3 khabar gembira
*bergembiralah kerana Allah bersama-sama dengan kamu
Assalamualaikum
khabar gembira memang tiap hari sampai untuk kita. celik mata di pagi hari adalah berita gembira, sampailah pejam mata di malam hari. di antara waktu itu adalah janji kita pada Pencipta sekalian makhluk. hidup dan mati adalah untuk-Nya.
khabar pertama: penyatuan dua hati kakanda kesayangan saya, Masdiana Abd. Samad (merangkap kakak usrah yang penyabar, jam loceng tahajud di sepertiga malam, reminder saya tentang tujuan hidup berjalan di muka bumi) bersama jodoh yang tertulis untuknya, saudara Aminuddin.
"Semoga Allah s.w.t mengurniakan seindah-indah barakah buat kakanda tercinta. Moga kekal jodoh sampai ke surga. Moga dikurnia anak cucu cicit dan kerabat yang soleh dan solehah yang bakal menjadi khalifah agung di bumi ALLAH. InsyaAllah"
khabar kedua: selamat hari lahir buat ibu tercinta. ibu yang menjadi pintu surga anak ini. berbahagialah ibu! kerana ada berita gembira dari Allah buatmu. and Allah knows how much i love and thankful to you.
Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman laki-laki dan perempuan, betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan kepada mereka), "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian itulah kemenangan yang agung"
[Al-Hadid, 57:12]
kahabar ketiga: hari lahir seorang sahabat jauh. selamat hari lahir juga. sejujurnya saya amat mengagumi semangat beliau dalam jalan juangnya. beliau pada saya boleh diibaratkan umpama permata yang menyinar di kalangan kaca yang berlumpur. seorang mujahid setia yang tak pernah putus dari bibir dan jari-jemarinya pesanan dan peringatan buat saudara islam tercinta. satu insan yang peribadinya penambat hati, penyejuk jiwa manusia di sekelilingnya.
"Selamat hari lahir, moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan selalu. moga usia yang dikurniakan ini akan terus dimanfaatkan malah lebih baik dari sebelumnya sebagai mujahid setia di jalan Allah. doa dari diri ini akan menjadi peneman perjuangannya. InsyaALLAH. Allah bersama-sama dengan kita"
dan buat semua insan kesayangan di atas:
"Maka bersabarlah engkau (Muhammad), sungguh, janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan engkau"
[Ar-Rum, 30:60]
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home