rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

hilang adab kerana sepuluh sen

assalammualaikum

lama benar rasanya tidak update blog. ter-duniawi sedikit barang beberapa bulan ini

update yang ringkas sebagai warm-up dengan topik ringkas

memandu di waktu orang ramai berkejar-kejar masuk ke pejabat seusai makan tengah hari memang membebankan fikiran

tapi itu bukanlah alasan untuk kurang ajar ye raihana

sejujurnya saya ingin meminta maaf kepada adik tol kerana sikap sambil lewa saya

ya! saya telah menjatuhkan syiling sepuluh sen ke atas jalan raya

tidak cukup dengan itu, saya langsung tak tergerak hati untuk kutip kerana kereta berderet-deret di belakang

bahkan saya tidak meminta maaf atas kecuaian diri sendiri *mentang-mentang sepuluh sen je*

mengapa berperangai sedemikian rupa. malu rasanya

walaupun kebarangkalian untuk adik tol baca entry ini agak hampir mustahil, saya tetap ingin meminta maaf, dan moga dijadikan pengajaran dalam melewati hari-hari berikutnya

mudah-mudahan janganlah dek kerana sepuluh sen itu menjadi deposit saya ke neraka. minta dijauhkan

maaf dan maaf. dari hati yang lemah tersungkur memohon kemaafan.

*saya memang kelam kabut sehingga terlupa memohon maaf. bukan hati tak ingin. maaf adik tol