rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

tolonglah CUBA bayar hutang

Assalamualaikum.
(google)

Kalau hari ini kawan kita hutang kita, dan keesokan harinya dia beli beg Chanel harga dua ribu, tak ke rasa nak capai senduk dan ketuk kepala dia?

kalau hari ini kawan kita hutang kita, dan keesokan harinya dia update instagram gambar tiket penerbangan untuk satu percutian indah di Osaka dengan iringan bunga-bunga sakura, tak ke rasa nak pijak kaki dia guna kasut tumit tinggi?

sebab kawan kita hutang kitalah, kita (almost) hari-hari makan nasik goreng kosong, tidakkah kita tertanya-tanya kenapa dia berhutang di tempat pertama (in the first place)?

sebab kawan kita hutang kitalah, malam-malam kita merenung siling sambil mengira-ngira samada nak upgrade mp3 2G kepada 3G atau tidak, tidakkah kita tertanya-tanya kenapa dia berhutang di tempat pertama (in the first place)?

kalau berhutang, sekurang-kurangnya CUBAlah langsaikan. cuba disini dalam erti kata lainnya 'kalau berhutang, buat cara berhutang' kikislah naluri-naluri boros dalam diri.

sekian, mukadimah.

kalau hari ini kita beria-ia memohon Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa kita yang segabak alam semesta, dan keesokan harinya kita masih solat zohor pukul 4.05 p.m, tidakkah kita ini seorang penghutang yang harus diketuk kepala ataupun dipijak kakinya dengan kasut tumit tinggi? barangkali lebih lagi.

maka, kalau berhutang, sekurang-kurangnya CUBAlah langsaikan. jangan dah tahu subuh habis awal, pukul 6.45 baru nak kunci jam. tolong simpan sikit kebodohan itu untuk masa hadapan.

AWAS bila ber'hutang'. takut tak sempat 'bayar' nyawa melayang. bimbang tak merasa kubur terang benderang.

Like Rain, Like Music

assalamualaikum...


It's been a while.

Rain
Music
The two things i like the most
Also the two things i can't control

I have fallen into a deep thoughts
Which i do not have the answer
To all the question. Bother

I made a speech
In my mind
While my lips, stay the same

I sent a text
To my loves one
Nobody replied
Please don't
Because i don't even know
Where to even begin

Rain
Music
Happen just like now
And i don't even know how

Oh ALLAH...
Forgive me