Wednesday, January 11, 2012

Maahad Tahfiz Muslim Care (MTMC)



Assalamualaikum

Merujuk kepada tajuk entry di atas. Satu badan NGO Muslim Care sedang mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Muslim Care.

Lokasi:
Tahfiz ini terletak di Lembah Beringin, Kuala Kubu Baru, Selangor. jarak perjalanan lebih kurang satu jam dari Shah Alam (tak berapa sure sebab tertidur dalam kereta sewaktu perjalanan :P). Bangunan asal merupakan sebuah rumah banglo kepunyaan Haji S dan Hajah R (mereka mohon agar tak diwar-warkan pemiliknya). Tuan rumah meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab untuk menubuhkan tahfiz ini kepada pihak Muslim Care. Kawasan tersebut agak sunyi dan isolated dari kesibukan kota. Jadi amat sesuailah untuk menjadi kediaman anak-anak yang akan menuntut ilmu di sini. Memandangkan masjid besar juga agak jauh, jadi kami meletakkan harapan yang besar agar rumah tahfiz ini bakal menjadi tumpuan bagi anak kariah terdekat untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah sekaligus bertindak sebaai taman-taman ilmu.

Pembangunan:
Banglo ini akan dibaik-pulih di bahagian dalam dan luar untuk kesesuaian tahfiz. Mempunyai kawasan porch dan halaman belakang yang luas untuk dijadikan ruang riadah.

ruang tamu - sebagai ruang solat umum, juga dijadikan ruang kuliah
3 bilik tidur tingkat atas - akan dijadikan asrama untuk 20 pelajar tahfiz
1 bilik tidur tingkat bawah - akan dijadikan pejabat tahfiz
verandah - dijadikan ruang membaca terbuka
dapur - untuk pelajar tahfiz sepenuhnya.
*maklumat lengkap boleh rujuk flyers

Pelajar:
Setakat ini 15 orang pelajar telah dikenalpasti untuk diserapkan ke MTMC. Kesemua pelajar tersebut dibawa dari kawasan pedalaman Sabah/Sarawak. Yang mana kesemuanya berasal dari keluarga kelas pertengahan dan keluarga miskin. Idea ini tercetus dari beberapa misi dakwah Muslim Care ke kawasan pedalaman Sabah/Sarawak yang mana kami dapati kedudukan Islam masih belum kukuh dan benar-benar difahami. Jadi Muslim Care merangka pelan jangka panjang dalam mendidik masyarakat ini. Adalah menjadi harapan kami agar anak-anak yang tamat pengajian di institusi ini akan membawa pulang ilmu dan kepakaran mereka untuk disumbangkan ke kampung halaman masing-masing.

Wahai sahabat dan kerabat,
Kami amat berharap agar usaha kerdil ini dapat diraikan bersama dalam kita mentarbiyah diri sendiri dan masyarakat di sekeliling kita. Kami akui akan ada kelemahan dan kekurangan dalam kerja-kerja ini, jadi kami amatlah berbesar hati kiranya tuan-tuan dapat berkongsi idea/ilmu/pengalaman dalam menjayakan hasrat yang terpendam lama ni.

Andai ada kemampuan di pihak tuan, sudilah kiranya menghulurkan sumbangan ke:

RHB atas nama 'Muslim Care'
No. Akaun: 26 2120 0000 4747

Tuan-tuan juga boleh:
  • Mengambil bahagian dalam mana-mana jenis penajaan (rujuk flyers)
  • Menyumbang dengan membeli sijil wakaf (boleh hubungi saya di blog ini)
  • Memberi sumbangan persendirian atau dari perniagaan anda mengikut keselesaan sendiri.
  • Memperkenalkan kami kepada ahli-ahli perniagaan, yayasan, individu atau kenalan anda yang cenderung menyumbang kepada kerja-kerja Islam
  • Membantu untuk menyebarkan flyers di pejabat, masjid, surau, syarikat atau individu tertentu.
  • Membantu mengiklankan MTMC dalam publikasi syarikat, persatuan, koperasi, akhbar atau mana-mana media samada elektronik, cetak, internet seperti blog, website dan lain-lain lagi
  • Mendoakan kami supaya istiqomah dan diberi kemudahan oleh Allah s.w.t sehingga tercapai objektif dan harapan kami
p/s: sudi-sudikanlah klik flyers dan lihat detail-detailnya :) please

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda : “Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya“
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

*entry ini akan di-update dari masa ke semasa sekiranya perlu

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home