rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

jangan lupa tengok cermin

sejahtera

ada orang tu kata “hek eleh apa barang layan keroncong." gua senyum je
dia tambah “ini legend tok nenek moyang lah dol.” gua tersipu-sipu malu
budak tu menyampuk “gilo ketinggalan zaman budak ni.” gua buat-buat belek pen

sekali gua bukak keinginan malam

semua ternganga. sepatah haram tak dapat tangkap

gua cuma reply pendek dan padu “lerr.. gua ingat lu orang dah otai omputeh habes” \m/


gua blah sambil beristighfar dalam hati moga diampunkan dosa. ngeh3

jangan pakai tudung kalau tak ikhlas!

* gambar pinjam dari google

assalamualaikum

sarkastik sungguh tajuknya. ya! jangan pakai tudung kalau tak ikhlas. bukan saya kata. orang lain kata. siapa orang lain tu? entahlah. anak pak mat jiran sebelah gamaknya

tapi itulah realitinya yang selalu kita dengar. "kenapa nak pakai tudung sebab boyfriend suruh? (contohnya. mati hidup balik pun aku rasa takda boifren nak cakap macam tu. keep dreaming) kan elok pakai kerana ALLAH"

"mak aku suruh pakai tudung, tapi aku belum ready. nanti tak boleh pergi zouk" hah tu dia! setan kuasa lapan belas ada dalam kepala dia rupanya

sahabat-sahabatku sekalian,

baru-baru dalam minggu ini saya diberitakan perkhabaran yang paling menterujakan, sahabat saya khabarnya ingin berhijrah untuk menutup aurat. alhamdulillah. sebagai sahabat, saya menumpang rasa berbunga-bunga niatnya itu. *mari kita sama2 mendoakan kesejahteraan dan barakah yang berpanjangan dalam meniti lembaran baru bermula era 1432 hijrah ini buat beliau*

untuk yang ingin bermula menutup aurat, teruskan. jangan teragak-agak. semakin kita cuba hampir dengan Yang Maha Mencipta, semakin dia dekat dengan kita berkali-kali gandanya. tak mahukah? suka saya memetik kata-kata tersebut:

Jika kamu CINTA sama ALLAH

kamu datang kepadanya hanya sejengkal

Dia akan datang kepadamu sehasta

kamu datang kepadanya dengan berjalan

Dia datang kepadamu dengan berlari

kamu tunjukkan cintamu pada Dia hanya sedikit

lantas

Dia akan tunjukkan cintaNya pada mu dengan sangat banyak

Dia akan datang memelukmu dengan erat

Dia akan gembirakan hati kamu

Dia akan tunjukkan kasih sayangNya pada kamu

dengan pelbagai cara...

sahabat-sahabatku sekalian,

jangan terfikir-fikir salah dan khilaf yang lalu, tetapi berdoalah agar diampuni segalanya. orang mengutuk mengeji takkan berhenti. andai kita yakin perubahan kita itu adalah untuk memperbaiki diri, insyaALLAH Dia akan membuka jalan untuk kita.

Rasulullah Saw berkata, “Ajarilah anak-anakmu salat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan ketika mereka berusia sepuluh tahun, hukumlah jika mereka melalaikan salat”

jom kita renungkan sejenak, nabi kata apa kalau budak dah capai umur 7 tahun? ya. ajarkanlah solat. tapi bila dah mencecah umur 10 tahun, hukumlah dia kalau dia tak solat. ada nabi kata jangan marah, nanti lagi dia taknak solat. tunggu lah dia ikhlas, nanti dia solatlah. belum sampai seru lagi tu. ada?

memanglah solat tu wajib, ada dalam rukun islam. dah tu korang pikir menutup aurat tu hukumnya sunat? gila ka? malu la kita ni hidup menumpang je dekat dunia ni. esok-esok kena pulangkan balik pada tuannya.

bagi sahabat-sahabat di sekeliling pula, kalau ada di antara sahabat itu ingin berubah, berikanlan sokongan dan galakan. elakkan dari menimbulkan rasa was-was padanya. jangan sekali kali menyebut "kalau dah ikhlas kerana ALLAH, barulah pakai".
sebaliknya kita bantu dia mencari ikhlas bila dia sudah bermula. yelah, macam mana nak jumpa ikhlas kalau mula pun taknak kan?

sahabat-sahabat sekalian,

kita semua mengerti nawaitu setiap perkara yang kita lakukan kerana ALLAH adalah yang terbaik. sedangkan hidup dan mati kita juga kerana ALLAH. benar. tiada siapa menyanggah

tapi dari segi sahabat yang baru nak berbuat kebaikan itu? mungkin berbeza tafsirannya. bimbang terdetik "ya tak ya, kalau tak ikhlas buat apa pakai? tunggu ikhlaslah"

sepanjang dia berbuat dosa, korang nak tanggung bersama dosa dia? cubalah kalau berani. dari sisi dakwah, kita perlu melihat baik dan buruknya telahan kita itu. pendekatan dakwah tentunya berbeza mengikut kefahaman dan batas sesetengah individu itu.

saya berpendapat dalam kes ini, sebagai permulaan, tutuplah aurat dulu. sepanjang perjalanan setelah menutup aurat itu, carilah ikhlas, redha dan barakahnya. insyaALLAH akan kamu temui. sekurang-kurangnya dia tercegah dari dosa sementara mencari cinta ALLAH.

setidak-tidaknya, secara tak langsung, hijabnya mencegah dia dari perbuatan mungkar
"takkan nak pergi konsert dengan tudung ni, malu lah" nampak tak bagaimana secara automatiknya, dosa semakin menjauhi? takkan nak tulis kat status facebook "yunk, i mish u sho much lewwww" malu kang orang tengok, pakai tudung tapi bahasa nak mukaddimah zina

buat sahabat yang sudah menutup aurat, mari kita sama-sama perbaiki kekurangan yang lain. mari kita melangkah dari sekadar menutup aurat kepada menjaga aurat. ikhlas, iman, taqwa tak datang sendiri. kita perlu mencari. paksalah diri. kita sama-sama belajar dan akan terus belajar. islam itu agama yang syumul. biarlah kita semua islam dari setiap segi dan inci. agar kita berjumpa dengan-Nya dalam keadaan tenang dan riang. tak mahulah bimbang dan gundah gulana.

janganlah kita menjadi WANITA PENGHUNI NERAKA. siapakah mereka? salah satunya adalah:

"Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika israk mikraj SAIDINA Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya"

nauzubillah minzalik

bercadang kahwin lari

*gambar majlis perkahwinan saya.....punya abang

assalamualaikum

kahwin lari. macam syok je bunyik. kahwin lari sebenarnya adalah cara terbaik. eh betul la. maksud saya, kahwin lari dari membazir. kahwin lari dari hutang. kahwin lari dari adat yang memeningkan kepala.

kita berada dalam zaman yang kebanyakannya tak kenal mana hukum mana adat. saya sendiri pun keliru. kemas dalam ingatan bagaimana bonda kelam kabut tunggang langgang nak buat preparation untuk kahwin kakak sulung saya. bila anak sulung, jemputan pun tentulah ramai, makanan kenalah banyak, majlis pun jadi meriah. lauk utama sampai tujuh jenis. siap ikan patin masak tempoyak. humang aih. macam rumah terbuka menteri-menteri dah. langsir baru, katil baru(ehem), lampu baru. almaklumlah nak dapat ahli keluarga baru.

tahun 2009 lagilah menggila bila abang-abang saya berpakat nak buat kenduri serentak. berpeluh haih semua orang. tapi memandangkan belah kami hanya menyambut menantu, maka tidaklah sebesar mana majlisnya. kawan-kawan pengantin pun kebanyakannya terdiri dari kelompok yang sama. bonda pun boleh berjimat banyak sebab kenduri sekali jalan saja. meriah tetap meriah. walaupun pelamin handmade oleh makcik-makcik. kehkeh

alhamdulillah setakat ni saya tak pernah dengar kakak abang saya tanggung hutang untuk majlis perkahwinan. majlis tetap lancar, bahagia tetap bahagia. senang mata memandang, mudah bahu memikul.

zaman sekarang semua perkara serah kepada wedding planner maka si bonda boleh relax sambil pedicure manicure, jamuan makan upah katering maka saudara mara boleh duduk bersembang sambil tengok je penanggah buat kerja. kalau ada duit semua boleh jadi! katering memang menjadi kelaziman sebab sekarang rumah teres intermediate nak letak kawah gulai celah mana? belum kira periuk untuk tanak nasi. pengantin pikir pun jadi tak kompiden nak kahwin.

mas kahwin atau mahar pun boleh buat pengantin lelaki jadi botak sebelum masanya. mahar sebenarnya tak lah mahal mana. yang beribu-ribu tu hanyalah hantaran kahwin. mahar ni adalah hadiah dari suami kepada isteri. orang lain tak boleh usik. mahar juga tak semestinya dalam bentuk wang ringgit. boleh jadi senaskhah Al-Quran, sepersalinan telekung dll. mahar tak seharusnya menjadi beban kepada bakal suami. malah pada zaman Rasulullah s.a.w, ada sahabat yang bakal isterinya hanya meminta islam sebagai maharnya. *detailnya saya tak berapa pasti, sila rujuk yang lebih arif.

Sabda Rasulullah s.a.w; "dan sebaik-baik wanita adalah yang murah maharnya"

kalau mintak ferrari sebuah, alamatnya lepas kahwin tidur dalam ferrari, makan dalam ferrari, beranak la dalam ferrari. baru berbaloi-baloi. lainlah kalau bakal suami tu anak tokei kilang ferrari. takpun pengarah filem kotak-pejabat rm 40 juta. err.. lalala fiu fiu

teringat suatu masa dulu ketika masih di alam universiti, saya pernah bertanya bonda; "kalau kahwin mintak cincin silver je kat bakal suami ok ke mak?" bonda jawab ringkas dan padu; "boleh je, jari awak, bukan jari mak" wallaweih berbunga-bunga hati konon waktu tu jugak dah mampu kahwin maknanya. *blushing dan pengsan keseronokan. gataii

bagi gadis-gadis dan dara-dara jelita, tentunya mengimpikan perkahwinan ala-ala duchess of cambridge atau marie mania ataupun grace kelly. nak pelamin meriah tema disneyland, kek tinggi 30 tingkat, baju meleret sapu lantai. suami pulak nak yang kacak macam landon carter. sebagai peringatan, janganlah berkhayal jauh sgt. sikit-sikit sudah la.

kerana impian tu sekejap je. esok-esok bila dah umur 24 (ehem), dah tak bernafsu nak buat semua tu. masa ni rasa nak cincin macam keropok super ring, nak kek span perisa pandan, nak baju macam lapik meja, cuma nak suami macam Ali a.s (eceh). manusia ni makin lama akan lebih matang dan rasional. cukuplah sekadar majlis santai yang menghimpunkan orang-orang tersayang dalam hari bersejarah.

apa yang lebih penting adalah kehidupan selepas perkahwinan. ada orang kata di situlah baru 'nikmat' hidup kita bermula. barulah faham susah senang mak ayah kita dulu-dulu. maka berkumandanglah dengan tiba-tiba dialog mak kita time nak mintak rm1.20 untuk beli tora/dingdang/jojo zaman kecik-kecik; "nanti korang dah hidup sendiri baru korang tau susah senang nak cari duit"

maka. janganlah membazir untuk sesuatu yang tak perlu. :)

p/s: zaman sekarang menakutkan sebab majlis tunang dah jadi macam majlis nikah siap berpelamin, bermahkota berbaju lace. apa sudah jadi?

takut bayang-bayang sendiri


assalamualaikum

"jangan biar kita dihasut orang asing. jangan biar orang luar masuk campur urusan kita"

dalam sedar tak sedar, itu sudah lama berlaku. melalui jalan halus sehingga yang celik seakan buta.

bagaimana?

bila anak kecil merajuk menghentak-hentak kaki, ibu berikan mainan, berikan cokat. supaya si kecil diam. lalai dan leka sementara ibu memilih sayur tawar menawar

**************************

hari ini kita diberikan keseronokan, 'kebebasan', 'kesenangan' dan 'kedamaian' supaya kita tak endah apa yang berlaku. dengar cakap orang tanpa membaca dahulu

kunyah lumat kata-kata sendiri

ianya sedang berlaku depan mata kita. sudah lama kita dicaturkan sehingga takut pada kebangkitan. kerana bimbang perut tak makan

-
-
-
-
-
-
-
-
-

dan bimbang jalan tutup tak boleh ke sogo. jenaka

manusia tak sedar diuntung

persiapkanlah diri kita untuk menjadi tentera ALLAH. (sumber gambar: google image)

assalammualaikum

dengan kasih ALLAH, dapat kita bersama-sama kekal bernafas, kekal berjalan liar melata bumi, kekal mencampakkan diri dalam sebahagian sibuk dunia.

cukup santai kita di petang hari, sesantai meneroka jendela konflik malaysia. dahulu manusia hanya terpisah kerana geografi. tapi kini, sekeluarga belum tentu sekepala. sedih melihat manusia yang terpisah dek kerana barlainan bangsa, berlainan negara, berlainan kepercayaan politikus durjana.

sensitiviti warna lebih rakus dari sensitiviti agama. yang sana menyokong si bangsat. yang situ terkulat-kulat. yang di atas pagar memancung diri. apa artinya? belum mengira jiwa-jiwa yang buta politik dan demokrasi.

ada yang kata:

"ish nanti jalan jam. susah nak pergi sini nak pergi sinun. aku ada kenduri kot. kalau rugi sape nak bayar?"

"tok ketua marah sebab nanti bimbang merugikan peniaga-peniaga kecil. kesian dorang"

"tak bertamadun orang yang buat benda ni"

"kenapa suka nak susahkan orang lain"

dalam kesibukan kita pada perkara yang penting, jalan jam yang difikirnya? seakan merisaukan ikan kering dalam cuaca panas.

inilah jadinya pada manusia yang tak kenal demokrasi

"kita buat petisyen/memorandum dah la"

"baik duduk rumah jaga anak"


masyarakat kita takkan sedar selagi kepala tak ditujah kekerasan bersuara. semua tidur! tak sedarkah mereka yang akan menjadi kuli dipijak-pijak itu nanti adalah anak-anak mereka juga.

masyarakat kita sudah berabad dipenjarakan dalam 'kedamaian'. mudah saja untuk membuat mereka gentar. sebut saja ISA. sebut saja dipenjarakan. sebut saja 13 mei. sebut saja gerai rugi. sebut saja gas pemedih mata. sebut saja jalan jam. semua ketar lutut. semua putih mata. mudah kan? semudah korek hidung.

mari kita lihat dari sisi lain fenomena masyarakat yang tak sedar diuntung ini. showdown di i-city, berapa ribu yang hadir? belum kira akademi fantasia. belum kira mentor. belum kira jomheboh. belum kira konsert k-pop. betapa lalainya manusia kala ini. tapi berapa ramai yang solat jemaah di masjid? mengapa?

KERANA TIADA MAKSIAT

tempat maksiat memang ramai orang. nak bangkang? bring it on bebeh!

yang perempuan sibuk dengan fesyen tudung, sibuk dengan artis handsome, sibuk dengan gossip girl. yang lelaki taknak kalah dengan bolanya, dengan kereta sportnya. tahniah.

belum kira status-status di facebook yang kiut miut

"bosannya harini. lapar sangat tawwww"

"benci dengan orang tu! dah marah tak pandai pujuk. huh! kita break!"

"besh angat showdown kat i-city semalam! havoc u.."

"rambut kitew kene buat treatment kat saloon. dah macam badut"

"jom pergi zouk!"


name it! apa saja yang tak bermanfaat semua ada. bosan.

*******************************************

kawan-kawan sekalian, saya sendiri pernah mencampakkan diri saya dalam lembah yang hina. lalai dan alpa dengan seronok dunia. so called 'kedamaian'. saya rasa saya dah punya segalanya. cukup selesa dengan apa yang saya ada.

tapi itu semua silap. mungkin hari ini ada yang tak faham apa yang saya perkatakan. mungkin belum masanya. mungkin bukan sekarang. tapi tak salah kalau kita cuba mencari kebenaran dan berubah. saya tak akan berputus asa berpesan-pesan, kerana apa yang saya perkatakan adalah peringatan untuk diri saya. saya mudah lupa.

dengan nikmat yang tak terhingga ini, janganlah kita putus dari rasa syukur. jangan lupa pada nikmat agung, islam dan iman. berhenti seketika, berfikir sejenak, apa sumbangan kita kepada agama ALLAH. jauhi sikap pentingkan diri dan takbur. setiap rezki kita hari ini, datangnya dari Zat yang agung. berfikirlah seketika cuma. hanya seketika. insyaALLAH sahabat sekalian akan nampak jalan-Nya.


segala puji bagi-Mu Ya ALLAH, tuhan pemilik sekalian alam. ampunilah kami Ya ALLAH dan tunjukilah kami jalan yang lurus ke sisi-Mu.

mencari cinta

assalammualaikum...

satu entry yang simple tapi cukup bererti buat saya. suatu yang dianggap mengejut buat sesetengah teman rapat, juga keluarga.

tapi saya berharap perkongsian ini membuka mata, membawa satu dimensi baru pada diri saya khususnya, pada teman-teman sekalian umumnya.

biarlah saya bermula dengan pucuk pangkal ceritanya. hati. sudah agak sekian lama hati saya terasa kurang senang dengan cara saya meniti rutin harian. wang ringgit cukup. kasih sayang mencurah-curah. bahagia, ya saya bahagia. tidaklah mewah, tapi serba serbi cukup.

solat? cek. puasa? cek. tapi satu lagi perkara yang agak penting sebagai muslimah. AURAT dan MARUAH.

*imej google

sedikit demi sedikit ALLAH S.W.T campakkan rasa malu dalam diri saya. Alhamdulillah. secebis hati meruntun pilu mengenangkan dosa dan khilaf lalu.

betapa terasa kerdil diri ini. hati seakan gelap. padan dengan jiwa yang kosong. tangan yang kotor.

tak ada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan.

maka saya ambil peluang ini untuk berubah. cukuplah rasanya saya manjakan diri selama ini. ignore pada sunatullah. abaikan keislaman saya. sombong dengan nikmat yang diberikan. sungguh, saya malu.

saya bermula dengan blog. saya jadikan ia kalam dan batu pencetus penghijrahan saya. kemudian saya bersihkan laman sosial saya. tapi.... yang utamanya, hati. terdahulu saya pesongkan hati saya pada daerah yang asing bagi orang lain.

saya risau. bagaimana penerimaan mereka di sekeliling saya. bimbang bagaimana saya bakal meneruskan rutin harian. adakah ini satu sekatan? atau ianya adalah sebenar-benar kebebasan. tapi saya kukuhkan hati selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w:

بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء

Maksudnya: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim)

saya mula yakin untuk berubah dari segala segi. luar dan dalam. rohani dan jasmani. zahir dan batin.

kali ini saya lebih ingin berkongsi bagaimana saya cuba menjaga peribadi dan aurat. ya, perkara dan topik yang hampir hari-hari kita dengar. masuk telinga kiri, keluar dekat hidung. langsung tak ter-digest.

jika diikutkan sejarah, saya mula berjilbab atau di nusantara kita biasa menamakannya bertudung, agak lewat. selewat usia 20-an. itupun fesyen sekadar-tutup-aurat. memang kerja tak semenggah!

tidak saya cuba untuk membuka pekung di dada. sekadar berkongsi untuk dijadikan pengajaran bagi yang lain. moga tidak tersungkur menyembah bumi sebelum sempat mempersiapkan diri.

kini saya memilih untuk menjaga aurat. melabuhkan mana yang perlu. tutup mana yang wajib. sudah biasa orang tengok atas-bawah-atas-bawah. dagang sungguh la!

kini hati saya lebih damai. dilapangkan dada. rasa lebih selamat. hijab bukanlah tembok pemisah dengan dunia luar, tapi lebih mengangkat darjat wanita. percayalah!

saya masih belajar dan akan terus belajar. ilmu masih cetek. masih belum matang. masih merangkak. tapi minta didoakan agar diperkukuhkan iman. ditabahkan hati.

hijrah saya kali ini tentunya mendapat restu dan sokongan insan-insan tersayang di sekeliling. terima kasih! syukran!

cukuplah sesalan lama. saya biarkan ianya tersemat kemas dalam diari pengalaman. selebihnya, saya mengorak langkah baru, dalam dunia baru, dengan cara baru.

dan untuk peringatan kita bersama, mari kita hayati maksud ayat 59 dari surah Al-Ahzab,

“ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan para wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang demikian itu lebih sesuai agar mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik. Justeru itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

segalanya datang dari ALLAH S.W.T, yang buruk itu atas kelemahan saya. marilah kita sama-sama beriman dan beramal. moga kita peroleh barakah di dunia dan di akhirat.