Monday, October 1, 2012

phnom penh

Assalamualaikum

please please please... nak pergi sangat

dah lama teringin. sejak zaman sekolah lagi.. have mercy please

:P

Sunday, August 12, 2012

menumpang kasih sayang orang

Assalamualaikum...
pagi ini [12082012] subuh-subuh lagi dah ke masjid negeri SSAAS sebagai sukarelawan untuk kutipan tabung bantuan kemanusiaan mangsa kekejaman konflik di Syria di bawah Muslim Care. dan yang lebih utama, sebagai tetamu di rumah ALLAH. ramai yang beriktikaf start dari sepuluh malam terakhir Ramadhan, Alhamdulillah. tua muda pakcik makcik bonda ayahanda adik abang kakak semua ada. hebat-hebat orang Shah Alam ni. 

kalau orang kata ramai remaja 'ber-reunion' berbuka puasa macam tak kenal Ramadhan, saya kata masih ramai remaja yang ada ruang dalam hatinya untuk cintakan rumah ALLAH,

kalau orang kata ramai makcik-makcik sibuk di dapur buat kuih raya, saya kata masih ramai makcik-makcik yang meluangkan masanya untuk memenuhi acuan Ramadhan,


gambar yang dirompak dari facebook Hj Razak, s/u Muslim Care: anak muda bergelimpangan iktikaf


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." 
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari. 

p/s: kadang-kadang kita lupa barangkali kerana masih ramai hamba-Nya yang taatlah, hukuman ALLAH masih tertangguh.

Wednesday, July 25, 2012

Masa berlari pantas, lebih pantas dari road-runner

Assalamualaikum

masih mencari nafas untuk selesa selepas kelam-kabut balik dari misi Muslim Care di Sarawak dua minggu lepas, then menyiapkan thesis proposal, kemudia kelmarin viva, kena reject!! oh tidaklah reject sangat, cuma kena narrowkan lagi scope. wuwuu~~ baru je ingat boleh berehat :P mengada kan kan kan

bulan puasa sepatutnya lebih produktif, jangan lemau sangat. harini Ramadhan ke 5, Alhamdulillah kita dipilih ALLAH untuk mengaut habuan Ramadhan kali ini. jadi ibadah perlu berganda! bagi yang masih mencari diri, carilah hinga bertemu makna hidup yang sebenarnya.

maaf atas setiap kekhilafan da keterlanjuran perbuatan atau perkataan yang menimbulkan rasa tidak senang hati kepada mana-mana pihak. samada dalam keadaan saya menyedarinya atau tidak. marilah kita melayari Ramadhan dengan hati yang bersih-sebersih-bersih-nya. ini yang dianjurkan Islam sekian lama:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada takwa. Dan janganlah kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.” [Surah al-Baqarah-237]

mari berjalan di laluan yang berduri di dalam gelap malam :)))

bulan julai-ogos-september-oktober memang asik berjalan je. lepas satu-satu. mana nak cari nafas (lebih risau, mana nak cekau duit) hahah kena kerja la jawabnya....

schedule yang padat

12 julai - 17 julai > samarahan-kuching, sarawak
31 ogos - 3 september > unimas-samarahan, sarawak (lagi)
6 september - 9 september > ho chi minh, vietnam
somewhere in oktober > chiang mai, thailand


dear AirAsia,


please revise your seat design. my neck still hurts :(


sincerely,
your valuable customer. haha

luckily ke sarawak untuk kali kedua bonda taja penerbangan bukan-AirAsia.

akhir kalam, selamat berpuasa dan jangan ponteng puasa.

Sunday, May 20, 2012

Info Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Syria Anjuran Muslim Care Malaysia.



Alhamdulillah, berkat sokongan dan kerjasama Tuan/Puan, sukacita dimaklumkan, Deligasi Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Syria Anjuran Muslim Care Malaysia melalui Turki, dari 12hb. hingga 16hb. Mei 2012, telah selamat kembali ke Tanah air pada jam 7.00 pagi 17hb. Mei 2012 yang lalu, dengan kejayaan melaksanakan matlamat utama yang disasarkan.

Matlamat utama misi ini adalah:

1. Berjaya melakukan penyerahan sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM 210,000.00 kepada Rakyat.

2. Menziarah dan melihat sendiri mangsa2 kezaliman dan kekejaman tentera2 kerajaan Syria di bawah pimpinan Bashar.

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah SWT, selain daripada matlamat di atas, misi ini juga berjaya mencapai beberapa matlamat tambahan yang dapat member impak yang besar kepada gerakerja amal yang akan datang.

Secara keseluruhan, antara kejayaan yang berjaya dicapai adalah:

1. Berjaya melakukan penyerahan sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak RM 210,000.00 kepada Rakyat Syria melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan Syria iaitu NGO Higher Commission For Syrian Relief yang berpejabat di Istanbul, Turki.

2. Berjaya bertemu Ketua Ulama’ Syria yang berada dalam buang di Negara Turki, iaitu Al-Fadhil Sheikh Muhammad Ali Alsabouni serta beramah mesra dan mendengar tazkirah dan pandangan beliau sendiri berhubung pengolakkan yang berlaku di Bumi Syam.

3. Menziarahi dan melihat sendiri keadaan mangsa2 kekejaman dan kezaliman tentera2 Bashar dan Kerajaan Syria di Hospital2 dan Pusat2 Pelindungan yang ditempatkan di Bandar Istanbul dan juga di Bandar Antalya, Turki berhampiran Sempadan Syria disamping mendengar taklimat berhubung bagaimana Pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief melaksanakan usaha2 mereka mengurus krisis dan pergolakkan yang berlaku.

4. Mengadakan pertemuan dengan NGO Turki, Istanbul Foundation For Science And Culture, yang mempunyai keahlian hampir setengah juta. Di sini, kami berpeluang bertukar2 pandangan disamping mengadakan perbincangan untuk bekerjasama bagi menjayakan Pembangunan Masjid di KhanYounnis, Gaza, Palestina, sepertimana yang sedang diusahakan oleh pihak kami, Muslim Care.

5. Atas usaha dan perancangan pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief, deligasi Muslim Care Malaysia diberi kesempatan menziarahi beberapa tempat bersejarah peninggalan Pemerintahan Kerajaan Islam di zaman Empayar Uthmaniyyah, yang mana secara tidak langsung memberi sedikit sebanyak maklumat kepada deligasi misi tentang sejarah Islam di Turki.

Berlaku sedikit keralatan dikalangan kami, deligasi Muslim Care yang terdiri daripada Hj Mat Arifin Ismail selaku Ketua Misi, Dr. Kamaruzaman Yusof, Ustaz Md. Nazmi Abd. Karim, Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani, Ustaz Riduan Md. Nor, Hj. Zulkifli Wahijan, Ilyas Alaydrus (Wakil Muslim Care UK/Ireland) dan saya sendiri kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menziarah khemah pelarian Syria di Sempadan Turki dan Syria.

Pembatalan ini terpaksa dilakukan setelah mengambilkira keadaan dan suasana khemah tersebut di mana tahap tekanan dan trauma yang dialami oleh kumpulan pelarian tersebut terlalu tinggi, dikhuatiri akan menjadi lebih gawat dengan kehadiran orang asing seperti kami.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pengalaman yang kami alami semasa menziarahi mangsa2 kekejaman di Hospital di Istanbul, dimana berlaku perbalahan dikalangan mangsa tersebut bilamana masing2 cuba menceritakan pengalaman duka mereka.

Apapun, kami deligasi yang menyertai misi ini serta ahli2 Muslim Care, ingin menzahir ucapan setinggi2 terima kasih atas sokongan dan perhatian tuan/puan dalam membantu kami menjayakan misi ini.

Kami juga ingin menyampaikan salam penghargaan daripada pihak NGO Higher Commission For Syrian Relief yang dipimpin oleh Ketua Ulama Syria, Al-Fadhil Sheikh Muhammad Ali Alsabouni serta anak beliau Saudara Ahmad Alsabouni atas sikap keperhatinan dan simpati yang ditunjuk oleh rakyat Malaysia kepada mereka.

Bagaimanapun, perlu ditekan, selagimana krisis dan pergolakkan di Syria belum berakhir, maka sumbangan dan perhatian serta doa daripada tuan/puan akan terus diharap dan dipohon bagi kita meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh Rakyat Syria disamping mengharap turunnya bantuan Allah swt bagi memenangkan pihak yang ingin memperjuangkan Islam.

Untuk itu, kepada yang ingin menderma bolehlah menyumbang melalui Akaun kami di Bank RHB, No. Akaun: 26-2120-0000-4747 atas nama Muslim Care. Mohon maklumkan sumbangan tuan/puan dengan smskan info sumbangan ke no. Bendahari kami Hj Zulkifli Wahijan : 013-367-2260, untuk tindakan susulan kami.

Akhirkalam, terima kasih atas sokongan dan bantuan. Yang baik dari Allah SWT. Mohon maaf atas segala kelemahan dan kekurangan. Wassalam.

Yang Menjalankan Amanah,
Bagi Pihak Muslim Care Malaysia
Ketua Setiausaha Muslim Care


Sumber: Facebook Ketua Setiausaha Muslim Care Malaysia, En. Zakaria Latif

Sunday, May 13, 2012

konvokasi dan lain-lain

Assalamualaikum..

setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana masih diberi peluang bermusafir di bumi-Nya hingga ke saat entry ini tertulis.

banyak peristiwa, ujian, berita dan peringatan tak henti kunjung tiba dalam masa terdekat ini.

pertamanya, musim konvokesi sudah tibaaaaa.... UiTM aku tengok dah macam hutan belantara mengalahkan taman botani dengan bunga ntah mai mana tiba-tiba banyak tepi jalan. yang pentingnya, tahniah untuk sahabat-sahabat dan kesayangans yang mendapat scroll kali ini samada dari UiTM mahupun UTM. korang ohsem! manfaatkan ijazah di tangan untuk berbakti dan menjadi khalifah terbaik. 

"jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu" - La-Tas'aluni


eem's :) tahniah! (gambar hiasan)


keduanya, mohon sama-sama kita doakan team Muslim Care (klik sini) yang telahpun berangkat ke Turki Jumaat lalu atas misi bantuan bagi saudara kita yang menjadi mangsa kekejaman Basyar Assad di Syria. Kebanyakan individu yang terlibat merupakan insan yang amat saya kenali atas perjuangan mereka selama ini baik di peringkat negara mahupun antarabangsa. Perjuangan mereka marilah kita iringi dengan doa agar dipermudahkan urusan, disempurnakan tujuan, dilindungi keselamatan dan yang lebih penting, diredhai ALLAH S.W.T.


ketiganya, Al-fatihah untuk insan-insan yang telah kembali ke Rahmatullah. moga ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman dan beroleh keampunan. Kullun Nafsin Zaa Iqatul Maut. setiap yang hidup pasti akan menemui mati. sama-samalah kita persiapkan diri kerana masa kita juga pasti tiba. marilah kita sama-sama usaha agar kita dapat menuai hasil yang baik-baik belaka dari apa yang kita kerjakan di ladang dunia ini. dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah tipu daya yang kita bangga-banggakan. peringatannya sudah tiba 1400 tahun dahulu:

maka ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, wajah orang-orang kafir itu menjadi muram. dan dikatakan (kepada mereka), "inilah (azab) yang dahulu kamu memintanya."
[Al-Mulk, 67:27]

dan yang terakhir, untuk bonda tersayang:

"terima kasih untuk semua yang ALLAH kirimkan kepada yana melalui bonda. pada bonda ada satu senjata yang mampu merentas logik akal, menembusi tujuh lapis langit, dan menundukkan segala yang mustahil. itulah dia DOA seorang ibu. makanya, doakanlah anakmu ini agar setabah Khadijah r.a, sesantun Aisyah r.a, setaat Fatimah r.a, setabah Maryam r.a, sekasih Asma Binti Abu Bakar. agar dapat kita sama-sama berdampingan Ainul Mardhiah di usia kita yang berikutnya. apalah yang ada pada anakmu ini untuk dipersembahkan tanda terima kasih, hanya doa agar ALLAH mengasihimu sekasih-kasihnya. kerana itulah yang terbaik buatmu bonda"

insyaALLAH......... :)

Saturday, May 12, 2012

momen 01:35

gambar: rompak dari tenet

berhelai-helai surat
terbiar di depanku
tak dapat kuutuskan

ku ramas semua
dan ku buangkan jauh
dari pandangan

lalu aku kesal
ku kumpul semula
tak dapat ku nyata
apa yang ku rasa

..........

Tuesday, February 7, 2012

Makhluk kiut

Assalamualaikum
hari selasa (a.k.a vanilacoklat a.k.a bicarahati)
dan 1 mesej masuk ke handfone hidup-segan-mati-tak-mahu ini:
"YA ALLAH YA Tuhanku, berkatilah sahabatku yang paling ku sayang :)
Cubit aja pipinya kalo dia nakal :P
Tuntunlah dia ke jalan yang benar :)
Tapi jangan biarkan air mata jatuh dipipinya yang manis itu melainkan air mata taubat pada-Mu YA ALLAH :D
Kerana sebagian semangatku ada pada dirinya.."
Firman ALLAH s.w.t:
"Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh"
[As-Saff,61:4]

Wednesday, January 11, 2012

Maahad Tahfiz Muslim Care (MTMC)



Assalamualaikum

Merujuk kepada tajuk entry di atas. Satu badan NGO Muslim Care sedang mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Muslim Care.

Lokasi:
Tahfiz ini terletak di Lembah Beringin, Kuala Kubu Baru, Selangor. jarak perjalanan lebih kurang satu jam dari Shah Alam (tak berapa sure sebab tertidur dalam kereta sewaktu perjalanan :P). Bangunan asal merupakan sebuah rumah banglo kepunyaan Haji S dan Hajah R (mereka mohon agar tak diwar-warkan pemiliknya). Tuan rumah meletakkan sepenuh kepercayaan dan tanggungjawab untuk menubuhkan tahfiz ini kepada pihak Muslim Care. Kawasan tersebut agak sunyi dan isolated dari kesibukan kota. Jadi amat sesuailah untuk menjadi kediaman anak-anak yang akan menuntut ilmu di sini. Memandangkan masjid besar juga agak jauh, jadi kami meletakkan harapan yang besar agar rumah tahfiz ini bakal menjadi tumpuan bagi anak kariah terdekat untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya' secara berjemaah sekaligus bertindak sebaai taman-taman ilmu.

Pembangunan:
Banglo ini akan dibaik-pulih di bahagian dalam dan luar untuk kesesuaian tahfiz. Mempunyai kawasan porch dan halaman belakang yang luas untuk dijadikan ruang riadah.

ruang tamu - sebagai ruang solat umum, juga dijadikan ruang kuliah
3 bilik tidur tingkat atas - akan dijadikan asrama untuk 20 pelajar tahfiz
1 bilik tidur tingkat bawah - akan dijadikan pejabat tahfiz
verandah - dijadikan ruang membaca terbuka
dapur - untuk pelajar tahfiz sepenuhnya.
*maklumat lengkap boleh rujuk flyers

Pelajar:
Setakat ini 15 orang pelajar telah dikenalpasti untuk diserapkan ke MTMC. Kesemua pelajar tersebut dibawa dari kawasan pedalaman Sabah/Sarawak. Yang mana kesemuanya berasal dari keluarga kelas pertengahan dan keluarga miskin. Idea ini tercetus dari beberapa misi dakwah Muslim Care ke kawasan pedalaman Sabah/Sarawak yang mana kami dapati kedudukan Islam masih belum kukuh dan benar-benar difahami. Jadi Muslim Care merangka pelan jangka panjang dalam mendidik masyarakat ini. Adalah menjadi harapan kami agar anak-anak yang tamat pengajian di institusi ini akan membawa pulang ilmu dan kepakaran mereka untuk disumbangkan ke kampung halaman masing-masing.

Wahai sahabat dan kerabat,
Kami amat berharap agar usaha kerdil ini dapat diraikan bersama dalam kita mentarbiyah diri sendiri dan masyarakat di sekeliling kita. Kami akui akan ada kelemahan dan kekurangan dalam kerja-kerja ini, jadi kami amatlah berbesar hati kiranya tuan-tuan dapat berkongsi idea/ilmu/pengalaman dalam menjayakan hasrat yang terpendam lama ni.

Andai ada kemampuan di pihak tuan, sudilah kiranya menghulurkan sumbangan ke:

RHB atas nama 'Muslim Care'
No. Akaun: 26 2120 0000 4747

Tuan-tuan juga boleh:
  • Mengambil bahagian dalam mana-mana jenis penajaan (rujuk flyers)
  • Menyumbang dengan membeli sijil wakaf (boleh hubungi saya di blog ini)
  • Memberi sumbangan persendirian atau dari perniagaan anda mengikut keselesaan sendiri.
  • Memperkenalkan kami kepada ahli-ahli perniagaan, yayasan, individu atau kenalan anda yang cenderung menyumbang kepada kerja-kerja Islam
  • Membantu untuk menyebarkan flyers di pejabat, masjid, surau, syarikat atau individu tertentu.
  • Membantu mengiklankan MTMC dalam publikasi syarikat, persatuan, koperasi, akhbar atau mana-mana media samada elektronik, cetak, internet seperti blog, website dan lain-lain lagi
  • Mendoakan kami supaya istiqomah dan diberi kemudahan oleh Allah s.w.t sehingga tercapai objektif dan harapan kami
p/s: sudi-sudikanlah klik flyers dan lihat detail-detailnya :) please

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda : “Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih hidup terdapat ganjarannya“
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

*entry ini akan di-update dari masa ke semasa sekiranya perlu