rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

hek eleh. itu je?


assalamualaikum

wahh melayari minggu pertama sebagai seorang student yang tak macam student. susah la jugak nak adapt life baru setelah 2 tahun bekerja. fuhh =.="

bila hadapi sorang-sorang memang macam ni lah jadinya. sampai ter-lost dari dunia luar dan baru dengar berita tentang adik nadirah. takziah buat keluarga mangsa. tak ada tempat yang selamat dah sekarang. terus risau nak memandu seorang diri pulang dari kuliah. paling awal pun kuliah start pukul 6. berakhir pukul 11.30. dari shah alam lalu federal tembus ke tasik permaisuri untuk ke ampang paling kurang makan masa 45 minit. berdoa jelah moga ALLAH permudahkan perjalanan dan diiringi keselamatan. ameen

tadi sempat jumpa Datuk Bandar Shah Alam, Dato' Hj. Mohd. Jaafar b. Hj. Mohd Atan. setelah selesai beri talk kepada pelajar undergraduate, beliau sempat meluangkan satu slot bercerita dan bertanya secara heart to heart dengan pelajar postgraduate. sangat down to earth orangnya. nasihat dia pun buleh sentap hati mendengarnya.

terasa nak gelak sorang-sorang bila teringat balik soalan dari seorang pelajar semester 1 berkenaan men-develop night life di shah alam. selamber je beliau tembak balik dengan "kan ALLAH dah jadikan sepertiga hari untuk tidur, sepertiga lagi untuk ibadah dan sepertiga lagi untuk kerja dan mencari ilmu. manfaatkanlah malam untuk ibadah dan berehat (tidur). tapi kalau nak, kami boleh usahakan untuk jemput kumpulan-kumpulan nasyid. kalau nak wayang, karaoke atau hiburan, lupakanlah. duit yang mak ayah bagi tu manfaatkanlah untuk belajar. kami lebih fokus kepada aktiviti yang sihat. 31 mac ni akan ada acara berbasikal dan InsyaALLAH saya akan ada bersama" nice....bak kata aunty anne.

beliau tambah lagi "besar cabarannya jadi pelajar ni. jangan lupa jaga solat, mengaji setiap sehari, banyakkan berdoa, mohon restu ibu dan bapa, jaga hubungan baik dengan pensyarah" haruslah begitu kan. jangan time nak cari referee baru terhegeh-hegeh nak email, call, mesej lecturer. *terasa :P perjumpaan harini dengan beliau memang banyak mengingatkan perkara yang selama ini selalu dipandang remeh oleh pelajar. pelajar kan mudah lupa. hatta tarikh submit assignment pun buleh terbabas, inikan pula nasihat yang jarang diterima ye dok?

belog pun lama tak terupdate. rancak je tengok orang lain update status di facebook. topik hangat baru-baru ni; vanila coklat yang dah sampai ke penghujung, lisa surirumah dan yusri selamat diijabkabul dan berhoneymoon di europe, kes lembu-lembu dan macam-macam lagi. rata2 nak cerita pasal itu. tapi susah benar nak tengok anak-anak muda ni update keadaan terbaru di syria. ape cerita pembantaian di palestin? sudah lupakah? kadang-kadang bila kita bukak cerita tentang penindasan di negara timur tengah, mesti akan dapat respon ala-ala begini; "ohh pasal tu.. ada jugak aku dengar, tapi ape kes ea? ape yang berlaku? ada baca sikit-sikit tapi cam tak dapat tangkap la" kan? kan? aku pun dua kali lima macam tu jugak. kahkah

oleh itu raihana, hal dunia kita, dunia la jugak. hal beragama kena didahulukan. tak payah la nak share sangat benda-benda tak tentu arah. cuba update status facebook dengan benda bermanfaat. ini duk cerita lisa surirumah dengan yusri. siap yang rajin tu tepek gambar lagi. jangan lupa, saham dosa kita tanggung sama. kan ke elok share saham pahala. sama-sama untung. terpaksa nasihat diri sendiri. sebab aku kan pelajar yang pelupa. overdose semut. duhh. jadikan dunia ini umpama hamparan sejadah bak kata hilal asyraf.

lelah balik dari talk pun belum terlangsai. bye. nak pergi berehat. dan makan. dan mandi dan pelbagai lagi. btw, sungguh lagho entry ini. jangan dicontohi.

p/s: status facebook famous hari ini; vanila coklat episod last, sedey. as expected. lame. macam pakai template je semua orang