Sunday, May 20, 2012

Info Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Syria Anjuran Muslim Care Malaysia.



Alhamdulillah, berkat sokongan dan kerjasama Tuan/Puan, sukacita dimaklumkan, Deligasi Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Syria Anjuran Muslim Care Malaysia melalui Turki, dari 12hb. hingga 16hb. Mei 2012, telah selamat kembali ke Tanah air pada jam 7.00 pagi 17hb. Mei 2012 yang lalu, dengan kejayaan melaksanakan matlamat utama yang disasarkan.

Matlamat utama misi ini adalah:

1. Berjaya melakukan penyerahan sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM 210,000.00 kepada Rakyat.

2. Menziarah dan melihat sendiri mangsa2 kezaliman dan kekejaman tentera2 kerajaan Syria di bawah pimpinan Bashar.

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, selain daripada matlamat di atas, misi ini juga berjaya mencapai beberapa matlamat tambahan yang dapat member impak yang besar kepada gerakerja amal yang akan datang.

Secara keseluruhan, antara kejayaan yang berjaya dicapai adalah:

1. Berjaya melakukan penyerahan sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM 210,000.00 kepada Rakyat Syria melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan Syria iaitu NGO Higher Commission For Syrian Relief yang berpejabat di Istanbul, Turki.

2. Berjaya bertemu Ketua Ulama’ Syria yang berada dalam buang di Negara Turki, iaitu Al-Fadhil Sheikh Muhammad Ali Alsabouni serta beramah mesra dan mendengar tazkirah dan pandangan beliau sendiri berhubung pengolakkan yang berlaku di Bumi Syam.

3. Menziarahi dan melihat sendiri keadaan mangsa2 kekejaman dan kezaliman tentera2 Bashar dan Kerajaan Syria di Hospital2 dan Pusat2 Pelindungan yang ditempatkan di Bandar Istanbul dan juga di Bandar Antalya, Turki berhampiran Sempadan Syria disamping mendengar taklimat berhubung bagaimana Pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief melaksanakan usaha2 mereka mengurus krisis dan pergolakkan yang berlaku.

4. Mengadakan pertemuan dengan NGO Turki, Istanbul Foundation For Science And Culture, yang mempunyai keahlian hampir setengah juta. Di sini, kami berpeluang bertukar2 pandangan disamping mengadakan perbincangan untuk bekerjasama bagi menjayakan Pembangunan Masjid di KhanYounnis, Gaza, Palestina, sepertimana yang sedang diusahakan oleh pihak kami, Muslim Care.

5. Atas usaha dan perancangan pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief, deligasi Muslim Care Malaysia diberi kesempatan menziarahi beberapa tempat bersejarah peninggalan Pemerintahan Kerajaan Islam di zaman Empayar Uthmaniyyah, yang mana secara tidak langsung memberi sedikit sebanyak maklumat kepada deligasi misi tentang sejarah Islam di Turki.

Berlaku sedikit keralatan dikalangan kami, deligasi Muslim Care yang terdiri daripada Hj Mat Arifin Ismail selaku Ketua Misi, Dr. Kamaruzaman Yusof, Ustaz Md. Nazmi Abd. Karim, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani, Ustaz Riduan Md. Nor, Hj. Zulkifli Wahijan, Ilyas Alaydrus (Wakil Muslim Care UK/Ireland) dan saya sendiri kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menziarah khemah pelarian Syria di Sempadan Turki dan Syria.

Pembatalan ini terpaksa dilakukan setelah mengambilkira keadaan dan suasana khemah tersebut di mana tahap tekanan dan trauma yang dialami oleh kumpulan pelarian tersebut terlalu tinggi, dikhuatiri akan menjadi lebih gawat dengan kehadiran orang asing seperti kami.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pengalaman yang kami alami semasa menziarahi mangsa2 kekejaman di Hospital di Istanbul, dimana berlaku perbalahan dikalangan mangsa tersebut bilamana masing2 cuba menceritakan pengalaman duka mereka.

Apapun, kami deligasi yang menyertai misi ini serta ahli2 Muslim Care, ingin menzahir ucapan setinggi2 terima kasih atas sokongan dan perhatian tuan/puan dalam membantu kami menjayakan misi ini.

Kami juga ingin menyampaikan salam penghargaan daripada pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief yang dipimpin oleh Ketua Ulama Syria, Al-Fadhil Sheikh Muhammad Ali Alsabouni serta anak beliau Saudara Ahmad Alsabouni atas sikap keperhatinan dan simpati yang ditunjuk oleh rakyat Malaysia kepada mereka.

Bagaimanapun, perlu ditekan, selagimana krisis dan pergolakkan di Syria belum berakhir, maka sumbangan dan perhatian serta doa daripada tuan/puan akan terus diharap dan dipohon bagi kita meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh Rakyat Syria disamping mengharap turunnya bantuan Allah swt bagi memenangkan pihak yang ingin memperjuangkan Islam.

Untuk itu, kepada yang ingin menderma bolehlah menyumbang melalui Akaun kami di Bank RHB, No. Akaun: 26-2120-0000-4747 atas nama Muslim Care. Mohon maklumkan sumbangan tuan/puan dengan smskan info sumbangan ke no. Bendahari kami Hj Zulkifli Wahijan : 013-367-2260, untuk tindakan susulan kami.

Akhirkalam, terima kasih atas sokongan dan bantuan. Yang baik dari Allah SWT. Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan. Wassalam.

Yang Menjalankan Amanah,
Bagi Pihak Muslim Care Malaysia
Ketua Setiausaha Muslim Care


Sumber: Facebook Ketua Setiausaha Muslim Care Malaysia, En. Zakaria Latif

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home