rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

KPOP and Malaysians

Assalamualaikum....

(from www.comicvine.com)


Dalam satu ke dua hari ni agak riuh rendah facebook twitter intagram dan sebagainya berkenaan isu gadis tanahair bersama Oppa-nya. pelbagai sindiran dan tohmahan. well, i find it funny cause you know, Malaysians ARE funny to begin with.

apa yang kelakarnya ialah, abang-abang yang menyindir itu adalah orang yang sama selalu upload gambar beliau dating dengan teman wanitanya. be it to a movie, theatre, or just hanging out. dalam pada itu, syukur Alhamdulillah insan-insan bernama lelaki ini nampak mahalnya harga seorang wanita yang dipeluk di atas pentas. tapi alangkah sempurnanya jika beliau nampak, anak gadis yang beliau usung kesana kemari itu juga punya maruah dan nilai yang sama. tak kurang juga kakak-kakak yang mengutuk, sambil menasihati, ayuh lah kita cermin diri sekali.

definitely we all agree the things had happen shouldn't be happen in the first place. jika kita lihat semula, yang di atas pentas itu anak remaja, muda, darahnya bergelora. kita yang abang dan kakak ini seharusnya jadi benteng memahami limit dan kadarnya. we judge them too hard that we didn't see our own mistake.

menegur ada adabnya. entah sejak bila budaya sindir menyindir kasar dan troll ini menjadi darah daging masyarakat kita yang nenek moyangnya terkenal menyindir penuh seni, penuh hemah. tapi ada benarnya juga kata seorang sahabat, lelaki tall, dark dan hensem juga ada di korea. hahahah... barangkali KJ belum pernah lihat Won Bin, Jo In Sung (ehem).

rumusannya, masyarakat kita sudah lama keliru dengan batas lelaki dan perempuan. di dalam drama, di kompleks membeli-belah, di taman-taman, di kampus-kampus. perkara yang sama berlaku tiap hari. tapi kita memilih untuk nampak pentas konsert yang datangnya ke Malaysia entah setahun sekali. jikalau ingin mendidik, ayuh kita sama mendidik. 360 darjah tanpa bias.


No comments:

Post a Comment