
Pages
2012 anyone?

i am

Give your heart and fit all the things !!
Panggilan penting
makanan iman

terhantuk lalu tengadah

maafkan saya kittun :(


3 khabar gembira

benarkah Malaysia juara bola sukan SEA?

pesanan terakhir seorang kekasih

Assalamualaikum sahabat dan kerabat sekalian
saya percaya setiap dari kita pernah membaca apa yang saya ingin kongsikan di sini. tapi tak salah kan kalau kita ulang sekali mahupun berkali-kali lagi. sebab apa? sebab pesanan ini datangnya dari kekasih Allah. yang di akhir hidupnya, dia bimbangkan kita; ummati, ummati, ummati. terlalu sibukkah kita untuk luangkan barang beberapa minit mengingati manusia ulung ini? tinggalkan sekejap update di facebook tu, tinggalkan sekejap bola harimau malaya menentang myanmar tu, pause sekejap video matlutfi tu. justeru luangkan masa untuk kita muhasabah diri, rewind balik pesanan insan yang kita akan merangkak-rangkak merayu-rayu meminta syafaat darinya nanti. harimau malaya mahupun mark zuckerberg tak akan hulur syafaat kat korang kan? but this man will
KHUTBAH TERAKHIR Rasulullah S.A.W
Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Mukmin sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Mukmin adalah saudara kepada Mukmin yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan keatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.
p/s: kami rindu padamu Ya Rasulullah!
inginkan anak atau keluarga jauh?

tak payah nak berlagak
Alhamdulillah yang tersalah letak

hyundai? honda? mitsubishi? atau proton?

siapa kau untuk sombong

Mengemis Kasih
kasih sayang untuk sahabat
Gurauan kekasih

GMT
pesanan buat facebook aku

assalamualaikum
seorang ubi
La Tas'aluni
jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu
*halwa telinga setiap pagi bila masuk ke pejabat. meruntun qalbu, menghembus semangat
memory card
nak tegur kat facebook, takut kecik hati

assalamualaikum
tergolek dan tergelincir

tujuh surga
assalamualaikum
meneroka jendela facebook terserempak dengan status saudari khazinatul asrar. maka terpanggil untuk menadah telinga. jom dengar ungkapan syahdu menusuk kalbu sebelum lena diulit mimpi dan sebelum bersedia meninggalkan tidur
kumandang cinta bergema hingga ke hati
lafaz-lafaz asmara memanggil jiwa yang rapuh
rapuhnya aku Kau Maha Tahu
pagi siang malam dunia yang ku tuju
saat ku jatuh baru ku sadar kaulah segalanya
Tuhan ku angkat kedua tanganku
sudikah Engkau menerima cintaku
berdarah-darah akan ku tempuh
menggapai tarikat cinta-Mu
7 surga pun aku tak pantas
menerima diri yang bersimbah dosa
ku harap cinta dan ampunan-Mu
setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta
rapuhnya aku Kau Maha Tahu
pagi siang malam dunia yang ku tuju
saat ku jatuh baru ku sadar kaulah segalanya
Tuhan ku angkat kedua tanganku
sudikah Engkau menerima cintaku
berdarah-darah akan ku tempuh
menggapai tarikat cinta-Mu
7 surga pun aku tak pantas
menerima diri yang bersimbah dosa
ku harap cinta dan ampunan-Mu
setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta
Tuhan ku angkat kedua tanganku
sudikah Engkau menerima cintaku
berdarah-darah akan ku tempuh
menggapai tarikat cinta-Mu
7 surga pun aku tak pantas
menerima diri yang bersimbah dosa
ku harap cinta dan ampunan-Mu
setinggi arasy-Mu seluas semesta cinta
meninggalkan tidur

tergelincir di hadapan-Nya

berhati-hati di jalan raya

makna bacaan dalam solat
