rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

seoRang haMba

assalamualaikum

segala butir tulisan dan karangan tidak mewakili mana-mana pihak atau individu. hanyalah gambaran dari kaca mata tukang taip. jauh sekali untuk claim cuba berdakwah atau menunjuk jalan lurus. kerana tukang taip ni sendiri pun sengal-sengal ubi. ilmu pun cetek. akal pun tak berapa nak kompiden bila test IQ.

tukang taip cuma menaip kerana dia percaya iman manusia ni ada turun naiknya. jadi dia berharap segala apa yang ditulisnya ini akan menjadi tazkirah untuk dirinya semula apabila dalam keadaan down dan menangis teresak-esak di ceruk bilik.

kalau ada yang baik untuk dikongsikan, tukang taip merayu pada korang, silalah baca. kahkah. ya zaman sekarang benda baik kena merayu, benda jahat datang sendiri.

dek kerana halangan lapang masa, blog ini pun tak terupdate lincah. menjengah blog sahabat-sahabat juga terhad waktunya (tapi masih mengikuti). sampai dilabel sombong dek teman-teman. umpama ada empat saat sahaja berblog. satu saat log in. satu saat menaip. satu saat publish. dan satu saat log out. ampun

tukang taip sendiri rasa macam loser gila bila tak ada resepi memasak, tutorial pakai shawl, tutorial make-up, gambar-tangkap-sendiri, gambar-pantulan-cermin, gambar dalam toilet, gambar dari webcam, cerita jalan-jalan shopping complex, review wayang mahupun yang seangkatan itu dalam mana-mana entry beliau. kalau nak yang macam tu silalah ke blog gadis-gadis hot dan up-to-date di luar sana. blog ni memang boring. tukang taip terpaksa jujur. Tuhan marah orang tipu taww!