rezeki jangan ditolak,

Waspadalah! ALLAH s.w.t sedang menguji kamu untuk melihat siapakah dikalangan hamba-Nya yang bertaqwa

dah sakit baru ingat tuhan

*si shengalebet

assalamualaikum

air ada pasang surutnya. malam berganti siang. angin panas bersilih sejuk. itu aturan alam. sunatullah yang di luar jangkauan manusia. benarlah kata orang, hidup ini umpama roda. adakala kita di atas, adakala di bawah. hari ini kita gembira, esok kita bersedih. pagi kita mungkin islam. petang entah munafik. malam entah kufur. kerana itu Allah ikat hati kita kepada-Nya dengan syahadah lima kali sehari.

kita solat lima waktu, tapi masih ingkar. kita berpuasa dalam Ramadhan, tapi nafsu masih meliar. kerap benar saya memikirkannya. mengapa solat saya tak mampu mencegah saya dari kemungkaran?

bila kita mula bercakap tentang islam, orang kata kita berlagak alim. sedih mendengarnya. lebih sedih lagi apabila mulut yang mencanang sedemikian, adalah saudara sesama islam. saya amat tertarik untuk berkongsi suatu ungkapan dari tumblr seorang mujahadah khazinatul asrar dalam entry 'apa ertinya aku memeluk dakwah' yang berbunyi;

"Apa ertinya kamu memeluk dakwah ini?

Ertinya akan ada waktunya kamu sangat mahukan kebaikan untuk manusia disekeliling kamu, tetapi mereka tidak mahu kebaikan untuk diri mereka sendiri. Lebih menyedihkan lagi, mungkin kadang-kadang mereka juga tidak mahu kebaikan untuk diri kamu.

Ertinya akan ada waktunya kamu sangat mahu mendekati dan mendakwahi sahabatmu, tetapi dia berharap kamu tidak pernah wujud dan berharap dia tidak pernah mengenali kamu"

tak kurang menyedihkan bila dikata sudah sakit baru nak ingat tuhan. begitu sekali pandangan orang lain di saat hati kita memberontak untuk mencari jalan lurus. mengingatkan saya pada nasihat seorang sahabat; "manusia takkan berhenti menilai, tapi sentiasalah ingat, bahawa penilaian Allah itu yang paling utama"

sehingga kini, saya tetap berpegang kepada 'bila Allah menguji kita, tandanya dia nak kita dekat kepada-Nya'. bak kata manusia, tiada apa yang percuma sekarang. begitulah jua bila berurusan dengan Yang Maha Esa. untuk Dia berikan kita sesuatu, Dia perlu ambil sesuatu.

p/s: februari memang bulan yang penuh dugaan bila kita diabai oleh yang tersayang. adakah ini permulaan tarbiyah-Nya? wallahualam. menanti berita 10 may. andai keadaan mengizinkan, saya mahu dia bersama-sama menuju arah yang sama :) MKH