rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

24 perkara sebelum Izrail tiba

kehadapan tukang tulis, sila baca perkara-perkara berikut. jangan buat-buat tak nampak:

1. jangan tulis/share sesuatu di facebook/friendster yang akan menyebabkan kamu menyesal kelak. lebih baik berkongsi perkara berguna yang boleh membawa manfaat dunia akhirat. jangan sia-siakan teknologi. jangan buang masa share Maharaja Lawak. kerna kamulah yang melawakkan diri di hadapan ALLAH sebenarnya.

2. hargai orang yang menghargai kamu. Ya ALLAH, ampunilah dosa ibu bapa kami sepertimana kau ampuni dosa hamba-hamba-Mu yang terdahulu.

3. jangan merungut bila ditimpa musibah. ALLAH tahu apa yang kamu tidak tahu. belajarlah bersyukur dengan apa yang berlaku. langit berdiri tanpa tiang hanya dengan satu Nama dari Nama-Nama-Mu Ya ALLAH.

4. jaga solat. tambah nilai dengan solat-solat sunat. umur dah 24 takkan masih hanya nak solat 5 waktu 17 rakaat sahaja? malulah dengan Rabb yang mengurniakan 24 tahun kamu hidup di bumi kurniaan-Nya.

5. bantulah orang yang dalam kesusahan. ALLAH tidak mengurniakan rezki seluas alam ini untuk kamu seorang. jangan berlaku bongkak dan sombong. kerna tiada syurga buat orang-orang yang takabbur.

6. berdakwahlah. walaupun dengan darah nilainya.

7. dekatkanlah diri dengan majlis-majlis agama. kerna itu adalah taman-taman syurga. bergaullah dengan ulama'. carilah ilmu. kat youtube pun boleyyy.

8. jangan tutup aurat. tetapi jagalah aurat dalam pengertian yang sebenar. malulah memijak bumi ALLAH sedangkan kamu ingkar tuntutan-Nya. labuhkanlah tudung. longgarkanlah pakaianmu. kerna Islam itu agama dagang.

9. perbanyakkan diam. kurangkan perkara lagho (sia-sia).

10. menangislah kerana takutkan azab yang kamu tahu kamu tak akan mampu tanggung. berani buat, tapi berani tanggung? nauzubillah minzalik.

11. islam agama yang syumul. maka islamlah kamu dari setiap segi. jangan hanya islam pada nama.

12. berdoalah moga dikurniakan peluang menjejakkan kaki ke tanah suci ALLAH. perkenankanlah doa hamba-Mu ini Ya ALLAH.

13. semoga di antara jalan-jalan yang ditetapkan untukku, ada jalan untuk Kau pertemukan ak dengan lelaki yang berjuang di jalan-Mu Ya ALLAH.

14. pejamkanlah mataku dalam iman. bangkitkanlah aku dalam iman.

15. carilah rezeki yang halal. biar bercambah darah daging yang elok pekertinya.

16. perbanyakkan zikir. basahkan lidah dengan menyebut nama-nama ALLAH. bukan nama artis dan seth tan

18. jejakkanlah kaki ke bumi supaya kau tahu kemana kakimu melangkah. dongaklah ke langit supaya kau tahu batas akalmu.

19. mohonlah ampun dari orang-orang yang pernah kamu zalimi. maafkanlah kesalahan orang lain.

20. sumbat rohani dengan makanan-makanan dari tazkirah-tazkirah penghuni pejabat. jangan hanya tahu sumbat perut dengan makanan dari peti ais pejabat sahaja. huhh. btw, siapa rembat air mineral aku?

21. berilah dari tangan kanan. jangan biarkan tangan kiri tahu. *masuk tangan dalam poket*

22. buat kerja rajin-rajin. jangan berfacebook beryoutube aje. biarlah seimbang. nak jugak tu

23. taubat. taubat. taubat

24. kalau lupa, segera baca balik 23 perkara yang tertulis di atas. muhasabah muhasabah muhasabah. manusiakan azalinya pelupa.




Ya ALLAH Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah. aku berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas. aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang. amin. amin Ya Rabb.