The Halfling
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ni, aku decided untuk menyibuk di rumah kakak aku, dalam negeri yang sama tapi daerah lain. Tak jauh pun, 35km je jaraknya. Well, sebenarnya aku dah menumpang kasih di rumah kakak aku since 2 hari sebelum raya haritu. Oleh kerana Raya + PKP.30 maka terdamparlah aku di sini.
Anak kakak aku ada 3 ketul, aku panggil diorang halfling hahahaha sebab semua ketot-ketot. Tapi halfling paling kecik, kita namakan beliau H3, yang paling suka ikut aku kemana saja aku pergi. sudah serupa bayang-bayang aku. Aku dalam bilik, dia dalam bilik. aku turun makan dia turun makan, hatta aku sidai baju pun dialah assistant aku.
Definitely gonna miss her bila PKP habis nanti. Terisi jugalah kekosongan aku dengan mulut becok dia. kadang-kadang aku suka tanya H3 "Tak penat ke bercakap tak berhenti?" dia selalu taken aback bila aku tanya macam tu. So, dia diam sekejap, ada la dalam 5 minit, lepas tu resume being becok!
Biasanya kakak aku bangun pagi dia ikut bangun sekali, pukul 8.30 aku akan dengar dia buka pintu bilik dan her usual greeting "Hi makteh. Makteh dah bangun?" Dan dia akan proceed main lego sebelah aku. Aku bertugas sebagai tukang dismantle hasil binaan dia yang sebelumnya. Setiap hari akan ada karya baru. Kadang-kadang aku letih aku akan cakap "kalau saya tolong awak bukak lego, lego ni jadi saya punya" hahahaha.
H3 selalu main lego sambil zikir "hasbi rabbi jallallah.......". Dan kadang2 datang temper dia bengang lego tak melekat, dia akan bising. Maka aku ajar dia untuk bersabar. Bagaimana? tiap kali marah, letak tangan di dada, pejamkan mata, dan bisik pada diri "sabar...". hahahahha. Sila bayangkan budak tadika practice anger management macam tu. Terhibur aku
Kalau aku mandi kadang-kadang aman damai, kadang-kadang macam dalam kantor polisi.
"Makteh tengah buat apa? Gosok gigi ke?"
"Kenapa tak ada bunyi air?"
"Makteh syampu ke harini?"
"Wangi tak sabun rumah saya?"
"Makteh tengah gosok gigi atas ke bawah?"
"Kenapa makteh tak jawab?"
"Lama lagi ke makteh mandi?"
Ada sekali tu aku malas nak jawab, aku reply "Makteh tengah berak". Ingatkan dia akan senyap. Sekali dia tanya "Makteh berak banyak ke?" "Semua sekali ada berapa?" "Makteh berak warna apa?"
Aku dah separuh nyawa tahan gelak. Aku reply "Warna coklat". Dia jawab "Eh samalah dengan saya!"
Adoi... jem otak aku.
Dahlah kena jawab banyak soalan, kena post mortem berak pulak. Bukan itu sahaja, aku yang dalam toilet ni kena tasmi' pulak alif ba ta dia. "Betul ke saya baca makteh?" Lu rasa?
Kalau aku sidai baju lain pulak cerita dia. "Ini baju saya" "Itu baju abah" "Baju kakak cantik ke?" "Yang ini spender angah" "Kenapa makteh asyik pakai baju sama?"
Biasanya aku hanya reply "Jangan cakap kuat-kuat, habis semua jiran tau nanti" dan biarkan dia continue soalan cepu-cemas dia dalam nada berbisik.
Kalau aku tengah lipat baju, dekat mana aku nak tebar baju dekat situlah dia nak duduk.
Aku definitely akan rindu H3 bila PKP tamat nanti dan bila dia dah besar. Aku wish untuk ingat semua memori ni, hence, aku abadikan dalam satu entri. Aku pasti akan tersenyum biarpun berapa lamanya masa berlalu.
Sincerely, makteh yang letih!