rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

2012 anyone?

assalamualaikum

yeah facebook twitter blog semua orang nak wish 2012. alhamdulillah, semua gembira bergerak setapak hampir pada penghujung nyawa, penghujung dunia, penghujung segalanya. what?! aku pesimis? yo bro, itu adalah optimis.

pesimis ialah menyambut tahun baru dengan menyangka mereka akan ada banyak masa untuk menikmati dunia.

pejam celik korek hidung tenyeh mata dan taraa!! 2012. masa bergerak dan terus bergerak. dah 24 tahun aku diberi peluang bermusafir di bumi Allah.

peluang ke majlis ilmu terakhir 2011. soal jawab Ustaz Azhar Idrus. dataran shah alam 31 Disember 2011. bersama bonda, abang dan kaka ipar :) Alhamdulillah. ramai orang jadi kena duduk belakang. wuwuu

aku pun nak review 11 perkara yang aku belajar dalam 2011:

1. bila manusia kata "aku belum sampai seru", mereka lupa seru dah sampai 1400 tahun dulu.
2. "hidayah untuk dicari, bukan untuk diharap saja". read it again and again untill kau orang faham maksudnya.
3. doa is like a box of chocolate. it's written on top 'dark chocolate'. but you'll never know how it really taste untill it lands in your mouth. keep praying. :)
4. tak semua orang yang kita sayang akan sentiasa berada di sisi kita. belajarlah menjadi tabah.
5. tak semua orang yang kita benci akan berambus dari hidup kita. jadi belajarlah menyayangi mereka. binalah hati yang sihat.
6. forgiveness is something to be earn. not gain.
7. people forgive. but slightly never forget.
8. hidup ni singkat, tapi di sinilah kita akan menyemai kehidupan yang kita inginkan dalam hayat yang kekal di'sana' nanti. jom usahakan ladang kita sebaik mungkin
9. majlis ilmu lebih syok dari konsert bintang kecil akademi fantasia mentor
10. you are what your children will be. jadi bentuk lah peribadi yang baik. pilihlah pasangan yang baik, supaya dikurnia zuriat yang baik. sebab zuriat yang baik merupakan pelaburan yang paling tinggi nilainya
11. Rahmat ALLAH itu luas, jangan berhenti mencari. kemaafan ALLAH itu menggunung, jangan berhenti memohon. hidayah ALLAh itu melata, jangan sekali-kali lupa.

dan oleh kerana dah menjejak 2012, maka aku nak tambah 1 harapan:

12. moga Engkau terus membimbingku. mentarbiyah aku. dan...ampunkanlah dosaku.

2011 menyaksikan pelbagai jatuh bangun dalam hiruk pikuk dunia. zionis terus mengganas. saudara filistin kekal tertindas. tunisia mencelik, libya bangkit, mesir goyah, syria bergolak. malaysia? maharaja lawak mega

tapi yang lebih utama, jatuh bangun aku sendiri. berubah itu mudah. istiqamah, is a lot another different story. moga hati ini kekal tabah. moga hati ini tidak menyerah. moga hati ini sentiasa dilindungi ALLAH. harapan aku, moga orang-orang di sekeliling aku juga turut begitu. kerana aku sayang kamu semua umpama aku menyayangi diri sendiri. kalau aku terlupa, ingatkan. kalau aku terleka, kejutkan. kalau aku sesat, jangan biarkan. moga di 'sana' kita semua dipertemukan. keep your head up and keep walking. keep muslim. till then, kita akan bertemu dalam doa :)

p/s: selamat hari lahir ayah. moga tenang di sana. doa anakanda agar ayahanda ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. with love. lots of.

i am


'saya' merupakan seorang manusia yang pentingkan diri

'saya' tidak pernah membantu orang lain

'saya' tidak pernah mempelawa orang lain

'saya' hidup dalam dunia 'saya'

itulah 'saya'

siapa 'saya'?

'saya' pun tak tahu

kehkehkeh

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
[2:214]

Give your heart and fit all the things !!


Assalamualaikum

orang lain masih tercari-cari
kita yang dah dapat, jangan dibiar pergi

genggam erat-erat

p/s: mula-mula tengok memang plain, but towards the end, its miracle. jadi, berbaloi-baloi untuk tengok sampai habis. anda akan terkesima

Panggilan penting


Assalamualaikum

barangkali... tatkala kita sedang sibuk menguruskan hal dunia

reminder kita berbunyi mengingatkan tentang kuliah di masjid malam ini

mungkin... tatkala kita sedang sibuk menguruskan hal dunia

ada mesej diterima yang memanggil kita untuk ke usrah esok hari

atau... tatkala kita sedang sibuk menguruskan hal dunia

ada email masuk mempelawa kita terlibat dengan jemaah malam lusa


adakah semua yang berlaku merupakan kebetulan? adakah kita merasa kita menjadi makhluk yang dipilih ALLAH out of berjuta-juta makhluk ciptaan-Nya?

KITA MANUSIA YANG DIPILIH

dikala ramai yang lain lalai. lupa dan alpa. bersyukurlah. sujudlah. doalah. muhasabahlah

‎"Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu"
[Al-Hadid, 57:20]

p/s: adakah anda rasa anda dipilih Allah untuk baca entry ini? :P

makanan iman

*klik gambar untuk lebih jelas

"Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".

(Riwayat Muslim)

p/s: jom. kalau kita tak sanggup nak join taman syurga di dunia, tuan-tuan rasa Allah nak beri kita taman syurga di akhirat nanti tak?

terhantuk lalu tengadah

*haa.. cuak kau!

Assalamualaikum

setakat entry ni ditulis, matahari masih lagi terbit sebelah timur. tapi closing date untuk application sambung master tinggal lagi 10 hari. mane cukup!

kehkeh. selama ni uitm bagi sebulan bukan main honeymoon. jangan dah terhantuk baru nak tengadah. ok pantas-pantas cari academic referee fotostet sijil bagai

p/s: selagi matahari tak terbit belah barat, selagi nyawa tak sampai ke halkum, usaha!

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap karunia yang telah dilebihkan ALLAH kepada sebagian kamu atas sebagian yang lain. Kerana bagi laki-laki ada bagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada ALLAH sebagian dari karunia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"
[An-Nisa', 4:32]