Media (Medium) Untuk Bersosial
Facebook. Instagram. Twitter.
Aku consider diri aku seorang makhluk 21st century homosapien yang berada di paras normal. Aku memiliki akaun media sosial yang majority semua orang ada, tapi tak terlalu media social oriented yang sampai segala mak nenek Tik Tok Snapchat etc pun nak sapu bersih.
Secara peribadinya, aku paling aktif di Twitter. Kerana Twitter agak lebih 'sunyi' bagi aku. Tak crowded dengan maklumat yang tak relevan. Tak crowded dengan friends and family. Ianya seolah my personal bubble kecil. Sehingga entry ini ditulis, aku cuma follow 29 akaun dan di-follow 7 ketul manusia. Aku pun pelik apasal ada orang nak follow aku. Bukan ada apa pun. Mostly aku cuma follow beberapa orang public figure atau influencer yang banyak berkongsi ilmu terutamanya penulis-penulis di bawah The Patriots. Mereka ni banyak share dan beri kupasan peribadi berkaitan isu-isu semasa dan bidang kepakaran mereka. Bebenang yang diorang pin dekat wall diorang pun aku belum habis baca. Terlalu banyak dan bermanfaat. Aku juga follow beberapa website KPOP untuk tahu mana-mana upcoming drama baru. Biasanya aku baca komen je. Tak klik pun artikel, malas. Di Twitter juga banyak aku kongsikan gambar peribadi yang aku tidak kongsi di mana-mana platform media sosial yang lain.
Instagram pula aku akan lalu-lalang tengok update orang lain jela. Aku cuma follow beberapa public figure, akaun rasmi tentera, akaun yang berkaitan WWII (American side, German side, etc), dan kedai buku. kesemua tu adalah minat dan hobi aku. Update aku di instagram pun 90% daripadanya berkisar tentang buku yang aku baru beli, baru baca, bacaan semula, atau buku yang aku aim nak beli. Tapi aku suka lalu-lalang di Instagram sebab ada banyak quote yang syahdu untuk layan jiwa. Hahahaha. Aku tidak sama sekali follow influencer atau akaun-akaun paid review ni. Bukan minat aku. Aku maklum ada sesetengah orang follow influencer atau akaun paid review ni samada sebab model tu kacak atau cantik. Cuci mata la katakan. Aku tak faham, tapi aku maklum kita masing-masing ada minat sendiri. Instagram juga adalah tempat yang best untuk follow artis. Tapi boleh kira la berapa banyak je pun artis yang aku follow, salah sorangnya ialah Kim So Hyun. Aku suka beliau dan aku follow banyak drama beliau.