Sunday, August 28, 2011

makna bacaan dalam solat

*tiang agama harus dijaga


assalamualaikum

mari kita muhasabah dan rewind balik setiap janji, doa dan pengharapan yang kita panjatkan lima kali sehari kepada Allah s.w.t. moga dapat memperkukuhkan cinta dan taat kita kepada-Nya. InsyaALLAH.

1. Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.

2. Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

3. Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

4. Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

5. Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

6. Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

7. Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

8. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

9. Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

10. Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

11. Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

mari solat. mari. mari

Labels:

salam eidulfitry

*ini gambar rompak dari pakcik gugel*
assalamualaikum
ya aidilfitri sengaja dieja eidulfitry supaya nampak up-to-date-punya-orang.
buat ahli keluarga, saudara-mara, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga, dan semua warga muslim sekalian
Ramadhan 1432H telah pun hampir berlalu pergi meninggalkan kita. memetik kata-kata sahabat saya, Ramadhan merupakan bulan tarbiyah dan bulan kursus bagi muslimin dan muslimat sekalian. Ramadhan adalah bulan untuk kita memperkukuh benteng diri dan menundukkan nafsu. Ramadhan adalah bekalan kita untuk mengharungi 11 bulan yang lain.
Syawal kini hampir tiba, menandakan ujian kita akan bermula. samada kecundang atau cemerlang. marilah kita sama-sama berdoa agar diperhebat iman dan amal. sama-sama kita bawa semangat Ramadhan pada hari-hari mendatang.
dengan ini, saya memohon ampun atas segala salah dan silap, terkurang atau terlebih, tersengaja atau tak sengaja. tiada manusia terlepas dari melakukan kesilapan. beban yang paling besar pada hari akhirat nanti adalah dosa dengan manusia lain. selagi tidak diampuni, selagi itu syurga umpama mimpi dan sukar untuk dimasuki. maka selagi masih dikurnia nikmat nyawa dan nafas, saya dengan rendah dirinya sekali lagi memohon ampun dan maaf.
sesungguhnya Ya Allah, hidupku dan matiku adalah kerana-Mu. mari kita hayati sebentar....
Dari Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a katanya: Pada suatu hari Rasulullah S.A.W datang dari daerah bukit. Ketika Baginda sampai di Masjid Bani Mu'awiyah, Baginda masuk ke masjid lalu bersolat dua rakaat. Kami solat pula bersama-sama dengan Baginda. Baginda (kemudiannya) berdoa kepada Allah Taala begitu panjang sekali. Setelah berdoa,, Baginda berpaling kepada kami lalu bersabda: "Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia (Allah) memperkenankan hanya dua perkara (sahaja) dan menolak satu perkara. "Aku memohon kepada Tuhan supaya janganlah membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang maka (doa itu) diperkenankan (oleh Allah). "Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau Raja Firaun bersama tenteranya yang ditenggelamkan di lautan), maka permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. "(Tetapi apabila) aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan (pergaduhan atau peperangan) sesama mereka (dan) permohonan ini tidak diperkenankan (oleh Allah Taala)." - (Hadis bilangan 2464 riwayat Muslim)
moga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang sombong di muka bumi Allah.
selamat bercuti. untuk yang memandu, pandu berhati-hati. makan beragak-agak sikit. ibadah musti dijaga ok? sebab Allah sayang kita. jadi kita kena sayang semua kurniaan-Nya.
Salam eidulfitri. nah hadiah untuk korang. saya anyam sendiri tadi =) *lenguh jari jemari yang halus mulus ni kehkehkeh

Thursday, August 25, 2011

takdirnya Ramadhan 1432H

assalamualaikum..

entry kali ni sekadar dipenuhi gambar untuk kenang-kenangan Ramadhan kali ini. perginya dirindui. moga ketemu lagi nanti. InsyaALLAH

1. berbuka bersama sahabat-sahabat studio uitm. Bsc. Architecture di AP ayam penyet, seksyen 9, shah alam

cuma order kiddy meal. perut masih kenyang. ini pun dah melimpah-limpah rezki :)



gambar beramai-ramai. tapi tak semua enterframe. hanya ini yang mampu dikongsi. selebihnya biarlah menjadi koleksi peribadi.

dan tak lupa juga terima kasih yang menggunung untuk acul a.k.a asyrul sebab belanja makan. bukan sekali malah dua kali! memanglah murah rezeki. itu doanya. semoga jadi pilot yang sukses sentiasa. dunia dan akhirat. insyaALLAH

2. berbuka bersama sahabat-sahabat office di steamboat acapella, seksyen 13, shah alam

gambar memang gelap. saja nak bagi nampak stylo dan misteri. lah sangat

segan nak letak gambar banyak-banyak. mana yang ada jelah ye. Ramadhan kali ni memang murah rezeki

Alhamdulillah. akan bertemukah kita dengan Ramadhan yang akan datang? mari capai yang terbaik :)