Sunday, August 28, 2011

salam eidulfitry

*ini gambar rompak dari pakcik gugel*
assalamualaikum
ya aidilfitri sengaja dieja eidulfitry supaya nampak up-to-date-punya-orang.
buat ahli keluarga, saudara-mara, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga, dan semua warga muslim sekalian
Ramadhan 1432H telah pun hampir berlalu pergi meninggalkan kita. memetik kata-kata sahabat saya, Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dan bulan kursus bagi muslimin dan muslimat sekalian. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperkukuh benteng diri dan menundukkan nafsu. Ramadhan adalah bekalan kita untuk mengharungi 11 bulan yang lain.
Syawal kini hampir tiba, menandakan ujian kita akan bermula. samada kecundang atau cemerlang. marilah kita sama-sama berdoa agar diperhebat iman dan amal. sama-sama kita bawa semangat Ramadhan pada hari-hari mendatang.
dengan ini, saya memohon ampun atas segala salah dan silap, terkurang atau terlebih, tersengaja atau tak sengaja. tiada manusia terlepas dari melakukan kesilapan. beban yang paling besar pada hari akhirat nanti adalah dosa dengan manusia lain. selagi tidak diampuni, selagi itu syurga umpama mimpi dan sukar untuk dimasuki. maka selagi masih dikurnia nikmat nyawa dan nafas, saya dengan rendah dirinya sekali lagi memohon ampun dan maaf.
sesungguhnya Ya Allah, hidupku dan matiku adalah kerana-Mu. mari kita hayati sebentar....
Dari Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah S.A.W datang dari daerah bukit. Ketika Baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah, Baginda masuk ke masjid lalu bersolat dua rakaat. Kami solat pula bersama-sama dengan Baginda. Baginda (kemudiannya) berdoa kepada Allah Taala begitu panjang sekali. Setelah berdoa,, Baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: "Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia (Allah) memperkenankan hanya dua perkara (sahaja) dan menolak satu perkara. "Aku memohon kepada Tuhan supaya janganlah membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang maka (doa itu) diperkenankan (oleh Allah). "Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau Raja Firaun bersama tenteranya yang ditenggelamkan di lautan), maka permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. "(Tetapi apabila) aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan (pergaduhan atau peperangan) sesama mereka (dan) permohonan ini tidak diperkenankan (oleh Allah Taala)." - (Hadis bilangan 2464 riwayat Muslim)
moga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang sombong di muka bumi Allah.
selamat bercuti. untuk yang memandu, pandu berhati-hati. makan beragak-agak sikit. ibadah musti dijaga ok? sebab Allah sayang kita. jadi kita kena sayang semua kurniaan-Nya.
Salam eidulfitri. nah hadiah untuk korang. saya anyam sendiri tadi =) *lenguh jari jemari yang halus mulus ni kehkehkeh

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home