balai sahaja. Hence aku call insurance company request for towing. Half an hour later towing sampai dan aku setelkan semua di balai, kemudian hantar kereta ke bengkel panel Etiqa. Adoi bila pikir-pikir balik aku dah beberapa tahun NCD 55%. Tak apalah, lesson learnt. Masa aku tunggu tow truck tu ada la 2 orang brader berhenti dan tanya ok ke tak. Diorang datang sembang-sembang sekejap lepastu aku cakap aku confident aku boleh handle, then aku say thanks and suruh diorang gerak dulu. 

Masa brader tu tanya aku tak ada siapa-siapa boleh pick up aku ke atau aku boleh call? Otak aku jam. Tak ada satu orang pun yang aku yakin nak call. Takkan aku nak call kakak aku yang 40km away? And come on, kejadian tu mungkin hari rabu, tengah hari pukul 12.30, takkan aku expect kakak aku nak tinggalkan kerja untuk aku kan? Officemate aku confirm tengah sibuk kerja. So aku cuma bagitahu brader tu aku tak ada siapa-siapa tapi aku yakin aku boleh handle sendiri. Not that I was trying to put strong face, cuma aku memang betul-betul calm and collected time tu. Aku dah redha, aku take time untuk fikir, aku tak menangis atau gelabah, so overall aku memang ok. Bila dah OTW to bengkel baru aku call officemate untuk mintak tolong pick up aku sebab bengkel tu agak jauh dari pejabat.

Alhamdulillah kereta aku siap sepenuhnya dan dah collect pada 31.12.2020. namun demikian, sehingga hari ini aku tak bagitahu mak aku yang aku accident. Kehkeh. Malas nak bagi dia gelabah. As long as dah setel, cukuplah pada aku.

Jadi pesanan aku, jangan lupa tukar tayar bila sampai waktunya. Dan berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang.

See the damage on the front section? Luluh hati gue.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home